KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Alor Setar - Sebenarnya kali saya dah lama sakit. Malah, setakat ini sudah 5 kali saya melakukan pembedahan. Yang pertama dan ke dua di h...


Alor Setar - Sebenarnya kali saya dah lama sakit. Malah, setakat ini sudah 5 kali saya melakukan pembedahan. Yang pertama dan ke dua di hospital Alor Setar, Kedah. Manakala yang ketiga masa tu teruk. Hospital Sungai petani pindahkan ke HUSM Kubang Kerian, Kelantan, terus masuk pembedahan dan makan masa 23 jam. “Tulang kering kaki kiri terpaksa dipotong dan diganti tulang kecil kaki kanan. Hampir dua tahun saya tak boleh jalan. Malah,dalam tempoh itu, saya terpaksa ulang alik HUSM Kubang Kerian Kelantan, semuanya kos yang tinggi.

Siapa sangka, dari sakit biasa akhirnya berubah menjadi kronik. Akui empunya diri, sejak dulu lagi kakinya tidak kuat, selalu lenguh-lenguh dan sakit dalam tulang sentiasa berdenyut-denyut. Sehinggakan naik ketumbuhan pada tulang kering kaki kiri, tetapi Norliza Hussain hanya membiarkan. Sehinggalah ketumbuhan itu semakin membesar, apabila dia rujuk ke hospital, doktor mencadangkan supaya melakukan pembedahan. Usai pembedahan, bukan semakin baik malah semakin membesar. Jadi, dia kena lakukan pembedahan lagi.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun Norliza memiliki semangat yang cukup kuat. Biarpun dirinya sedang sakit, namun demi mencari sumber pendapatan, dia membuat kerja meniaga nasi lemak. Selain itu, dia juga menjual sos, tudung dari rumah ke rumah. “Walau bertongkat dua, masak atas kerusi tapi saya kena lakukan walaupun saya tak mampu. Tapi saya paksakan diri. Kehidupan kami sangat susah dan hanya suami seorang sahaja yang bekerja. Berapa sangatlah yang dapat kami kumpul. Sehinggakan setiap kali nak pergi HUSM saya terpaksa hutang sana sini kerana tak ada duit.

Lebih malang lagi, tulang yang tukar itu retak patah atas skru, terpaksa simen lagi selama 5 bulan. Mungkin ini dugaan untuk saya, kaki belum sembuh dah mula sibuk buat kerja. Selama ulang alik rawatan nasib tak baik lagi jadi lagi seperti sebelum ini. Kali ini ditepi-tepi tulang baru. Jadi kena lakukan pembedahan lagi. Selain itu, saya juga terpaksa melakukan radioterapi selama 3 bulan untuk matikan sel.

“Lepas itu tempat tersebut kena jangkitan kuman. Saya demam dan kena lakukan pembedahan lagi. Cuma kali ini di Sungai Petani. Tanpa jahit di kawasan tepi tulang baru tapi saya kena cuci 2 bulan setengah. Malangnya kena lagi jangkitan. Waktu itu, saya buat susulan di HUSM. Jadi, saya kena tahan wad sana pulak tambah antiobotik. Jangkitan mungkin dari kesan radioterapi, lepas tu sekarang saya sakit balik di kawasan tulang dan susulan baru ni keptusan tak ok.

“Ada masalah dan dari apa yang doktor cakap tulang tu tidak cantik nampak kesan putih-putih. Kemungkinan tulang tu mudah reput dan patah, atau balik seperti sebelum ini. Tetapi segalanya bergantung pada MRI. Tapi andai kemungkinan terpaksa buang tulang tu dan ganti balik tulang mungkin kena beli tulang baru yang harganya mungkin ribu atau puluh ribu.

Dan Sekarang saya sudah selesaikan MRI disini. Di hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar baru-baru ini, cuma sekarang untuk teruskan rawatan di HUSM semula. Bermacam kemungkinan adakah kaki ni dapat diselamatkan? “Alhamdulillah, selepas pemeriksaan MRI, tulang tersebut okey, keajaiban mungkin dari Doa semua untuk saya. Tapi doktor ambil keputusan untuk dapatkan nasihat dengan pakar radiologi HUSM pula. Buat masa sekarang saya masih dalam pemantauan doktor.

“Menurutnya, memang susah sakit macam saya kerana ia akan berulang ulang. Cuma doktor pesan, jangan bagi jatuh takut tulang tu akan patah. Saya dah lama berulang alik dari kedah ke HUSM Kubang Kerian, bukannya mudah. Rasanya dekat 100 kali entah lebih” ujar Norliza lagi.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank 102055018475 Norliza Bt Husain atau boleh menghubungi di talian 0175202434.

Simpang Renggam - Kisah ketabahan seorang suami menjaga isteri tercinta yang disahkan mengidap kanser otak, kanser saraf dan kanser payud...


Simpang Renggam - Kisah ketabahan seorang suami menjaga isteri tercinta yang disahkan mengidap kanser otak, kanser saraf dan kanser payudara ini wajar dijadikan iktibar. Usahanya untuk mendapatkan rawatan buat isterinya tidak pernah terhenti.

Selain itu, terus memohon doa kepada Yang Maha Esa untuk diringankan beban yang ditanggung. Terkini di akaun facebooknya Haji Abdul Wahab Mah, sekali lagi dititipkan doa dan harapan buat isterinya yang dikatakan kini terbaring lemah.

Ya Allah, Engkaulah yang aku sembah dan tempat meminta doa. Semoga dapat meringankan kesakitan Kanser Otak, Kanser Saraf dan Kanser Payudara iaitu Isteri ku yang bernama Siti Asmara Binti Kamal sehinggakan tangan bengkak akibat dari pembedahan Kanser Payudara sebelah kiri.

Ya Allah yang Maha Mengetahuinya, Engkau ampunkanlah segala dosa dan ringankan kesakitan setiap malam. Tangan ini lah yang akan menjadi saksi bahawa suamimu Abdul Wahab Mah yang akan memimpinmu masuk Syurga yang mana kamu sukai. Tangan ini lah yang telah melahirkan 7 orang cahaya mata dan menyeri hidupku Ya Allah.

Sesungguhnya hanya kepada Engkau sajalah merayu segala doa ku supaya meredhai ketentuan Qadak dan Qadar. Kekadang aku pujuk diri ku supaya diberikan kekuatan dan keimanan menghadapi dugaan dan cubaan yang paling besar yang pernah aku lalui. 

Tak pernah aku bayangkan dan terkir isteri ku menghadapi ujian begitu sakit sekali di penghujung usia. Cuaca tak selalunya cerah adakala akan dilanda hujan. Tak sanggup aku melihat rintihan kesakitan dari suara seorang wanita yang bernama isteri pernah hadir dalam hidupku. 

Aku bersyukur kepadaMu kerana menjodohkan seorang wanita melalui tulang rusuk seorang lelaki yang pernah menggembirakan hatiku di kala sedih dan jatuh.

Isteri aku inilah yang pernah mempertaruhkan nyawanya demi melahirkan zuriatnya, sungguh pun disaat akhir ini beliau masih berjuang untuk melangsungkan sisa hidup di akhir hayat. Semoga Engkau terimalah segala ibadah dan ketabahan beliau. 

Ya Allah, Engkaulah yang aku minta berikanlah kekuatan dan semangat untuk melalui liku-liku disaat akhir hidupnya supaya kami diberi teguh iman yang dapat melafazkan perkataan LAILAHAILLALLAH dipenghujung nyawanya.

Bagi yang ingin menyumbang untuk meringankan perbelanjaan rawatan.
Maybank: 101196437274 Abdul Wahab Mah Bin Abdullah
Tel: +60167179098

Kota Bharu - Akibat kesempitan hidup, ibu tunggal dikenali sebagai Nurliza Yaakob yang menetap di Kampung Langgar, Kota Bharu ini terpaks...


Kota Bharu - Akibat kesempitan hidup, ibu tunggal dikenali sebagai Nurliza Yaakob yang menetap di Kampung Langgar, Kota Bharu ini terpaksa memberi minum air kosong kepada bayinya yang berusia dua tahun sebagai pengganti susu.

Sudahlah diri sendiri menghidap sakit tulang belakang, ibu tunggal berusia 36 tahun ini buntu memikirkan nasib dua lagi anaknya apabila terpaksa menjalani kehidupan seharian tanpa sumber kewangan tetap. 

Seorang lagi anaknya berusia 11 tahun pula mendapat wang saku sebanyak RM5 setiap hari hasil sumbangan kelab guru dan pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar.

Memetik laporan media, Nurliza hanya bergantung kepada kerja membuat kuih secara kecil-kecilan untuk menampung hidupnya tiga beranak.

Dalam masa sama, dia terpaksa berjimat cermat kerana terpaksa membayar sewa rumah sebanyak RM250 sebulan.

Semoga ada jalan penyelesaian untuk mereka sekeluarga termasuk ihsan orang ramai untuk meringankan beban keluarga ini.

Pembedahan untuk tulang belakang Nurliza akan dibuat dalam tempoh terdekat namun dia masih dalam dilema terhadap pelbagai kemungkinan termasuk pengurusan hidup dua anaknya. Sehubungan itu, orang ramai yang sudi membantu boleh berbuat demikian.

Ipoh - Assalamualaikum. Mohon bantuan semua untuk kongsi & panjangkan doa kepada Huzaifah Haris selepas kemalangan dengan sebuah bas...


Ipoh - Assalamualaikum. Mohon bantuan semua untuk kongsi & panjangkan doa kepada Huzaifah Haris selepas kemalangan dengan sebuah bas dan kini dalam keadaan kritikal & koma di wad ICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Bantuan sumbangan dari kita semua sangat bermakna. Jasa baik anda, semoga Tuhan membalasnya.

Bank Islam: 08095020055353 (Nurul Mutiaah Haris)
Tel: 012-5769678

Bentong - Pasangan suami isteri dari Taman Muhibah, Bentong sedih mengenangkan nasib anak sulung mereka yang mengalami masalah jantung. ...


Bentong - Pasangan suami isteri dari Taman Muhibah, Bentong sedih mengenangkan nasib anak sulung mereka yang mengalami masalah jantung.

Lebih memilukan Mohamad Safuan Januri, 28, dan Norliana Mat Isa, 25, tiada pendapatan tetap untuk menyediakan perbelanjaan rawatan susulan anak mereka. 

Pasangan ini juga terpaksa menyewa rumah tanpa bilik dan menghentikan pembelian susu khas kepada Abbsy Nauqid, 6. "Dia tidak boleh minum susu lain kerana mengalami alahan tetapi kami terpaksa berhenti beli susu kambing itu kerana tidak mampu. 

Harganya kira-kira RM80 sepeket. "Kami hanya berharap dia akan kembali sihat selepas menjalani pembedahan pertama April tahun lalu dan rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) pada masa ini," katanya. 

Norliana berkata, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mencukupi dan dia bekerja mengambil upah melakukan pendawaian elektrik bagi menampung pendapatan keluarga. Katanya, anak sulung daripada dua beradik itu dikesan menghadapi masalah jantung selepas lahir. 

"Pada masa ini pihak IJN hanya melakukan pembedahan mengatasi masalah jantung berlubang dan masih memantau perkembangan Abbsy Nauqid," katanya.  

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan JKM negeri, Zulkhairi Zainol Abidin berkata JKM telah menyerahkan bantuan segera sebanyak RM300 kepada keluarga berkenaan. "JKM juga telah memproses permohonan bulanan sebanyak RM350 di bawah Bantuan Pesakit Kronik terhadap keluarga itu bagi meringankan beban mereka," katanya.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi talian 013-9443767 atau menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank Norliana Mat Isa - 60164276645753.

Alor Setar - "Tak tahu nak korek mana lagi duit, terpaksalah tebalkan muka pinjam duit dengan saudara-mara. "Nanti bila cuaca d...


Alor Setar - "Tak tahu nak korek mana lagi duit, terpaksalah tebalkan muka pinjam duit dengan saudara-mara. "Nanti bila cuaca dah baik, kami akan cuba bayar semula wang yang dipinjam bila keluar menoreh getah," ujarnya yang amat merindui anaknya yang disifatkan amat periang itu. Buat sementara waktu, mereka terpaksa 'ikat perut' untuk berjimat-cermat dengan wang yang ada.

Berbekalkan RM100 yang diberikan seorang rakan, pasangan penoreh getah ini menggunakan wang tersebut untuk menampung kos perjalanan dari Kuala Krai, Kelantan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

Che Siti Zabidah Ismail, 51, dan suaminya Ab Rahim Ab Rahman, 64, menuju ke hospital tersebut selepas diberitahu bahawa anak perempuan mereka alami pecah usus akibat kemalangan jalan raya di Cameron Highlands. 

Pasangan tersebut terpaksa bermalam di dalam kereta kerana tidak mempunyai wang lebih sewaktu melawat anak mereka, Siti Nur Zulaihah, 22, di hospital itu. "Selepas mengetahui kami berdua tidur di dalam kereta, syukur ada kawan suami yang bantu sewakan bilik di depan hospital pada harga RM50 satu malam. 

"Kami berdua putus mata pencarian kerana tidak boleh keluar menoreh getah sejak memasuki musim hujan November lalu," katanya ketika dihubungi media pada Rabu. Insiden yang menimpa Siti Nur Zulaihah meraih perhatian netizen selepas ia dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter.

Che Siti Zabidah dan suaminya, Ab Rahim berharap ada pihak yang sudi membantu meringankan beban mereka. Posting tersebut mendapat lebih 1,700 retweet dan lebih 500 tanda suka. Siti Nur Zulaihah yang merupakan pekerja kedai makan di Cameron Highlands, terlibat dalam kemalangan pada 31 Disember lalu ketika membonceng motosikal yang ditunggang oleh rakannya untuk pulang menyambut tahun baharu bersama keluarganya. 

"Kawan dia beritahu ketika itu jalan licin dan motosikal pun hilang kawalan. "Anak makcik melambung ke udara dan perutnya terhentak ke atas pembahagi jalan hingga menyebabkan ususnya pecah," kata Che Siti Zabidah. 

Jelasnya, memandangkan Hospital Raja Permaisuri Bainun tidak mempunyai pakar yang boleh merawat Siti Nur Zulaihah, anaknya itu terpaksa dirujuk kepada pakar di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada Selasa. 

Ketika anaknya itu dibawa menaiki ambulans ke hospital tersebut, Che Siti Zabidah dan suaminya mengekori dengan menaiki kereta. Usus Siti Nur Zulaihah pecah akibat terhentak pada pembahagi jalan ketika ditimpa kemalangan di Cameron Highlands. Malangnya, kereta tersebut rosak di tengah jalan dan kos untuk membaiki berjumlah RM390. 

Menurut ibu kepada lapan anak tersebut, kadang-kadang dia mengalas perut dengan makan hidangan hospital yang disediakan untuk anak perempuannya itu. Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi bapa Siti Nur Zulaihah, Ab Rahim di talian 017-940 2754.

Ampang - Lebih dua minggu atlet muda silat gayong wanita negara, Ainbatrisyia Amran masih tidak sedarkan diri selepas mengalami kekejanga...


Ampang - Lebih dua minggu atlet muda silat gayong wanita negara, Ainbatrisyia Amran masih tidak sedarkan diri selepas mengalami kekejangan otot ketika berehat, hanya tiga hari sebelum dijadualkan menyertai kejohanan peringkat kebangsaan.

Ketika kejadian, atlet pra Sukma Pulau Pinang itu sedang berehat selepas menjalani latihan bagi persediaan untuk menyertai Kejuaraan Pencak Silat Kebangsaan pada 21 Mac lalu. Menurut ibu atlet itu, Noorida Ismail,42, Ain mengalami kekejangan otot dan tidak sedarkan diri ketika menyertai latihan pusat di Ampang. 

"Sejak hari itu dia langsung tidak sedarkan diri, dan tidak ada sebarang respons daripadanya. "Kelmarin doktor ada menjalani rawatan di bahagian otaknya yang didapati bengkak akibat rawatan pemulihan sistem jantung (CPR) selama sejam ketika insiden berlaku. "Ia juga menyebabkan kakinya lebam akibat saluran darah tidak lancar. 

"Hari ini ada sedikit perubahan apabila matanya sedikit bergerak, namun masih belum sedarkan diri," ujarnya dengan nada sayu ketika dihubungi media.

Noorida berkata, sejak insiden malang itu berlaku ke atas anak keduanya, dia dan suami (ayah Ain) mengambil keputusan tinggal di bilik yang disediakan hospital di Ampang itu. "Memang setiap hari tinggal di sini untuk menjaga Ain, terpaksa tinggalkan adik Ain di kampung bersama makciknya. 

"Saya memang harapkan Ain akan sedar. Buntu tidak tahu apa nak fikir. "Sejak insiden berlaku Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia ada mengambil berat perkembangan Ain dan memberi bantuan. "Cuma tidak tahu selama mana akan berada di hospital ini dan terpaksa meninggalkan kerja di Pulau Pinang," jelasnya. 

Tambah Noorida, sebelum ini Ain memang seorang yang aktif bersukan dalam acara silat dan tidak pernah mengalami apa-apa masalah kesihatan. 

"Dia wakil Pulau Pinang pada Sukan Malaysia dan dipanggil untuk berlatih bersama skuad kebangsaan. "Memang terkejut dan sebagai ibu, kejadian ini amat menyedihkan saya," katanya. Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban Ain boleh berbuat demikian.

Temerloh - Assalamualaikum, rayuan untuk orang ramai tolonglah bantu baby Harazz & Harizz. Baby ini sakit jantung berlubang. Paru-pa...


Temerloh - Assalamualaikum, rayuan untuk orang ramai tolonglah bantu baby Harazz & Harizz. Baby ini sakit jantung berlubang. Paru-paru baby ini sudah dipenuhi darah dan menyukarkannya untuk bernafas.

Baby Harizz memerlukan dana sebanyak RM35,000 untuk lakukan pembedahan segera, jika tidak banyak sedikit pun janji kita sama-sama membantu selamatkan baby Harizz.

Viralkan kisah baby ini sejak tidak ada pihak yang membantu, komuniti sangat penting untuk saling membantu di kala kesusahan untuk kumpul dana.

Instagram: @schakieyla_ (Ibu)
No Tel: 0142191292 (Ibu)
Bank Islam: 06037023296993 (Normala Syakilla bt Arman)

Johor Bahru - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itu realiti yang dihadapi Mohd Fakrul Hakimi Yusoff yang menderita saki...


Johor Bahru - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itu realiti yang dihadapi Mohd Fakrul Hakimi Yusoff yang menderita sakit sendi punggung dan memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung kos pembedahan yang dianggarkan melebihi RM40,000.

Pemuda berusia 25 tahun itu berkata pembedahan kali kedua itu adalah bagi memasukkan besi di kaki kanannya yang telah reput bagi membolehkan dia untuk bergerak dengan mudah menggunakan kerusi roda.

Dia yang menghidap Cerebral Palsy sejak lahir, kini terlantar sakit sejak menderita sakit sendi punggung pada 2016.

"Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Sejak daripada itu, saya terus tidak dapat berjalan dan tidak dapat bangun langsung serta perlu diangkat untuk ke hospital. Malahan untuk urus diri sendiri, saya juga tidak mampu," kata anak sulung daripada tiga adik-beradik itu kepada media, di sini, hari ini.

Mohd Fakrul Hakimi berkata, dia hanya mengharapkan bantuan ayahnya Yusoff Mohd Noor, 65, yang terpaksa berhenti kerja sebagai buruh untuk membantunya mengurus diri dan membawanya ke hospital untuk menerima rawatan.

Graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu itu juga memberitahu pembedahan pertamanya pada tiga tahun lepas untuk membuang sendi paha yang turut terjejas dan reput tidak menjadikan tahap kesihatannya bertambah baik, malah semakin memburuk.

"Saya harapkan pembedahan kali ini dapat dilakukan kerana saya tidak mahu susahkan abah lagi, doktor beritahu peluang untuk saya bergerak semula ada walaupun tidak dapat berjalan, guna kerusi roda pun dah cukup bagi saya.

"Pada 25 Mac nanti saya akan berjumpa doktor di Hospital Sultanah Aminah untuk menentukan sama ada pembedahan itu akan dilakukan, memandangkan ia dianggarkan menelan kos yang agak tinggi, saya harap ada orang dapat membantu," katanya.

Sementara itu, Yusoff berkata dia hanya mengharapkan bantuan orang ramai untuk membeli barang keperluan semenjak anak sulungnya itu terlantar sakit. Kini, dia hanya menerima RM250 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Saya tidak beli susu dan lampin pakai buang kerana mahal, saya tidak mampu, kalau ada orang beri, saya bersyukur. Kalau dia nak buang air pun saya bantu dari atas katil, tadah baldi dan bersihkan di situ," katanya sambil menambah anak kedua dan ketiga baru sahaja habis belajar.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban Mohd Fakrul Hakimi boleh menghulurkan bantuan terus ke akaun Maybank bapanya Yusoff Mohd Noor di nombor akaun 156132677791.

Kongsi Portal Ini