KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Assalamualaikum. Sahabat semua, saya sebagai seorang ibu kepada anak-anak Epidermolysis bullosa   EB merayu pada semua sahabat untuk ba...


Assalamualaikum.

Sahabat semua, saya sebagai seorang ibu kepada anak-anak Epidermolysis bullosa EB merayu pada semua sahabat untuk bantu anak-anak EB saya ini. Saya dan ibubapa anak-anak EB seramai 19 orang yang ada pada saya ini sudah buntu dan tak tau nak cakap apa lagi.

Hanya doa dan airmata yang mampu kami buat setakat ini. Kami tak mintak mainan, baju baru, makanan yang mewah, kami nak barang dressing yang sangat susah untuk kami dapatkan. "Apa susah, minta di hospital." kata sinis orang yang cukup mudah untuk diucapkan, cuba mintakan bagi pihak kami. 

"Kan ada jual di farmasi..." cukup mudah untuk menyuarakan, cuba carikan farmasi mana yang ada sentiasa ada stock untuk anak-anak kami pakai. Anak-anak EB yang ada pada Fitri kebanyakannya bawah 6 tahun, yang tengah nakal, yang ingin mencuba apa yg anak-anak normal lain cuba, tapi mereka lain, kulit mereka seperti agar-agar yang jika tersentuh atau jatuh, akan terluka, terkoyak; seperti adik Faris (gambar). 

Itu belum kos barang dressing, untuk 1 bulan. Kalau nak tahu keadaan mereka, cara kehidupan mereka, dekatilah mereka, selamilah hidup mereka. Anda akan tahu betapa pahit perit hidup mereka. "Maaf ya...diatas kesulitan. FB parent anak EB yang dalam gambar ini adalah Shuhada Bakar (ibu adik Aina) dan Norazilawani Nor (ibu adik Faris).

Untuk sumbangan boleh salurkan ke akaun berikut:
Maybank: 153104196259 Norazilawani bt Zi (ibu Faris)
Maybank: 162085541395 Muhamad Nazreen Syah (ayah Aina)


Ketika kisah ini ditulis, bayi comel bernama Nur Zulfa bt Mohd Fadzli sedang dirawat Hospital Serdang, Selangor. Ini kali ketujuh Zulfa ...


Ketika kisah ini ditulis, bayi comel bernama Nur Zulfa bt Mohd Fadzli sedang dirawat Hospital Serdang, Selangor. Ini kali ketujuh Zulfa dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Betapa hebat dugaan dugaan yang dihadapi oleh bayi comel yang dilahirkan pada 4 Julai 2018 ini.

Kelahiran Nur Zulfa bt Mohd Fadzli membawa kegembiraan buat kedua ibu bapanya. Wajah comel yang ditunggu-tunggu setelah sembilan bulan berada dalam kandungan ternyata menyerikan lagi keluarga yang semakin membesar. 

Namun kegembiraan itu tidak mampu bertahan lama apabila ibunya Zuraini Razali mengesyaki sesuatu telah berlaku apabila anak bongsunya itu tidak mahu menyusu badan seperti bayi lain setelah dilahirkan. “ Masa hamil doktor tidak mengesyaki sebarang kekurangan pada bayi. 

Semuanya baik belaka. Zulfa anak kelima saya. Sebelum ini ketika mengandungkan anak pertama hingga anak keempat saya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. ” Jadi apabila hamil anak kelima ini, saya anggap segala-galanya baik. 

Malah sewaktu Zulfa dilahirkan, doktor di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) tidak mengesyaki sebarang masalah. Cuma masa di bilik bersalin, Zulfa tidak mahu menyusu badan.” Ketika itu saya rasa pelik kenapa baby tidak mahu menyusu. 

Sebelum ini keempat-empat anak saya ok sahaja. Mereka pandai sahaja menyusu ketika berada di bilik bersalin. Saya fikir mungkin Zulfa tidak pandai. Bagi masa pada dia,” ujar Zuraini membuka perbualan. Zuraini tabah demi Zulfa Rujuk Pakar Selepas dua hari dilahirkan, Zulfa tidak lagi mahu menyusu. 

Dia menangis sebab lapar. Sebagai ibu, naluri Zuraini mula terdetik ada sesuatu yang tidak kena. Saya mula periksa apa yang tidak kena pada Zulfa. Selepas itu saya mula perasan ada sesuatu yang pelik pada lelangit mulut Zulfa. 

Saya beritahu doktor keadaan tersebut. Doktor periksa dan beritahu tidak ada apa-apa. "Kemudian tunjuk lelangit mulut Zulfa pada emak mentua yang juga seorang jururawat. Dia beritahu mungkin Zulfa ada sumbing lelangit. Saya anggap sebab itu Zulfa tidak menyusu sebab langit jadi luas."

Hanya setelah Zulfa mengalami masalah kuning dan penat sebab tidak menyusu, barulah Zulfa dirujuk kepada doktor pakar. Doktor pakar mengesahkan Zulfa ada masalah cleft palate atau lelangit rekah. Tetapi doktor tidak dapat memastikan adakah sebab cleft palate ini bayi tidak mahu menyusu. 

Bermula dari situ rawatan selanjutnya diberikan kepada Zulfa. Dia dipakaikan tiub untuk memudahkan susu dimasukkan melalui hidung. Sambil bagi susu melalui tiub, doktor juga memberikan botol khas untuk memberi susu. 

Botol itu akan ditekan-tekan bagi mengeluarkan susu untuk diberikan kepada Zulfa kerana bayi tidak akan menghisap jika diberi begitu sahaja. Selepas seminggu di hospital di Kuantan, doktor tidak mengesyaki Zulfa menghidap penyakit lain selain masalah cleft palate. 

Cuma Zuraini sedar setiap kali anaknya diberi susu, Zulfa akan berasa penat dan berhenti dan biar susu itu keluar dari mulut. Hanya separuh sahaja susu yang yang mampu diminum anaknya. Setelah dibenarkan balik ke rumah setelah 10 hari di hospital, Zulfa diberi minum susu menggunakan botol khas. Tidak ada lagi tiub digunakan. 

“Pada usia Zulfa 30 hari, jururawat yang ulang-alik melakukan pemeriksaan di rumah rasa pelik kenapa berat badannya semakin menurun setiap minggu. Dia suruh saya bawa jumpa doktor. Doktor terus tahan Zulfa di hospital Muadzam Shah selama seminggu. ” Doktor memantau penyusuan Zulfa melalui mulut dan melalui tiub. 

Saya perhatikan Zulfa akan berhenti sebelum separuh susunya habis. Dia jadi penat. Hari terakhir di hospital, kebetulan ada seorang pakar kanak-kanak datang melawat. ”Dia periksa dan memberitahu ada masalah pada Zulfa. Dia telah merujuk Zulfa pada HTAA agar boleh pemeriksaan kardiologi dan pemeriksaan selanjutnya dilakukan. 

Dia mengesyaki Zulfa mengalami masalah jantung berlubang. ”Masa itu saya rasa dunia ini gelap. Tidak terjangka saya. Sudahlah saya baru hendak terima kenyataan Zulfa ada cleft palate, kini ada lagi berita yang mengejutkan saya.” Keesokan harinya Zuraini telah membawa anaknya ke HTAA. Dia ingatkan pemeriksaan biasa sahaja. 

Rupa-rupanya sangkaan doktor pakar itu benar belaka. Zulfa didiagnos menghidap penyakit jantung berlubang. Pada masa itu jantung Zulfa sudah bengkak dan banyak jangkitan sebabnya kami telah memaksanya minum susu sebelum ini. Zulfa dan penat tapi kami paksa juga dia minum ikut mulut dan ikut tiub. Berlaku jangkitan juga akibat itu. Selama sebulan Zulfa ditahan di HTTA bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. 

Zulfa dilahirkan normal. Budaknya gemuk. Memang saya tidak mengesyaki sebarang masalah. Apabila ada satu persatu masalah saya mula rasa risau,” jelas Zuraini dengan sayu. Kekuatan Luar Biasa Bayi comel ini mula mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, Selangor apabila Zuraini mula berpindah ke tempat kerja baru di Uniten Putrajaya. 

Sewaktu cerita ini ditulis, Zuraini hanya boleh melawat anaknya di hospital kerana Zulfa ditahan dalam wad PCICU. “Sebelum ini, Zulfa pernah dirujuk di Institut Jantung Negara (IJN) setelah pemeriksaan yang dibuat di HTAA mendapat banyak lagi masalah kesihatan pada Zulfa. Masa di HTAA doktor hanya mengesyaki 4 masalah kesihatan pada Zulfa iaitu masalah jantung berlubang, salur tekak sempit, lelangit rekah dan sindrom tulang rahang kecil. 

”Di IJN doktor mahu fokus masalah jantung. Tetapi doktor dapat mengesan tiga masalah jantung lagi. Zulfa ada mengalami masalah Large perimembranous ventrile septal defect (VSD); patent foramen ovale (PFO/ASD); partial anomalous pulmonary venous drainage in heart failure (PAPVD).” Jelas Zuraini lagi, pembedahan jantung dijangka boleh dilakukan setelah berat bayinya mencapai 10 kg lebih. 

“Sekarang ini berat Zulfa hanya 3.9 kg. Bila la agaknya hendak mencapai 10 kg itu. Ditambah lagi defect kedua berkaitan salur pernafasan yang dipanggil Mild Laryngomalacia. Juga bakal dilakukan pembedahan kedua, setelah pembedahan jantung untuk membuang bahagian yang menutup salur pernafasan. ” Defect ketiga, cleft palate. Perlu juga pembedahan untuk menutup ruang lelangit mulut yang terbuka. 

Defect ini yang saling berkait, membuatkan baby susah untuk menyusu dan selalu tidak selesa bernafas. Bayangkan anak sekecil ini melalui semua kesakitan sedemikian,” ujarnya sayu. Positif Kekuatan yang Allah beri pada bayinya membuatkan Zuraini banyak berfikir. “ Allah itu sebenarnya memberi kita kekuatan sangat luar biasa. 

Cuma kita sedar atau tidak. Selalu cakap “aku tidak mampu” , “aku tidak kuat” tapi sebenarnya kita melebihi dari apa yang kita fikirkan. ”Jika anak kecil ini tetap ceria, tabah, bertahan dengan bermacam ketidakselesaan, kesakitan, bagaimana dengan kita? Mana datangnya kelemahan yang kita canangkan. Allah menguji mengikut kemampuan hambanya. 

Jika anak sekecil ini mampu lalui ujian sebesar ini, kita yang dewasa ini bagaimana agaknya.” Sesungguhnya Zuraini rasa malu pada anaknya. Zuraini sering mengeluh dengan hidupnya ini. Tetapi melihatkan kuatnya Zulfa melalui hari-hari yang mendatang, ia membuatkan hati Zuraini semakin kuat. “ Kehadiran Zulfa mengajar tentang banyak perkara yang positif. Alhamdulillah. Allah mendidik dengan caraNya yang sukar kita fahami dengan mata zahir.

Kota Bharu - “Ibu perlukan perhatian 24 jam. Ibu hanya terlantar menyebabkan saya tidak boleh pergi ke mana-mana,” kata Wan Mohd Fakhrul...


Kota Bharu - “Ibu perlukan perhatian 24 jam. Ibu hanya terlantar menyebabkan saya tidak boleh pergi ke mana-mana,” kata Wan Mohd Fakhrul Anwar Abu Bakar, 33, yang sanggup berhenti kerja untuk memberi perhatian terhadap ibunya yang terlantar lumpuh selepas diserang angin ahmar.

Menurutnya, ibunya, Remalah Shafein, 69, lumpuh sejak 2013 lalu selepas diserang angin ahmar menyebabkan bahagian kanan badan tidak boleh bergerak.

Dia yang menetap di Kota Bharu, Kelantan, sebelum ini bekerja sebagai guru sandaran di Selangor dan tidak mempunyai pilihan selain berhenti kerja.

"Saya berbuat demikian kerana tidak mahu mengabaikan keperluan ibu yang memerlukan bantuan melakukan urusan seharian," katanya.

"Biarpun keadaan ibu begitu, saya harap akan ada hikmah pada masa akan datang terutama melihat ibu segera sembuh," katanya.
Salam, saya nak jual telefon Samsung Galaxy J7 Prime 2016. Harga mati RM450. Telefon sahaja. Kondisi 9/10. Skrin private tinted. RAM 3GB ROM 32GB.
Sebab nak jual nak pakai duit untuk mak sakit strok. Mak perlukan banyak belanja bulan ini. Saya nak kerja tetap tak boleh sebab mak kena jaga sepenuhnya. Hubungi 0199667789. Pada yang nak menderma pada mak saya boleh derma di akaun saya CIMB 7050918756, Wan Mohd Fakhrul Anwar.

Kuantan - Sebaik mengetahui jantina anak dalam kandungan isterinya, Sapawi Mat Din, 44, adalah orang paling gembira kerana penantiannya u...


Kuantan - Sebaik mengetahui jantina anak dalam kandungan isterinya, Sapawi Mat Din, 44, adalah orang paling gembira kerana penantiannya untuk memiliki anak lelaki selepas mempunyai tiga anak perempuan akhirnya tercapai.

Namun, tarikh 27 Disember lalu yang sepatutnya menjadi hari gembira buat mereka sekeluarga bertukar kelam seketika apabila isterinya, Norayuza Abdul Rajab, 38, mengalami komplikasi ketika bersalin sehingga menyebabkannya koma sehingga hari ini.

Sapawi berkata, isterinya sepatutnya melahirkan anak bongsu mereka di Hospital Pekan, namun ketika berada di dewan bersalin tekanan darah Norayuza naik terlalu tinggi sehingga menyebabkannya sesak nafas.

“Saya dimaklumkan oleh doktor jantung isteri berhenti selama 20 minit hingga menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak, malah saya diberitahu anak dalam kandungannya juga tidak dapat diselamatkan.

“Isteri kemudian dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan saya dimaklumkan jantung bayi masih berdegup sebelum isteri selamat melahirkan bayi kami secara pembedahan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Jawa, di Pekan.

Namun katanya, komplikasi yang berlaku ketika proses kelahiran menyebabkan anaknya mengalami kerosakan otak dan beberapa masalah lain.

Dia yang bekerja sebagai operator kilang berkata, anaknya yang diberi nama Muhammad Samir Nasri kini masih menerima rawatan di Hospital Pekan dan selama hampir tiga bulan itulah dia berulang alik ke hospital untuk melihat anaknya.

Katanya, doktor memaklumkan otak anaknya tidak membesar seiring usianya, dia juga tidak mampu menelan air liurnya sendiri malah difahamkan beberapa ujian lagi akan dilakukan sebelum dia dibenarkan pulang.

“Isteri dibenarkan pulang 15 Februari lalu namun keadaannya masih tidak berubah, hanya terbaring... Meskipun mampu mengerdipkan mata namun dia sebenarnya berada dalam keadaan tidak sedar.

“Sebagai suami hati saya sayu melihatnya, sepatutnya kami gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga namun keadaan ini yang berlaku.. saya reda,” katanya yang mempunyai tiga lagi anak berusia lapan hingga 14 tahun.

Sapawi berkata, Norayuza tidak pernah mempunyai masalah kesihatan sebelum hamil dan sepanjang tempoh kehamilan, isterinya mengalami tekanan darah tinggi namun masih terkawal.

Katanya, setiap hari dia akan berbual dan bercerita dengan Norayuza walaupun menyedari isterinya tidak dapat memberi tindak balas atau mendengarnya.

“Walaupun dia tidak lagi mampu bercakap atau bergerak namun saya bersyukur kerana dapat melihatnya setiap hari, sebab itu saya sentiasa berbual dengannya.

“Ketika saya bekerja, adik ipar dan sepupu akan membantu untuk menguruskan isteri saya. Apabila pulang, saya akan mengambil alih semula tugas itu,” katanya.

Jauh di sudut hati dia mahu melihat isterinya pulih seperti sedia kala walaupun doktor sendiri tidak memberi jaminan sama ada isterinya akan sembuh atau sebaliknya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian:

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum & salam Jumaat semua. Hari ni 8 March, chemo Aryan yang ke 4 (suntikan VCR), bermakna ...


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum & salam Jumaat semua.

Hari ni 8 March, chemo Aryan yang ke 4 (suntikan VCR), bermakna hari terakhir chemo sebelum Aryan operate pada 14 March nanti untuk buang tumor yang ada di buah pinggang Aryan, dan mengikut kata doktor, buah pinggang kanan Aryan pun terpaksa remove sekali.. Allahuakhbar sayang Mama... Mama tak sanggup sangat nak sebut sebenarnya. Mama masih berharap sangat2 buah pinggang Aryan dapat diselamatkan. Masih mengharap pada keajaiban Tuhan. Tiada apa Mama mampu lakukan selain berdoa dan terus berdoa. Kepada Tuhan Mama berserah...

Pada hari yang sama juga doktor nak operate dekat dada Aryan untuk buat "chemo port" supaya senang nak masukkan chemo, tak perlu cucuk dekat tangan atau kaki Aryan lagi. Tapi Mama berat hati sangat2 nak setuju. Sedih, bingung, takut, bercelaru semua ada. Kesan biopsy & bone marrow (ambil sumsum tulang belakang) Aryan pun tak hilang lagi, nak ditambah lagi 2 operation. Beratnya dugaan buatmu sayang. Diusia ni anak2 sebaya Aryan semua tengah seronok bermain, tapi Aryan berulang alik di hospital menerima rawatan yang menyakitkan. Mama sedih sangat2 Aryan, tapi Mama tak tau apa nak buat. Nak diikutkan Mama tak sanggup nak tengok prosedure atau protocol rawatan chemo ni. Tapi demi Aryan, Mama kuatkan hati & sentiasa ada dengan Aryan.

Anak manje mama "Maliq Aryan". Jangan nangis,sabar ye sayang. Mama doakan Aryan cepat sihat dan ceria macam dulu. Tak sampai hati Mama tengok Aryan nangis sepanjang rawatan chemo ni. Tangan,kaki, dah berpuluh2 kali kene cucuk. Cuma cara chemo ni je yang Mama dan pihak hospital boleh buat. Tangisan dan jeritan Aryan sentiasa terngiang2 di telinga dan mata mama ni. Nampak je diluaran Mama ok, masih boleh tersenyum, tapi hakikatnya dalam hati Mama perasaan sedih,menangis dah tak terbendung lagi kalau tengok muka Aryan... Mungkin ni ujian Allah buat Mama & Papa supaya lebih rapat dan mengingatiNya. Segala yg berlaku pasti ade hikmah disebaliknya. In sha Allah. Mama redha sayang.

**Jika ada kelapangan saya akan cerita dari awal kronologi Maliq Aryan. Taip yang ni pun rasa sebak sangat2. Doakan agar saya terus tabah melalui semua ini dengan senyuman.

Disini saya ada sertakan surat pengesahan penyakit "Maliq Aryan Bin Ahmad Rafiq" yang disahkan menghidap penyakit "Nephroblastoma Stage III" (Wilms Tumor) daripada doktor dan kini sedang menjalani rawatan Chemotherapy di Wad 4D (Ongkologi & Hemathology) HUKM. Tempoh rawatan di jangka memakan masa 6 bulan lagi selepas tarikh operation. Dan anggaran total kos rawatan adalah RM10,000 - RM15,000. Dengan ini saya dengan rendah diri ingin memohon bantuan kewangan dari orang ramai yang sudi membantu little fighter saya Maliq Aryan. Dan saya juga memohon kalian semua mendoakan agar segala urusan Maliq Aryan dipermudahkan dan sihat seperti sediakala. Saya akan update latest sumbangan dari masa ke semasa dan berapa lagi jumlah yang perlu dikumpulkan. Disini saya sertakan no account dan no telefon saya.

NUR SYAFIQAH HASPULAH
CIMB: 7050213097

H/P - 016-9511545

"Ya Allah, Tuhan sekalian manusia! Hilangkanlah kesakitan Maliq Aryan Bin Ahmad Rafiq. Sembuhkan dia, sesungguhnya engkaulah yang Maha Penyembuh. Tiada penyembuhan selain penyembuhan Mu. Penyembuhan yang tidak meninggalkan kesakitan".

Saya dahulukan dengan ucapkan terima kasih banyak pada yang sudi menolong dan mendoakan Maliq Aryan. Semoga Allah swt balas kebaikkan yang lebih kepada kalian. Aamin.


Shah Alam - Seorang bapa memohon sumbangan tajaan daripada mana-mana pihak bagi membantu anaknya melanjutkan pelajaran di Universiti Al-A...


Shah Alam - Seorang bapa memohon sumbangan tajaan daripada mana-mana pihak bagi membantu anaknya melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar.

Ahmad Khariri Al Hadi Md Yusop seorang penerima asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) memaklumkan permohonan dermasiswa anaknya, Nur 'Aina Qisna Al Huda Ahmad Khariri bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak berjaya.

"Saya dapat surat daripada LZS Isnin lalu maklumkan anak saya layak dapat," tulisnya di Facebooknya.

Namun, melihat kesungguhan anaknya serta tawaran yang diterima dari Universiti Al-Azhar, mana mungkin Ahmad Khariri melepaskan peluang itu.

"Hamba dengan rendah diri memohon jika ada penaja untuk bersedekah / menginfak atau mengeluarkan zakat kepada anakanda hamba.

"Aina layak untuk melanjutkan pelajaran di universiti itu cuma dia ada pembiayaan sepenuhnya," katanya.

Ahmad Khariri berkata, buat masa ini, dia memerlukan RM2980 dalam masa terdekat bagi bayaran kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menyelesaikan urusan pemprosesan dokumen, pembelian tiket dan beberapa prosedur di Mesir.

"Kerana itu saya buat begini, memohon sumbangan tajaan daripada mana-mana pihak bagi membolehkan anak saya melanjutkan pelajaran di sana.

"Anggaran kos pengajiannya ialah sekitar RM600 bagi 48 bulan dan hamba akan tetap usahakan bagi mencari pembiayaan tersebut," katanya lagi.

Sementara itu, menerusi kemaskini status di laman Facebook rasmi LZS ada memaklumkan bahawa pihaknya telah melakukan semakan berhubung status pemohon berkenaan dan mendapati pemohon terbabit tidak menepati kriteria kelayakan serta temuduga untuk tajaan dermasiswa ke luar negara.

LZS berkata, antara syarat untuk tajaan adalah pelajar terlibat seharusnya mendapat keputusan Mumtaz dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama dan mendapat markah 65 peratus ke atas dalam ujian bertulis semasa temuduga.

Bagaimanapun, LZS ada menawarkan bantuan untuk pihak terlibat menyambung pengajian dalam negara dan akan dibantu sepenuhnya memandangkan mereka adalah asnaf miskin yang berdaftar.


Pendang - Muhammad Fahim Mikail Firdaus yang berusia dua tahun kini tidak lagi aktif seperti dulu selepas menjalani tiga kali pembedahan ...


Pendang - Muhammad Fahim Mikail Firdaus yang berusia dua tahun kini tidak lagi aktif seperti dulu selepas menjalani tiga kali pembedahan di kepala sejak berusia 10 bulan hingga menyebabkan pergerakannya terbatas.

Kanak-kanak lelaki itu yang dilahirkan normal dan aktif kini hanya terlantar di atas tilam di rumahnya selepas bahagian kanan otaknya terpaksa dibuang dan penglihatannya rabun akibat demam panas, sejak lebih setahun lalu.

Anak bongsu dari enam beradik kepada suami isteri, Fauziah Harun, 45, dan Firdaus Zakaria, 46, itu kini mendapat rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar setiap minggu untuk bertemu dengan pakar bagi menjalani rawatan lanjut.

Menurut Fauziah, anaknya mengalami demam panas sehingga suhu mencecah 40 darjah selsius ketika berusia empat bulan dan demam berlarutan menyebabkan dia membawa bayi itu mendapat rawatan di Pusat Kesihatan Pendang.

Namun katanya, sebaik sembuh dari demam, anaknya sekali lagi demam panas ketika berusia lapan bulan dan sekali lagi dibawa ke pusat kesihatan berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

“Malangnya ketika Muhammad Fahim berusia 10 bulan, saya dihubungi pengasuh yang memberitahu seluruh badan anak saya kebiru-biruan selain pernafasannya terhenti sekejap dan perlu dibawa segera ke klinik swasta berhampiran kerana bimbang diserang sawan.

“Ketika itu doktor mengesyorkan supaya anak saya dirujuk ke HSB segera kerana bimbang suhu badannya terlampau panas dan perlu mendapatkan rawatan segera,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Puteh, Mukim Air Puteh, dekat Pendang, hari ini.

Fauziah berkata, dia dan suaminya yang mengusahakan perniagaan nasi ayam di Medan Pekan Pendang terpaksa berulang alik dan bergilir-gilir menjaga Muhamad Fahim sekiranya dia dirawat di wad.

Katanya, doktor di HSB mencadangkan pembedahan segera dilakukan terhadap anak saya untuk membuang bahagian kanan otak di tempurung kepalanya selepas terdapat kecederaan banyak.

“Doktor tidak yakin dengan keadaan anak saya dan masa depannya kerana semua itu bergantung pada kekuatannya.

“Namun sebulan kemudian, anak saya perlu menjalani pembedahan kali kedua selepas doktor mendapati terdapat nanah di tempat sama di bahagian kanan otak kepalanya,” katanya.

Fauziah berkata, dia sekali lagi diuji apabila kepala anaknya membengkak menyebabkan doktor mencadangkan supaya pembedahan kali ketiga perlu dilakukan segera menyelamatkan nyawanya.

Katanya, doktor memasang saluran paip di kepala anaknya untuk disalurkan ke bahagian perut untuk mengeluarkan lebihan air di kepala bayi itu yang kemudian dikeluarkan melalui najis.

“Setiap kali dia nak buang air besar, saya terpaksa memberi ubat kepadanya untuk memudahkan proses pencernaan dalam badan berlaku kerana setiap hari dia hanya menjamah bijirin disebabkan tidak selera makanan lain.

“Setiap minggu kami terpaksa berulang alik berjumpa pakar tulang, mata, kepala dan otak untuk mendapatkan rawatan susulan buat Muhammad Fahim menyebabkan saya dan suami terpaksa menutup sementara kedai berniaga,” katanya.

Fauziah berkata, selain Muhamad Fahim, dia mempunyai tiga lagi anak yang masih bersekolah di Tahun Dua dan Lima serta seorang lagi di Tingkatan Dua.

Dua lagi anaknya iaitu yang sulung berusia 24 tahun kerana terpaksa menjaga Muhamad Fahim ketika mereka berniaga, manakala yang kedua pula hanya bekerja sebagai pembantu kantin di Jitra.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Muhamad Fahim boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB milik Fauziah 02090003620208 atau menghubunginya 017-5669033.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan, sila WhatsApp segera ke talian hotline 010-3005260 atau e-mel kepada  [email protected]


“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan, sila WhatsApp segera ke talian hotline 010-3005260 atau e-mel kepada [email protected]

Kuala Lumpur - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menubuhkan unit pemantau bagi mengawasi penulisan atau provokasi yang bersifat menghina Nabi Muhammad serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, unit tersebut ditubuhkan berikutan berlakunya kes-kes menghina Nabi Muhammad dan perbuatan mempersendakan agama Islam.

Serentak itu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan boleh terus membuat aduan ke WhatsApp talian hotline 010-3005260 atau emelkan kepada [email protected]

"Saya juga telah meminta unit pemantau ini menerima sebarang aduan berkaitan penghinaan Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, seterusnya dengan segera membuat laporan polis dan SKMM.

"Saya berharap kita semua dapat berganding bahu bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian negara kita. Saya percaya, pihak berkuasa telah melakukan tindakan sewajarnya untuk menangani isu ini," kata Mujahid dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mujahid, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad serta agama Islam.

Jelas beliau Malaysia mempunyai undang-undang dan pihak yang bersalah perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Rawang - Bekas pemandu Grab hilang punca pendapatan selepas buah pinggang bengkak dan bernanah akibat batu karang sejak Ogos tahun lepas....


Rawang - Bekas pemandu Grab hilang punca pendapatan selepas buah pinggang bengkak dan bernanah akibat batu karang sejak Ogos tahun lepas.

Situasi itu menyebabkan jangkitan kuman merebak ke bahagian mata dengan kanta mata kanan terpaksa dibuang serta penglihatan sebelah kiri kabur. Ahmad Nuraddin Mohd Yusof, 39, berkata, terdahulu dia merupakan pemandu teksi dan pemandu pelancong di Langkawi selama 12 tahun. 

Menurutnya, selepas berpisah dengan isteri ketika menetap di Ipoh pada 2015, dia merantau ke Bukit Sentosa dengan menyewa rumah di Flat Anggerik. "Sewa rumah sebanyak RM250 sebulan dengan bekerja sebagai pemandu Grab dan pada tahun lepas, saya sering demam sehingga terpaksa hubungi ambulans untuk dihantar ke Hospital Selayang. 

"Saya memang dah ada sakit batu karang dan doktor dapati buah pingang membengkak dan bernanah sebelum pembedahan dilakukan serta ditahan wad selama dua minggu. "Saya terpaksa berhenti bawa Grab dan selepas keluar hospital, tidak lama kemudian mata pula rasa sakit sebelum pergi ke klinik untuk periksa," katanya. 

Ahmad Nuraddin berkata, kedua-dua mata bertambah sakit menyebabkan dia mendapatkan rawatan lanjut di hospital sama dan dimaklumkan matanya dijangkiti kuman. Menurutnya, pihak hospital melakukan pembedahan membuang kanta mata kanan dan merawat mata kiri. "Bila tidak boleh memandu Grab, saya ada pendapatan dan terpaksa keluar rumah sebab tiga bulan tertunggak sewa rumah. 

"Saya menumpang di rumah adik di Kedah sebelum menjadi gelandangan di Terminal Bas Bersepadu (TBS) selama dua minggu. "Ada orang bantu bagi tumpang tidur dalam sebulan dan selepas itu, saya kembali menumpang di TBS dalam 10 hari," katanya. 

Ahmad Naruddin berkata, dia meminta ihsan orang ramai dengan memuat naik kisah hidupnya di Facebook dan mendapat sebuah bilik sewa di bangunan kedai dua tingkat dekat Bandar Rawang sejak sebulan lalu. 

Menurutnya, dia mulai bimbang tidak dapat membayar sewa bilik RM250 sebulan itu kerana tidak lagi mampu bekerja. "Saya perlu ke hospital seap bulan dan perlu menjalani pembedahan menukar kanta mata pada bulan depan dengan kos mencecah RM3,000. 

"Semua wang simpanan sudah habis dibelanjakan dan kini hanya bergantung kepada bantuan orang ramai untuk belanja harian. "Apa yang saya risau adalah kos pembedahan mata, bayaran sewa bilik dan belanja harian kerana saya belum mampu untuk kembali bekerja," katanya. 

Ahmad Naruddin berkata, dia memohon bantuan ilat bulanan daripada Perkeso namun ditolak sebaliknya akan diberikan bantuan pukal yang bayaran dilakukan dalam tempoh antara tiga hingga empat bulan lagi. Sumbangan boleh disalurkan melalui nombor akuan CIMB 7070316427 atau hubungu Ahmad Nuraddin di talian 018-2912583.

Kongsi Portal Ini