KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Jerantut -  Ibu mana yang tidak sedih mendengar rengekan anaknya yang gelisah dan terpaksa menahan sakit akibat luka seluruh badan. ...


Jerantut -  Ibu mana yang tidak sedih mendengar rengekan anaknya yang gelisah dan terpaksa menahan sakit akibat luka seluruh badan.

“Bila nak sembuh.” Begitulah rintihan Nik Ainin Sofiya Nik Mohd Kamarul Zaman, 10, setiap kali ibunya, Nik Melisa Mahadi, 33, mencuci dan membalut luka di badannya.

Murid SK Tanah Rom yang berasal dari Kampung Paya Rajin, Jerantut itu menghidap penyakit genetik, kelepuhan dan kerapuhan kulit atau nama saintifiknya Epidermolysis Bullosa (EB) sejak lahir.

Penyakit itu mengakibatkan anak kedua daripada empat beradik itu mengalami lepuhan air di mulut, tangan, kaki dan berdepan luka, jika terjadi sebarang geseran.

Ibunya, Nik Melissa berkata, anaknya itu selalu merengek setiap kali perlu melakukan rawatan pada anggota badan yang menghidap penyakit terbabit.

“Buat masa ini pakar memberitahu tiada ubat untuk penyakit itu dan mungkin pulih apabila umurnya meningkat dewasa, saya hanya gunakan ubat dibekalkan pihak hospital, selain mencuba rawatan tradisional.

“Walaupun ramai yang datang ke rumah menawarkan pelbagai ubat tetapi saya hanya berani mencuba ubat dalam bentuk losyen,” katanya.

Beliau berkata, setiap tiga bulan anaknya itu dibawa berjumpa pakar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan mengakui terdapat sedikit perubahan pada anaknya itu setakat ini.

“Setiap kali ke sekolah, Nik Ainin Sofiya perlu bangun lebih awal untuk siapkan ‘dressing’, selain tidak boleh kena panas. Kena cuci setiap hari dan baju perlu kena rajin tukar.

“Mengenai makan, tiada pantang larang. Cuma dia tidak boleh makan benda keras dan liat sebab keadaan lidahnya membuatkan sukar mengunyah. Menu kegemarannya ikan patin masak tempoyak dan tilapia goreng,” katanya.

Dugaan bertambah berat buat pasangan Nik Mohd Kamarul Zaman Rodin, 40, dan Nik Melissa selepas anak bongsu mereka, Nik Nadia yang kini berusia setahun turut menghidap penyakit sama.

“Saya perlu tabah menghadapi dugaan ini, terutama menjaga si kecil yang sering menangis jika badannya tidak selesa,” katanya.

Keluarga itu juga pernah kehilangan anak sulung mereka, Nik Iman Haiqal yang meninggal dunia akibat penyakit sama pada 2013, ketika berusia lima tahun. “Hanya anak ketiga, Nik Iman Zaquan, 5, yang normal. Saya reda dengan ujian Allah kepada kami sekeluarga.

“Buat masa ini selain bergantung dengan pendapatan suami yang bertugas sebagai pemandu di sebuah agensi kerajaan, kami menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan RM200 daripada NGO.

“Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu dan harapan kami penyakit anak kami dapat sembuh serta membesar seperti kanak- kanak lain,” katanya.

Mereka yang ingin membantu memberikan keceriaan kepada dua beradik berkenaan boleh menghubungi Nik Melissa di talian telefon berikut:

019-9925416
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Georgetown - Seorang bekas guru tuisyen, Mohd. Jamil Mustafa, 36, mengakui terpaksa menebalkan muka menahan malu untuk meraih simpati umu...


Georgetown - Seorang bekas guru tuisyen, Mohd. Jamil Mustafa, 36, mengakui terpaksa menebalkan muka menahan malu untuk meraih simpati umum demi meringankan beban derita penyakit kronik dihidapinya sejak 2017.

Dia ketika dihubungi menjelaskan, dua tahun lalu, selepas membuat pemeriksaan kesihatan, doktor telah mengesahkannya sebagai pesakit diabetis, namun penyakit itu masih di peringkat awal.

“Pada masa sama, kemelut kewangan dihadapi menyukarkan lagi proses merawat penyakit ini secara berjadual seperti mana dinasihatkan doktor pakar.

“Dek kekangan itu, saya pasrah atas kehilangan kaki kanan yang dipotong bagi membendung diabetis daripada merebak, lantas memudaratkan lagi kesihatan semasa.

“Selaku pemegang kad pengenalan OKU, Alhamdulillah saya dikecualikan daripada pelbagai caj rawatan di sebarang hospital milik kerajaan.

“Bagaimanapun, saya masih perlukan wang membayar tambang kenderaan ulang-alik ke hospital serta tampung kos sara diri bagi menampung pembelian makan minum serta pakaian,” katanya berterus-terang.

Lebih menyedihkan, tahap kesihatan Jamil yang makin merosot menyebabkannya hilang upaya untuk meneruskan khidmatnya sebagai pendidik.

Jamil yang menetap bersama ibu tuanya di Teluk Kumbar, Pulau Pinang menambah, tahap penglihatan matanya yang kian kabur telah menghadkan pergerakan.

“Memang malu sebenarnya nak merayu bantuan ini tetapi saya terpaksa juga lakukannya. Wang elaun diagihkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat sekadar cukup untuk mengisi perut kami dua beranak.

“Kini, luka-luka di kaki kiri saya makin memburuk sehingga mengeluarkan nanah beserta bau hanyir. Pergerakan saya terbatas, cuma harapkan tongkat atau kerusi roda untuk berjalan,” tambah Jamil.

Justeru, bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, boleh hubungi Jamil menerusi talian berikut atau terus salurkan sumbangan ke akaun bank miliknya atas nama Mohd. Jamil Mustafa:

010-3915485
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Sebagai seorang wanita, curahan kasih dan sayang sememangnya khas buat suami dan anak-anak. Apatah lagi apabila suami sudah...


Kota Bharu - Sebagai seorang wanita, curahan kasih dan sayang sememangnya khas buat suami dan anak-anak. Apatah lagi apabila suami sudah tidak berupaya untuk keluar bekerja.

Segala tanggungjawab terpaksa dipikul. Begitulah juga dengan kisah kecekalan seorang wanita yang tabah, Nor Hamizah Mohd Yusof, 27, menjaga suami yang menghidap penyakit buah pinggang tahap akhir meruntun hati. Tanggungjawab suami, Mohammad Romzi Ab Rahman, 36, terhadap keluarga kini bertukar kepadanya.

Penyakit yang dihidapi oleh suami benar-benar menguji mereka sekeluarga. Usia perkahwinan yang sudah mencecah tujuh tahun, cukup membuktikan betapa utuh ikatan yang dibina apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata. “Saya telah mendirikan rumahtangga tujuh tahun lalu dan mempunyai tiga orang anak yang kesemuanya lelaki. 

Anak yang sulung, Mohammad Amir Farhan, 6, Mohammad Anas Fikri, 5 dan yan kecil Mohammad Ammar Firdaus, 11 bulan. “Saya mengetahui penyakit yang dihidapi oleh suami selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sebelum ini, buah pinggang suami hanya mengalami masalah kebocoran sejak berusia 18 tahun. Doktor memberikannya ubat dan rawatan susulan. 

Saya sangat terkejut dan terus bawa anak-anak naik motor menuju ke Hospital Besar Kota Bharu. “Ketika doktor memaklumkan kepada saya bahawa kedua-dua buah pinggang suami saya rosak dan tahap akhir, saya terus menangis. Hanya Allah sahaja tahu betapa sedihnya saya ketika itu apatah lagi doktor bagi tahu tiada ubat selain dialisis cuci darah sahaja. 

“Paha suami saya terpaksa ditebuk untuk dimasukkan wayar. Sekali lagi saya menangis. Ketika itu pelbagai perkara berlegar dalam fikiran saya. Bayangkan, sudahlah suami sakit, anak-anak pula masih kecil yang perlu diberi perhatian. Sejak kahwin, kami tidak pernah berpisah kecuali dia pergi kerja,” ungkap Nor Hamizah. 

Suami Dialisis Tiga Kali Seminggu Mereka sekeluarga yang menetap di Kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan akui kerana masalah kesihatan, suaminya yang berkerja di kilang tidak dapat lagi bekerja dan mencari rezeki untuk mereka sekeluarga. Kini tanggungjawab tersebut digalas Nor Hamizah dengan penuh reda. “Suami terpaksa buat dialisis tiga kali seminggu. 

Saya sangat simpati dengannya kerana pesakit buah pinggang tidak boleh minum air lebih daripada 500 milileter sehari. “Memang mula-mula saya susah nak menjaga suami dengan keadaan tubuhnya yang lemah. Makan minum kena suapkan ditambah pula dengan anak-anak yang masih kecil. “Namun saya tidak putus asa. Saya lakukan yang terbaik demi suami dan anak-anak. Saya kena kuat walaupun penat,” terangnya lagi. 

Bagi menampung perbelanjaan keluarga Nor Hamizah juga mengambil upah menjual biskut dan kerepek. Hasil daripada semua itu, dapatlah dia gunakan untuk membeli makan minum, lampin pakai buang, susu, sewa rumah dan yuran sekolah anak. “Saya yang bekerja dan menangung keluarga. Saya mengambil upah menjual biskut dan kerepek. 

Adakala saya jual menerusi online dan dari rumah ke rumah,” sambung Nor Hamizah. Memandangkan kini umat Islam sedang berpuasa dan tidak lama lagi akan menyambut Syawal, Nor Hamizah menerangkan mereka sekeluarga masih belum buat apa-apa persediaan untuk hari raya. “Kami sekeluarga teruskan kehidupan seperti biasa. Bagi bulan puasa, saya cuba untuk sediakan makanan sahur dan berbuka. 

Untuk hari raya pula, memandangkan banyak ujian yang kami lalui jadi belum sediakan apa-apa. Pakaian raya, kami sekeluarga hanya pakai pakaian tahun-tahun lepas dan semejak suami sakit, Syawal kami sekeluarga tak seceria seperti tahun sebelumnya. Saya berharap biskut dan kerepek yang saya jual dapat dihabiskan jadi bolehlah saya belikan baju raya baru untuk anak-anak,” ungkap Nor Hamizah.

Sekiranya anda berminat untuk menghulurkan bantuan, salurkan sumbangan anda ke akaun bank berikut atas nama Nor Hamizah Mohd Yusof atau boleh hubungi beliau:

017-9452198
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Baling - Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Ya Allah tolonglah hambamu ini, sembuhkan penyakit adik bernama Nur Hana Hum...


Baling - Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Ya Allah tolonglah hambamu ini, sembuhkan penyakit adik bernama Nur Hana Humairah binti Abd Rahim.

Seorang kanak-kanak yang aktif dulu dan sekarang ini susah nak bergerak dengan masalah penyakit kulit di kaki yang serius. 

Sudah banyak kali berubat di merata tempat, sembuh sekejap kemudia naik lagi. Minta tolong share beramai-ramai bagi membantu insan dalam kesusahan.

Jika ada yang ingin memberi bantuan melalui akaun bank berikut atas nama Zainab binti Othman atau boleh hubunginya:

No 29b Kg Mengkuang Hujung
013-4315537
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Batu Pahat - Nur Fatin Syazwani Ab Karim, 26, berkata, doktor mengesahkan bapanya, Ab Karim Atan, 57, menghidap kanser usus tahap empat, ...


Batu Pahat - Nur Fatin Syazwani Ab Karim, 26, berkata, doktor mengesahkan bapanya, Ab Karim Atan, 57, menghidap kanser usus tahap empat, Mac lalu selepas bapanya itu kerap mengadu sakit perut.

Belum hilang kesedihan dua beradik susulan kehilangan ibu mereka dua tahun lalu akibat kanser usus, kini mereka berhadapan ujian berat apabila bapa mereka pula disahkan menghidap penyakit sama.

Bekerja sebagai kerani, dia kini mengambil alih tugas ketua keluarga apabila bapanya yang sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah tidak lagi mampu bekerja.

Adiknya, Nur Fatin Syazana, 24, yang kini dalam pengajian tahun akhir di Universiti Putra Malaysia  pula bekerja sambilan untuk menampung keperluan mereka sekeluarga.

“Sejak ayah sakit, dia enam kali mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat,” katanya di kediamannya di Kampung Rahmat, di sini, semalam.

Terdahulu, Nur Fatin Syazwani menerima sumbangan Aidilfitri daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Jati Batu Pahat yang disampaikan Pengerusi Khas Biro Kebajikannya, Mohd Hamidi Mad Tap.

Menurut Nur Fatin Syazwani, bapanya perlu menjalani rawatan lanjut pada hari raya kedua di HSNI, menyebabkan mereka sekeluarga tidak bersemangat membuat persiapan Aidilfitri disebabkan kewangan yang agak terhad selain perlu menampung perbelanjaan perubatan ayahnya.

“Selain menggunakan wang gaji bulanan, saya juga sudah menggunakan wang simpanan untuk membeli susu khas dan lampin pakai buang untuk ayah.

“Satu tin susu harganya hampir RM90 dan ayah memerlukan tiga hingga empat tin seminggu, manakala ayah juga perlu memakai sehingga 10 lampin pakai buang setiap hari,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan boleh berhubung dengan beliau di talian berikut atau menerusi akaun bank berikut atas nama Nur Fatin Syazana:

012-7852635
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kemaman -  Dalam kegembiraan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan beberapa hari lagi, nasib tujuh beranak di Kem...


Kemaman -  Dalam kegembiraan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan beberapa hari lagi, nasib tujuh beranak di Kemaman, Terengganu pula berbeza apabila satu-satunya rumah yang didiami mereka kini hampir runtuh.

Lebih membimbangkan, Zalifah Seman, 44, dan enam anaknya terpaksa hidup dalam bahaya dan tidak selesa berikutan sebahagian daripada rumah pusaka yang dihuni sejak tiga puluh tahun lalu kini hampir musnah akibat dimakan anak-anai.

Menurut ibu tunggal itu, dia pernah cuba mendapatkan bantuan namun sehingga kini status permohonan tersebut masih tidak diketahui.

"Sudah pernah cuba minta bantuan dahulu. Saya pun tidak tahu sebab (permohonan) itu tidak berjaya. Dahulu kata (permohonan) sudah lulus tetapi selepas pilihan raya (status permohonan tidak diketahui), mungkin sebab kerajaan lain.

"Saya pun tak pasti juga, senyap begitu sahaja. Memang saya tiada duit, cukup-cukup makan sahaja," katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Zalifah yang mengambil upah menjahit baju hanya memperoleh pendapatan purata sebanyak RM800 sebulan.

Dengan pendapatan tersebut, dia tidak mampu untuk membaiki rumahnya dan terpaksa menggunakan ruang tamu sebagai 'bilik tidur' dan 'dapur'.

Ini kerana, bahagian rumah lain termasuk bilik tidur tidak lagi boleh digunakan kerana mengalami kerosakan pada bahagian lantai, dinding serta bumbung.

Keadaan tersebut menyebabkan kesemua anak Zalifah yang berusia antara 10 dan 23 tahun terpaksa tidur berhimpit di ruang tamu.

Jelas Zalifah, setiap tahun mereka hanya menyambut lebaran secara ala kadar dan tidak mampu menyediakan kelengkapan hari raya seperti orang lain.

"Sekarang ini belum beli baju raya lagi. Sudah janji dengan dia (anak) untuk beli baju raya. Tunggu pelanggan datang ambil baju tempahan. Bayaran tempahan baju sebelum ini sudah habis buat belanja.

"Ada dapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 untuk dua orang anak bagi bantuan persekolahan," katanya.

Bagi meringankan beban keluarga, dua anak perempuan Zalifah turut membantu mencari pendapatan tambahan dengan mengutip tin minuman untuk dijual dan hanya memperoleh bayaran sebanyak RM3.

Justeru itu, Zalifah berharap agar pihak berkaitan dapat meluluskan permohonannya untuk memiliki kediaman yang selasa.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh membuat sumbangan kepada beliau melalui akaun bank atas nama Zalifah Seman atau boleh hubunginya:

017-9204507
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Jerteh - Seorang bapa Mohd Nor Fezan Husain, 51, buntu memikirkan nasib dua anak lelakinya yang menghidap penyakit genetik atau otot yang...


Jerteh - Seorang bapa Mohd Nor Fezan Husain, 51, buntu memikirkan nasib dua anak lelakinya yang menghidap penyakit genetik atau otot yang semakin mengecil menyebabkan anaknya itu lumpuh dan perlu diuruskan olehnya serta isteri.

Dia berkata anak kedua daripada lima beradik, Mohammad Hakimi, 12, dan ketiga, Mohammad Hamzi, 10, menghidap penyakit itu ketika berusia tujuh tahun apabila otot tangan dan kaki semakin mengecil serta membengkok.

Dia berkata, penyakit itu menyebabkan anak keduanya lumpuh sejak berusia sembilan tahun, manakala anak ketiga sejak dua minggu lalu.

“Mereka dilahirkan normal, namun ketika di Tahun Satu otot di bahagian kaki anak semakin mengecil dan membengkok menyebabkan mereka tidak mampu berlari serta kerap jatuh apabila berjalan.

“Keadaan itu berterusan apabila mereka hilang upaya untuk berjalan dan perlu diangkat untuk pergi ke mana-mana termasuk ke sekolah serta menerima rawatan pakar fisioterapi di HUSM, Kubang Kerian,

“Jika sebelum ini, hanya anak kedua yang tidak mampu berjalan dan saya boleh membawa mereka dengan menaiki motosikal. Namun, kini kedua-dua anak hilang upaya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh 2, Lubok Pukol, di Jerteh, hari ini.

Katanya, dia risau untuk membawa anaknya menaiki motosikal termasuk ke Sekolah Kebangsaan Raja Bahar, Kedai Lalat yang terletak lebih lima kilometer dari rumahnya.

Menurutnya, penyakit genetik itu menyebabkan dua anaknya tidak boleh berjalan dan hanya mampu mengengsot atau merangkak untuk bergerak.

“Saya bimbang dengan keselamatan anak untuk membawa mereka menaiki motosikal kerana masing-masing hilang upaya.

“Besar harapan saya supaya ada pihak sudi menyumbangkan motosikal roda tiga bagi memudahkan saya membawa dua anak ke sekolah dan mendapat rawatan di hospital. Saya mahu anak mendapat pendidikan sebaik mungkin demi masa depan mereka.

“Untuk membeli motosikal roda tiga, saya tidak mampu kerana hanya bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan RM50 sehari atau mengikut hari bekerja,” katanya.

Menurutnya, dia kini bergantung kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat  sebanyak RM400 sebulan, anaknya masing-masing RM150 seorang.

Mohd Nor Fezan berkata, anak sulungnya, Nurul Ain meninggal dunia secara mengejut dua tahun lalu ketika berusia 11 tahun. Dia juga mempunyai dua lagi anak, Mohammad Asyraf, 3, dan Nurul Huda Husna berusia tiga bulan yang setakat ini, disahkan normal.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban keluarga ini boleh berbuat demikian ke akaun bank berikut atas nama Mohd Nor Fezan Husain:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Teluk Intan - Benarlah kata pepatah kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Begitu pengorbanan dan kasih sayang Mohd Soo...


Teluk Intan - Benarlah kata pepatah kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Begitu pengorbanan dan kasih sayang Mohd Soofian Ahmad dan Zaliah Mat Saman, ibu bapa kepada bayi berusia setahun tiga bulan yang menghidap penyakit kegagalan fungsi hati atau Biliary Atresia sejak lahir.

Di saat awal kehamilan lagi, anak yang dikandung itu dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh sehingga sampai waktu untuk melahirkan pada 20 Februari tahun lalu. Apatah lagi bayi itu disahkan doktor sihat setiap kali melakukan rutin bulanan pemeriksaan.

Tiba waktunya, sakit dan perit saat melahirkan tidak pernah dihiraukan dan tangisan pertama bayi itu disambut dengan penuh kesyukuran kerana anak yang lahir itu cukup sempurna sifatnya.

Tentunya zuriat lelaki yang ditunggu selama tujuh tahun menjenguk dunia itu diharapkan dapat menjadi penyambung keturunan.

Namun siapalah kita kerana manusia hanya mampu merancang, lain pula ketentuan Tuhan. Hati ibu mana yang tidak pilu apabila anak lelaki itu tidak seperti anak orang lain malah turut mengidap jangkitan kuman pada paru-paru, jantung tidak kuat dan tulang rapuh.

Zaliah, 45, yang pada mulanya tidak sangka dan terkejut dengan pengesahan doktor itu kini reda dengan dugaan Allah SWT.

Menurut ibu kepada tiga anak, Syamil Ahnaf mula dijangkiti demam kuning yang berlarutan hampir sebulan sebulan dibawa ke Hospital Teluk Intan hingga terpaksa habis berpantang di sana.

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan kepada Syamil, hubunginya atau menghulur bantuan wang melalui akaun bank berikut atas nama Mohd. Soofian bin Ahmad (bapa):

014-2938368
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Setiu - Menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, marilah kita bersama-sama membantu apa termampu kepada bekas atlet paralimpik nega...


Setiu - Menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, marilah kita bersama-sama membantu apa termampu kepada bekas atlet paralimpik negara, Azman Mohamed Salleh bersama enam sekeluarga yang kini menghitung hari tinggal di Kampung Rhu Tapai, Setiu. Beliau yang berusia 47 tahun merupakan antara bekas atlet paralimpik yang telah menyumbang pingat kepada negara di pentas antarabangsa khususnya dalam acara lontar peluru, lempar cakra dan lembing.

Namun setiap kejayaan itu seolah-olah tidak bermakna setelah mengenangkan nasib sekeluarga bersama isteri, Siti Faizura Zulkapeli, 31, dan empat anak berumur tujuh bulan hingga 10 tahun yang bakal kehilangan tempat berteduh. Menurut laporan akhbar tempatan, rumah yang kini disewa sejak tujuh tahun yang lalu terpaksa dikosongkan selewat-lewatnya selepas Aidilfitri nanti berikutan pemilik kediaman itu tidak mahu lagi menyewakan rumah berkenaan.

Tanpa sebarang pekerjaan tetap di samping kecacatan fizikal dengan kudung kaki hingga paras peha akibat kemalangan jalan raya suatu ketika dulu memaksa Azman untuk bergantung sepenuhnya pada motosikal roda tiga untuk mencari rezeki. Malah beliau juga turut membuat kerja sambilan menjadi deejay di majlis-majlis dengan bayaran tidak menentu untuk menampung kehidupan.

Bapa kepada empat anak ini juga turut bergantung pada bantuan RM400 sebulan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan zakat tahunan dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Sesungguhnya Siti Faizura Zulkapeli pula menunaikan tanggungjawab sepenuhnya sebagai isteri untuk memberi perhatian penuh kepada anak-anak mereka khususnya anak ketiga mereka yang berusia empat tahun juga merupakan orang kurang upaya(OKU) fizikal.

Untuk rekod, sejak 2008 sehingga 2016 Azman sepenuh masa aktif dalam sukan olahraga untuk mewakili negara ke pentas antarabangsa. Selain beberapa siri kejohanan antarabangsa, Sukan Para ASEAN, Sukan Atlet Berkerusi Roda dan Kudung Antarabangsa (IWAS) beliau juga turut pernah mewakili Terengganu dalam kejohanan PARALIMPIAD di Perlis pada 2014.

Marilah kita menyumbangkan apa termampu kepada mereka sekeluarga ini melalui akaun bank berikut atas nama Azman bin Mohamed Salleh:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini