KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Kulai - “Kami tak putus berdoa supaya adik sembuh walaupun anak dikatakan tiada peluang untuk hidup lama dan hanya menunggu masa dijemput...


Kulai - “Kami tak putus berdoa supaya adik sembuh walaupun anak dikatakan tiada peluang untuk hidup lama dan hanya menunggu masa dijemput Allah SWT,” kata suri rumah, Aishah Abu Hassann 53.

Aishah berkata, tidak sangka anak bongsunya, Mohd Asraf Johan, 19, atau dipanggil adik dalam keluarganya, kini terlantar dan koma akibat terbabit kemalangan 22 Januari lalu di Taman Puteri, Kulai.

Menurutnya, Mohd Asraf seorang periang dan ketika kejadian, dia menaiki motosikal seorang diri sebelum dirempuh kereta yang keluar dari simpang.

“Akibat pertembungan itu anak terpelanting lebih dua meter sebelum kepalanya terhantuk di batu hingga topi keledarnya pecah serta kepalanya parah.

“Dia dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebelum doktor mendapati tempurung kepala sebelah kiri pecah dan pembedahan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan tempurung itu.

“Sejak terbabit dalam kemalangan dia hanya terlantar dan dalam keadaan koma manakala doktor menyatakan peluangnya untuk hidup agak tipis,” katanya.

Aishah berkata, dia tidak menjangka perbualan Mohd Asraf yang pelik sebenarnya petanda dia ditimpa kejadian malang.

Menurutnya, Mohd Asraf menyatakan tidak mahu bekerja sebaliknya mahu berehat. “Dia beritahu jangan memaksanya bekerja kerana dia mahu berehat namun saya tidak sangka dia berehat dalam keadaan sebegini.

“Ketika terbabit dalam kemalangan, dia memang sudah berhenti kerja kira-kira sebulan sebelum itu dan saya menasihatnya bekerja dan menguruskan perbelanjaannya.

“Saya minta dia bekerja kerana saya hanya mampu memberi wang RM10 bagi perbelanjaan hariannya dan jika bekerja dia mampu memperolehi wang sendiri,” katanya.

Aishah berkata, dia mengusahakan gerai menjual sarapan di hadapan rumahnya di Jalan Kekwa 6, Taman Bukit, Kulai manakala suaminya, Johan Hassan, 56, bekerja sebagai pemandu bas dengan pendapatan bulanan RM2,000.

“Dia yang mendapatkan rawatan di HSA kemudian dirujuk ke Hospital Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai dan esok genap seminggu dia pulang ke rumah.

“Selain bergantung kepada susu khas disyorkan doktor, Mohd Asraf memerlukan lampin pakai buang serta peralatan perubatan lain,” katanya.

Aishah berkata, buat masa ini keluarganya menguruskan perbelanjaan sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.

Menurutnya, dia bersyukur kerana Mohd Asraf menerima kunjungan daripada sukarelawan Persatuan Amal Permata Takzim (Papeta) yang menghulurkan sumbangan barangan untuk kegunaannya.

“Walaupun sibuk menguruskannya saya masih meneruskan jualan di gerai di hadapan rumah.

“Saya menjaganya termasuk memberikan susu menerusi tiub empat jam sekali selain menyedut kahak menggunakan mesin dipinjamkan hospital,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Rakyat Johan 220971345156.

Baling - Kesempitan hidup dilalui menyebabkan anggota RELA terpaksa menjadikan pondok usang yang menunggu masa rebah ke bumi sebagai temp...


Baling - Kesempitan hidup dilalui menyebabkan anggota RELA terpaksa menjadikan pondok usang yang menunggu masa rebah ke bumi sebagai tempat berteduh.

Muhammad Shukri Rosli, 28, dari Kampung Masjid Dalam Wang, Mukim Pulai, Baling tinggal di pondok itu bersama isteri, Siti Norashikin Mohd Ali, 19, dan dua anak Nor Jannah, 2, serta Mohamad Arfan Saifullah, empat bulan.

Mereka sekeluarga tinggal di pondok itu sejak dua tahun lalu di tapak tanah atas belas ihsan bapanya, Rosli Othman,60.

Mohammad Shukri berkata, dia tidak ada pilihan lain selepas berkeluarga dan terpaksa berdikari meskipun perlu menghuni di pondok buruk.

“Saya tidak mahu menyusahkan ibu bapa kerana mereka juga susah dan ada ahli keluarga lain tinggal bersama di rumah itu.

“Selepas berbincang dengan isteri, saya mengambil keputusan untuk berdikari dan membina rumah dengan menggunakan kayu hutan untuk berteduh daripada panas dan hujan,” katanya.

Menurutnya, dia menggunakan buluh sebagai dinding rumah dan kayu bulat sebagai tiang, namun apabila hujan dia kerap terpaksa beralih tempat tidur kerana dinding berlubang di setiap penjuru.

Katanya, dia menggunakan bekalan elektrik dari rumah bapanya dan mengangkut air menggunakan tong untuk memasak serta minum, selain menumpang mandi dan membasuh di rumah bapanya.

“Apabila tidak bertugas mengawal keselamatan, saya mengambil upah mengangkut sekerap getah dengan beroleh pendapatan tidak tetap dan tidak pernah memilih kerja asalkan mendapat duit menyara keluarga.

“Saya terfikir mengenai masa depan anak dan isteri yang perlu hidup lebih selesa tetapi tidak dapat menabung akibat kesempitan hidup,” katanya.

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan boleh menyalur ke akaun BSN: 0200541000158012 (Muhammad Shukri Rosli).

Putrajaya - Hospital Putrajaya (HPj) memohon sumbangan sebanyak RM6.01 juta bagi melaksanakan pembinaan sebuah surau dan balai pelawat...


Putrajaya - Hospital Putrajaya (HPj) memohon sumbangan sebanyak RM6.01 juta bagi melaksanakan pembinaan sebuah surau dan balai pelawat dalam usaha untuk menambah baik kemudahan di pusat perubatan tersebut.

Pengarahnya, Datuk Dr Nora'i Mohd Said berkata, buat masa ini, kemudahan surau sedia ada hanya berkeluasan 10x10 kaki persegi dan tidak mampu untuk menampung jumlah pelawat di hospital berkenan pada setiap hari.

Beliau berkata, keadaan kemudahan itu agak kritikal memandangkan jumlah kehadiran pesakit luar adalah mencecah sehingga 1,000 orang sehari manakala kakitangan di hospital itu juga adalah sekitar 2,000. "Walaupun setiap aras di hospital ini mempunyai surau, namun saiznya agak kecil dan tidak mampu menampung jumlah pengunjung pada setiap hari. 

"Dengan keadaan balai pelawat juga turut menyukarkan waris pesakit yang datang dari jauh dan terpaksa bermalam di lobi HPj," katanya. Mengulas lanjut, Nora'i berkata HPj dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju bagi menyediakan tanah kosong bersebelahan taman permainan kanak-kanak berhadapan lobi utama sebagai tapak surau dan balai pelawat terbabit. 

Beliau berkata, pembinaan surau tersebut akan dapat memberi manfaat kepada banyak pihak khususnya pengunjung dan warga kerja di HPj, Institut Kanser Negara (IKN) serta agensi-agensi kerajaan berhampiran. 

"Pembinaan surau ini akan memberi banyak kelebihan malah ia turut dapat memuatkan sehingga 1,000 orang jemaah pada satu masa. "Buat masa ini, kutipan yang diperolehi bagi pembinaan surau dan balai pelawat itu adalah sekitar RM500,000 dan projek hanya akan bermula apabila kutipan mencecah 70 peratus daripada kos anggaran pembinaan," katanya. 

Dalam pada itu, mengenai permohonan sumbangan orang awam itu, Norai'i berkata, kutipan berkenaan terpaksa dibuat berikutan peruntukan kerajaan adalah terhad memandangkan dana sedia ada perlu dikhususkan untuk projek lebih kritikal seperti pembinaan hospital atau klinik. 

Beliau berkata, HPj turut meminta kelulusan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum membuat sebarang hebahan mengenai kutipan dana tersebut. 

"Sebelum ini juga ada tular mengenai kutipan dana bagi pembinaan surau di hospital ini sehingga ada pihak yang merasa was-was. Di sini saya ingin mengesahkan bahawa hebahan tersebut adalah benar," katanya. 

Bagi sebarang keterangan lanjut, orang ramai boleh berhubung terus dengan Ustazah Ummiaton Koronay (0383124378) atau Ustaz Kamaruzaman Abdul Aziz (0383124200 samb 1910) atau Puan Suziyana Sukri (0127860665).

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam (16018010027944) Tabung Pembinaan Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya atau Bank Rakyat (110981002095) Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya. 

Kuala Lumpur - “Nak buat macam mana lagi? Saya ambil keputusan jual dua kereta kepunyaan sendiri dan anak tapi berapa sen sangatlah yang ...


Kuala Lumpur - “Nak buat macam mana lagi? Saya ambil keputusan jual dua kereta kepunyaan sendiri dan anak tapi berapa sen sangatlah yang dapat,”.

Demikian kata bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, 57, sebagai ikhtiarnya mencari wang untuk membiayai kos rawatan pembedahan jantung anak keduanya, Shahmirnuri.

Yazit berkata, Shahmirnuri atau Boy, 34, secara tiba-tiba mengadu sesak nafas sedangkan dia tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum ini.

“Dalam seminggu, saya tengok keadaannya semakin teruk dan terus membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Doktor buat pemeriksaan dan mengesahkan jantungnya bengkak.

“Boy dirawat di HKL selama seminggu sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang kerana di situ ada pakar jantung.

“Doktor beritahu jantungnya perlu dimasukkan bateri dan saya kena sediakan kos sekitar RM40,000 untuk pembedahan,” katanya.

Menurutnya, dia buntu mencari wang sebanyak itu dan meminta bantuan rakan menularkan cerita berkenaan di laman sosial.

"Mereka akur dan bantu saya, tapi senyap saja serta tiada respon daripada masyarakat. Mana orang ada duit untuk bantu dalam keadaan sekarang.

“Setakat ini saya belum mengajukan perkara ini kepada mana-mana persatuan artis dan bercadang berjumpa Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah air (YKAT) Datuk DJ Dave untuk meminta bantuan.

“Saya juga berusaha mendapatkan bantuan Baitulmal dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mencari wang bagi tujuan ini,” katanya.

Nasib Yazit ibarat sudah jatuh ditimpa tangga kerana dirinya juga uzur akibat masalah buah pinggang dan memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan dialisis.

Penyakit yang dideritai itu sekali gus membataskan pergerakannya untuk mencari pendapatan buat keluarga.

Yazit berkata, Boy bekerja sendiri dan sebelum ini tinggal berasingan daripada mereka. “Dia baru saja tinggal bersama kami. Tak sampai enam bulan, dia tiba-tiba jatuh sakit.

“Ketika zaman kanak-kanak, kesihatannya baik tanpa sebarang masalah,” katanya. Selain Boy, Yazit dan isterinya, Ramlah Ahmad, 59, turut mempunyai dua anak perempuan iaitu Razilah, 38, dan Shafiqa Nurlis, 29.

Sandakan - Abdul Rosle Osman, 30, dari Sandakan, Sabah, tiada pilihan lain untuk meminta bantuan pihak media bagi merayu adiknya, Shila ...


Sandakan - Abdul Rosle Osman, 30, dari Sandakan, Sabah, tiada pilihan lain untuk meminta bantuan pihak media bagi merayu adiknya, Shila atau nama sebenar Norshila Osman, 22, kembali ke pangkuan keluar setelah hampir empat tahun menghilangkan diri.

Menurut Abdul Rosle, mereka kini kebuntuan dan tidak mengetahui di mana lokasi sebenar Shila walaupun sudah puas mencari atau cuba menghubunginya.

"Kami sudah buntu mencarinya, jadi kami terpaksa menggunakan media untuk membantu mencari Shila.

"Shila dari Sandakan ke Semenanjung untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Pusat Dakwah Serantau di Kuala Lumpur. Kemudian dia menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di kawasan Cheras," katanya.

Namun, berlaku sesuatu di antara keluarga dengan Shila yang menyebabkan gadis itu melarikan diri daripada keluarganya. Abdul Rosle pula enggan mendedahkan perkara sebenarnya kepada media kerana bimbang akan membuka pekung dan aib keluarga terutamanya Shila.

"Selepas kehilangan Shila, keluarga kami dihujani permintaan beberapa lelaki yang datang menuntut hutang.

"Kami tidak akan marah (jika Shila balik), malah semuanya boleh diselesaikan dengan perbincangan keluarga. Apa yang penting Shila pulang dan hubungi kami," katanya

Bapa Shila, Osman Bacheril, bimbang dengan keselamatan anak perempuannya itu membuat laporan polis pada Disember 2018.

Orang awam yang mempunyai apa-apa maklumat boleh hubungi Balai Polis Sandakan di talian: 089-221 251.

Yan - Seorang ibu runsing memikirkan wang keperluan untuk membeli ubat kanser anaknya yang bernilai RM50,000 masih belum mencukupi. Hamiz...


Yan - Seorang ibu runsing memikirkan wang keperluan untuk membeli ubat kanser anaknya yang bernilai RM50,000 masih belum mencukupi. Hamiza Abdul Rahman, 42, berkata, dia memerlukan RM10,000 sahaja lagi bagi membolehkannya membeli ubat yang disaran doktor.

Menurutnya, anaknya, Muhammad Iqmal Mahazir, 19, menghidap kanser darah jenis limfoma hogdkins tahap empat sejak April tahun lalu. 

"Anak saya kini semakin lemah dan tak ada selera makan menyebabkan dia tak dapat bergerak hingga banyak menghabiskan masa di dalam bilik tidur di rumahnya di Kampung Titi Serong, Yan," katanya. 

"Saya susah hati lihat keadaan anak dan terus ambil keputusan untuk hantar dia ke hospital berdekatan," katanya. Hamiza berkata, anaknya pernah menjalani pembedahan sumsum tulang di Hospital Ampang, Kuala Lumpur tetapi gagal. 

Menurutnya, dia bimbang keadaan kesihatan anaknya makin merosot dan hanya makan buah dalam kuantiti sedikit saja kerana tiada selera makan. Katanya, mereka mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, namun ia tidak mencukupi kerana perlu mengumpul wang untuk membeli ubat dan kos berulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar. 

“Jika cukup jumlah RM50,000 itu, doktor meminta saya menghubunginya kerana bekalan ubat sudah ada, cuma kos agak tinggi untuk membayar ubat berkenaan. “Kos itu merangkumi 18 dos ubat iaitu setiap satu dos mampu bertahan hanya tiga minggu dan fungsi ubat itu bagi mengelakkan kanser itu merebak ke seluruh badan,” katanya. 

Hamiza berkata, lebih membimbangkan apabila bahagian bahu kiri anaknya membengkak akibat sel kanser yang sudah merebak. Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh hubungi 017- 5981506 atau akaun 7045847175 (CIMB) Hamiza.

Misteri Kehilangan Cikgu Yahaya. Minta bantuan untuk kita sama-sama mencari warga emas bernama Yahaya bin Mohamed (Cikgu Ya) yang tinggal ...


Misteri Kehilangan Cikgu Yahaya.

Minta bantuan untuk kita sama-sama mencari warga emas bernama Yahaya bin Mohamed (Cikgu Ya) yang tinggal di Hilir Sungai Burung, Balik Pulau. (Suami kepada Cikgu Raftah)

Beliau dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak keluar jam 7 mlm (Sabtu 2/3/2019) dengan menaiki kereta kancil berwarna silver dengan plat pendaftaran PFJ 9937.

Laporan polis telah dibuat jam 1.13 pagi ( 3/3/2019) Sama-sama kita mencari dan berdoa agar dapat berjumpa kembali dengan keluarga beliau dalam keadaan selamat.

Jika ternampak minta hubungi anak lelaki beliau En. Mohammad Rahimi di talian 019-4780540 atau anak perempuannya Pn. Yusnah di talian 016-4343292.

Saujana Utama - Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama memerlukan dana bagi memenuhi keperluan serta menampung kos operasi. Ketua...


Saujana Utama - Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama memerlukan dana bagi memenuhi keperluan serta menampung kos operasi.

Ketua Balai PBS Saujana Utama, Azman Abdul Razak berkata, bangunan balai PBS sedia ada, serba kekurangan tanpa kemudahan elektrik dan air berikutan kekangan dana. 

Menurutnya, pihaknya bergantung sepenuhnya kepada sumbangan ahli sukarela dan penduduk setempat bagi menampung kos harian memandangkan lebih 20 kes diterima dalam tempoh sebulan. 
“Bangunan PBS ini sebenarnya belum cukup keperluannya termasuk bekalan air dan elektrik memandangkan kita ada terima sebarang peruntukan khas untuk ini dari mana-mana pihak setakat ini. 

“PBS yang diwujudkan sejak 2014 ini juga masih memerlukan tambahan kelengkapan kalis api, peralatan menangkap haiwan berbisa, hos bomba kerana penggunaan tidak terkawal,” katanya. 

Menurutnya, PBS Saujana Utama yang beroperasi 24 jam, menerima panggilan kecemasan hampir setiap hari selain bantuan bersihkan longkang setiap minggu atas permintaan penduduk. “Kebanyakan kes diterima adalah kes ular dan kebakaran terbuka selain bantuan khidmat khas gotong-royong penduduk setempat untuk penggunaan peralatan hos bomba. 

“Tidak dinafikan ada kelengkapan disediakan pihak jabatan namun tidak cukup hingga terpaksa dibeli sendiri untuk melancarkan operasi di dalam radius 25 kilometer.

“Kami dalam perancangan untuk mendapatkan jentera baharu bernilai RM50,000 dan sudah dipanjangkan kepada Ahli Parlimen Kuala Selangor,” katanya. Beliau berkata, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 12168010024571 atas nama Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama.

*Update: Isu ini dikatakan telah selesai. Ada yang share dalam Facebook Group Puchong. Sudah jumpa anaknya. Ada seorang brother up statu...


*Update: Isu ini dikatakan telah selesai. Ada yang share dalam Facebook Group Puchong. Sudah jumpa anaknya. Ada seorang brother up status dalam group tadi. Malam ini anaknya datang ambil dengan brother itu.

Assalamualaikum semua. 

Makcik ini baru sampai di Puchong dari Kelantan jam 6 pagi tadi. Sekarang berada di Restoran Selera Prima sebelah kaunter tiket bas Transnasional.

Sehingga kini anaknya masih tidak dapat dihubungi. Phone kosong tiada no siapa-siapa. Mohon bantuan semua share mana tahu ada yang kenal makcik ini atau anaknya.

Sumber: @5_z00m

Kongsi Portal Ini