KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Johor Bahru -  Remaja penghidap Sindrom Edwards yang dilahirkan hanya sebesar botol kicap 16 tahun lalu, kini semakin uzur dengan pelbaga...


Johor Bahru -  Remaja penghidap Sindrom Edwards yang dilahirkan hanya sebesar botol kicap 16 tahun lalu, kini semakin uzur dengan pelbagai komplikasi penyakit kronik.

Muhamad Iezad Mohamed Rosli atau dipanggil Ijad juga semakin kehilangan berat badan yang susut kepada sembilan kilogram (kg) berbanding 14.5 kg sebelum ini.

Ibunya, Norlanda Sahran, 40, bekas guru sekolah agama, berkata kesihatan anak sulungnya itu terus merosot sejak setahun lalu.

Dia yang menetap di Kampung Parit Shukur, Mukim 7, Parit Raja, Batu Pahat, dekat sini, berkata usus anaknya mengalami kebocoran menyebabkan najis tidak dapat disalurkan ke dalam beg najis di perutnya dengan sempurna.

“Dia sering diserang asma dan nanah kerap terhasil dalam telinga sehingga perlu disedut keluar. Ijad juga semakin kerap sawan dan muntah darah, malah tidak dapat tidur malam.

“Selain itu, Ijad juga kadang-kadang tidak mahu minum air menyebabkan kami memaksanya minum. Tubuhnya semakin cengkung dan mengecut.

“Walaupun semakin uzur, saya dan keluarga tetap tawakal dan berusaha sebaik mungkin untuk merawat Ijad termasuk membawanya ke klinik dan hospital jika komplikasi penyakitnya bertambah buruk,” katanya ketika dihubungi.

Kisah Ijad yang dilahirkan dengan saiz badan sebesar botol kicap dan dijangka hanya mampu hidup selama seminggu selepas dilahirkan, dilaporkan pada 2015.

Dia dilaporkan mengalami pelbagai komplikasi kesihatan termasuk kaki bengkok, berjari empat, tidak mempunyai dubur, tidak mampu bercakap selain sawan, pembesaran terhenti, asma kronik, telinga bernanah dan kerosakan saraf mata.

Sementara itu, Norlanda berkata, beliau sekeluarga juga akan terus memastikan Ijad mendapat rawatan sewajarnya bagi membolehkan dia terus sihat.

“Walaupun kami bukan keluarga senang dan mempunyai tanggungan lain, Ijad adalah amanah Allah yang perlu dijaga sebaiknya seperti adik-beradiknya yang lain, ” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Ijad serta meredakan bebanan ditanggung mereka boleh menyumbang melalui akaun Maybank Norlanda 151267199739.

Mohon bantuan anda semua. Jika tidak mampu menyumbangkan harta, cukuplah dengan perkongsian supaya banyak bantuan akan sampai kepada man...


Mohon bantuan anda semua. Jika tidak mampu menyumbangkan harta, cukuplah dengan perkongsian supaya banyak bantuan akan sampai kepada mangsa. Semoga kawan saya dan keluarga tetap tabah & dipermudahkan urusan mereka.

Assalamualaikum dan selamat petang,

Dukacita saya ingin maklumkan kepada semua rakan-rakan bahawa rumah kawan saya, Wana Razak & Ija Razak terbakar hangus dan tidak sempat selamatkan apa-apa kecuali kereta sahaja. 

Siapa-siapa yang ingin hulurkan bantuan dan sumbangan boleh menziarahi atau hubungi Wana Razak. Takziah buat Wana, Ija dan keluarga.

Sumbangan boleh dihulurkan melalui Maybank: 152068980702 (Norwana Abd Razak).

Sumber: @cik_dOtte

Temerloh -  adik-beradik yang mengalami kecacatan otot sejak lahir tidak menjadikan kekurangan dialami sebagai halangan untuk melanjutkan...


Temerloh -  adik-beradik yang mengalami kecacatan otot sejak lahir tidak menjadikan kekurangan dialami sebagai halangan untuk melanjutkan pengajian ke universiti.

Buktinya, Muhammad Badiuzzaman Khairil , 25 dan Muhammad Syakib Arsallan, 20, dari Kampung Teluk Ira, dekat Temerloh berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Kampus Temerloh sejak tahun lalu.

Muhammad Badiuzzaman mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (TESL) manakala adiknya, Muhammad Syakib Arsallan pula Ijazah Sarjana Muda Pengajian Teknologi Maklumat.

Bagaimanapun, hanya Muhammad Syakib Arsallan hadir ke kampus kerana masih mampu berdiri, manakala Muhammad Badiuzzaman mengikuti pengajian secara dalam talian kerana kesukaran bergerak iaitu terpaksa mengengsot dan hanya ke kampus ketika peperiksaan.

Muhammad Badiuzzaman yang juga anak sulung daripada lima beradik berkata, dia mengambil Ijazah Sarjana Muda TESL kerana meminati Bahasa Inggeris sejak sekolah rendah dan mahu menjadi seorang penterjemah pada masa depan.

“Walaupun tidak menghadiri kelas secara fizikal, saya dapat berinteraksi bersama tutor dan rakan di alam maya yang banyak membantu serta memahami kesulitan dialami kerana perlu belajar dari rumah.

“Saya tidak menganggap ia semua sebagai penghalang sebaliknya menguatkan lagi semangat untuk membalas jasa ibu bapa (Khairil Abdul Rahim, 58 dan Rapeah Rasu, 52) yang banyak berkorban untuk kami,” katanya yang meminati novel Potato People karya Angela Wright.

Bagi Muhammad Syakib Arsallan pula, dia tidak mahu mensia-siakan peluang belajar di OUM dan mahu menjadi pakar IT yang mampu memberi sumbangan kepada kemajuan serta pembangunan negara pada masa depan.

“Dari kecil saya belajar menerima ketentuan dan kekurangan pada diri saya, ia bukan alasan untuk tidak berjaya... ibu bapa, adik beradik serta rakan-rakan banyak memberi sokongan sehingga saya berjaya ke menara gading.

“Memang banyak cabaran perlu dilalui tetapi saya sudah biasa dengannya, dahulu ketika di sekolah pun sudah mengalami seperti perlu mengangkat beg berat dengan keadaan saya,” katanya.

Sementara itu, Khairil berkata, mereka sekeluarga berbangga dengan kecekalan dua beradik itu untuk melanjutkan pengajian ke universiti walaupun mengalami kecacatan otot sejak lahir dan semakin kritikal ketika berusia 13 tahun.

“Saya dan isteri akur dengan ujian Allah ini dan berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik buat mereka supaya dapat menjalani kehidupan seperti insan normal lain.

“Dahulu ketika Muhammad Badiuzzaman bersekolah di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, kami sanggup menyewa rumah berdekatan sekolah untuk memudahkan mereka, Alhamdulillah dia mendapat keputusan baik iaitu 6A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Mohon bantuan, bagi sesiapa yang mengenali saudara Haffiz Hisham (SCSR 2014/2015 UTM) tolong doakan atau hulurkan bantuan sebab dia dala...


Mohon bantuan, bagi sesiapa yang mengenali saudara Haffiz Hisham (SCSR 2014/2015 UTM) tolong doakan atau hulurkan bantuan sebab dia dalam keadaan kritikal.

Assalamualaikum, 

Untuk pengetahuan rakan kami saudara Haffiz Hisham (UTM SCSR 2014/2015) terlibat dalam kemalangan pada 27/2/2019 yang lalu dan keadaan beliau agak kritikal.

Dengan itu kami memohon sumbangan derma kilat bagi membantu keluarga beliau. Sumbangan boleh disalurkan ke Maybank: 153083279650 (Mohamad Amir Amirul).

Sumber: @mohamadamiramirul

Kota Bharu - Dianugerahkan anak berstatus orang kurang upaya (OKU) bukan sesuatu yang memalukan bagi pasangan suami isteri ini, malah mer...


Kota Bharu - Dianugerahkan anak berstatus orang kurang upaya (OKU) bukan sesuatu yang memalukan bagi pasangan suami isteri ini, malah mereka tabah membesarkan amanah Allah SWT itu dengan sebaiknya walaupun berdepan pelbagai kesukaran.

Mazlan Ab Rahaman, 53, dan Wan Noor Maziah Wan Abdollah, 42, tidak pernah mengeluh apatah lagi kecewa apabila anak mereka, Hafizul Rahman, 14, dan Nur Qaseh Umairah, 6, dilahirkan OKU ketidakupayaan fizikal.

Wan Noor Maziah berkata, melalui perkahwinan keduanya itu, dia dikurniakan dua anak istimewa dan sebagai ibu bapa, mereka berusaha memberikan kehidupan terbaik kepada anak syurga itu.

“Saya mendirikan rumah tangga yang kedua selepas arwah suami meninggal dunia akibat kemalangan pada 1999 dan daripada perkahwinan terdahulu saya dikurniakan tiga anak yang berusia antara 20 hingga 22 tahun.

“Walaupun dua daripada lima anak dilahirkan OKU, namun saya tidak pernah menganggap mereka sebagai beban tetapi kurniaan Allah yang tidak ternilai,” katanya ketika ditemui di Majlis Meraikan OKU di Jalan Dusun Muda di Kota Bharu.

Katanya, ketika proses kelahiran Hafizul dan Qaseh, kedua-duanya lemas dan keadaan itu menyebabkan mereka membesar menjadi OKU selain tidak boleh bercakap dan berjalan.

Menurutnya, selepas dilahirkan Hafizul ditempatkan di Pusat Penjagaan Intensif Pediatrik (PICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selama seminggu.

Berat Hafizul kini hanya 13.5 kilogram (kg) dan tidak membesar seperti remaja seusianya dan hanya bergantung kepada susu.

“Berbeza dengan Qaseh yang kelihatan normal selepas dilahirkan, namun ketika berusia lima bulan saya melihat dia tidak seperti bayi lain kerana hanya terbaring dan tidak memberi tindak balas. Qaseh dirujuk ke HUSM dan ditempatkan di PICU sebelum doktor mengesahkan Qaseh OKU ketidakupayaan ketika berusia lapan bulan.

“Setiap bulan saya memperuntukkan belanja hampir RM2,000 untuk dua anak termasuk lampin pakai buang, susu dan kos ulang-alik ke hospital untuk berjumpa pakar serta rawatan fisioterapi.

“Bagi menampung perbelanjaan, kami bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja di tempat pemprosesan ayam dengan upah RM30 sehari dan ada kalanya terpaksa meminjam wang daripada adik-beradik,” katanya yang tinggal di Wakaf Aik, Tawang, Bachok.

Katanya, dia bersyukur kerana dua anaknya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masing-masing RM300 sebulan dan ia boleh mengurangkan bebanan mereka.

Wan Noor Maziah berharap ada pihak sudi menyumbang mesin jahit kerana dia boleh menjahit dan mahu membantu meringankan beban suami menyara keluarga.

“Saya tidak pernah berenggang dengan dua anak kerana perlu penjagaan rapi dan dipantau kerana bimbang mereka melakukan perkara yang boleh memudaratkan diri.

“Masa depan mereka, cuma Allah yang tahu. Saya reda dan terima hakikat kekurangan anak dan selagi hayat dikandung badan, saya mahu terus menumpahkan seluruh kasih sayang kepada mereka.

“Bagi memudahkan untuk menguruskan mereka terutamanya setiap kali temu janji di hospital, saya juga memerlukan kereta sorong bayi,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Bank Rakyat, 221051396136, atas nama Wan Noor Maziah Wan Abdollah atau boleh menghubungi di talian 017-9043577.

Johor Bahru - “Alhamdulillah dengan sumbangan yang diterima setakat ini iaitu RM5,900, Damia sudah boleh memulakan pemeriksaan dan rawata...


Johor Bahru - “Alhamdulillah dengan sumbangan yang diterima setakat ini iaitu RM5,900, Damia sudah boleh memulakan pemeriksaan dan rawatan peringkat awal,” kata suri rumah, Siti Nor Hidayah Zulkepli.

Siti Nor Hidayah, 34, berkata, dia dan suaminya tidak membuang masa atau menangguh rawatan yang sepatutnya diterima Nur Qalesya Damia atau Damia, 8, sebaliknya terus membawanya berjumpa doktor di hospital swasta di Johor Bahru, hari ini.

Menurutnya, keluarganya akan membincangkan berkaitan pembedahan yang disyorkan doktor termasuk prosedur ditetapkan dan Damia diminta untuk bertemu kembali doktor pada Ahad ini bagi rawatan lanjut.

“Doktor memberikan sejenis ubat bagi mengurangkan bengkak lidah Damia dan saya berharap ada perubahan.

“Saya berterima kasih kepada media dan begitu juga kepada semua penderma yang prihatin dengan keadaan Damia. “Hanya tuhan mampu membalas jasa semua penderma yang berhati mulia,” katanya.

Siti Nor Hidayah berkata, pihaknya pasti akan berkongsi perkembangan Damia bersama orang ramai termasuk menerusi media sosial.

“Penderma juga umpama sebahagian daripada ahli keluarga kami kerana mereka prihatin dan ambil berat berkaitan Damia, pasti kami akan berkongsi perkembangannya.

“Kami juga berharap orang ramai akan mendoakan kesembuhan Damia kerana tiada yang lebih istimewa berbanding doa kepada Allah SWT,” katanya.

Media semalam mendedahkan kisah Damia yang hidup menderita apabila lidahnya tersembul keluar kira-kira lima hingga enam sentimeter.

Damia menghadapi kesulitan untuk makan dan bertutur dan terpaksa menggunakan jarinya untuk menolak makanan ke dalam mulut dan tidak mampu mengunyah sebaliknya hanya menelan.

Sebelum ini, Damia pernah menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan di hospital swasta di Larkin serta dinasihatkan menjalani pembedahan, namun ia terpaksa ditangguh kerana keluarganya tidak mampu menyediakan dana berjumlah RM30,000.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan bagi menampung rawatan Damia menerusi akaun Maybank ibunya, 151276050894 atau menghubungi 019-7943850.

Machang - Seorang ibu tidak menyangka, anaknya yang dilahirkan tidak cukup bulan disahkan menghidap hydrocephalus atau penyakit lebihan c...


Machang - Seorang ibu tidak menyangka, anaknya yang dilahirkan tidak cukup bulan disahkan menghidap hydrocephalus atau penyakit lebihan cecair dalam otak.

Nik Ishazalwani Ismail, 37, berkata, bayinya, Nur Fikriah Elias, 7 bulan, tidak mampu bergerak atau merangkak sebagaimana bayi seusianya apabila kepalanya membesar sejak berusia dua bulan. 

Menurutnya, sejak melahirkan anak bongsunya itu, dia terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu di stesen minyak dan terpaksa menjual kereta bagi menampung kos sara hidup keluarganya.

Berat Nur Fikriah hanya 3.5kg berbanding sepatutnya 5kg apabila ibu bapanya dak mampu menampung kos susu disyorkan doktor. Katanya, dengan pendapatan suami RM1,000 sebulan sebagai pengawal keselamatan tidak mencukupi, malah gaji turut ditolak apabila suaminya terpaksa bercuti bagi mendapatkan rawatan susulan untuk Nur Fikriah. 

“Setiap bulan, kami perlu berulang-alik ke hospital sekurang-kurangnya empat kali. Akibat masalah kewangan juga, kami tidak mampu membayar bil Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu yang masih berbaki RM500. 

“Doktor nasihatkan saya berikan anak susu jenis Dumex Dupro Post Discharge memandangkan beratnya tidak seiring dengan umur, tapi kami tak mampu dan hanya berikan Dumex Dupro biasa. Beratnya kini hanya 3.5 kilogram, sepatutnya sudah mencecah 5 kilogram,” katanya. 

Nik Ishazalwani berkata, selain Nur Fikriah, dia juga mempunyai dua anak berusia 8 dan 4 tahun. Lima beranak itu kini tinggal menyewa di Kampung Alor Melaka, dekat sini, dengan kadar sewa RM150 sebulan. Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional, Elias Zakaria di nombor 030134100013206.

Bukit Beruntung - Meskipun hanya memperoleh untung sekitar RM5 sehari, ia tidak mematahkan semangat seorang warga emas mencari duit belan...


Bukit Beruntung - Meskipun hanya memperoleh untung sekitar RM5 sehari, ia tidak mematahkan semangat seorang warga emas mencari duit belanja harian dengan menjual biskut dan kuih di tepi jalan.

Bapa kepada lima anak itu, Hairuddin Mad Sari, 73, berkata, gerainya berteduhkan payung usang sumbangan seorang rakan di hadapan stesen minyak dekat Bukit Beruntung sejak tujuh tahun lalu. Menurutnya, dia menjual biskut dan kuih dalam balang berharga antara RM3 hingga RM10 seawal jam 8 pagi hingga 3 petang. 

“Dulu saya kerja pengawal keselamatan selama 20 tahun dan terpaksa berhenti kerja atas faktor umur serta kemudian cari tin kosong untuk cari duit belanja. “Ada seorang kawan buat kuih bahulu cadangkan saya jual kuih dia tapi bila dia dah meninggal dunia, saya beli kuih dan biskut di pasar raya untuk dijual semula. 

“Ada juga orang letak kuih di gerai saya tapi untung tak banyak sebab balang besar yang terjual hanya dapat untung RM1 dan balang kecil, dapatlah 50 sen,”katanya. Hairuddin berkata, duit keuntungan akan dibelanjakan bagi membeli lauk untuk isteri dan seorang anak orang kelainan upaya (OKU) di rumah di Jalan Anggerik 4B, Bukit Sentosa. 

Menurutnya, hasil jualan tidak menentu kerana kadangkala berturut hari ada kuih yang terjual sehingga memaksa dia menggunakan wang pusingan untuk belanja harian. “Cukuplah untuk lepas duit belanja hari-hari dan kalau saya tak jual kuih, apa lagi boleh buat sebab umur pun dah 73 tahun.

“Bukan tiap-tiap hari ada orang beli dan paling banyak pun boleh dapat RM10 sehari tapi kalau bulan puasa dekat nak raya, baru ada rezeki lebih. Menurutnya lagi, setiap hari dia akan berulang-alik dari rumah ke tempat niaga menaiki motosikal yang diberikan anak yang bekerja di bengkel dekat Shah Alam,”katanya. 

Hairuddin berkata, selepas kematian isteri pertama yang dikurniakan dua anak, dia mendirikan rumahtangga kedua pada 1980 dan mempunyai tiga anak tiri. Menurutnya, isterinya, Rokiah Mohammad, 59, dak bekerja kerana memberi tumpuan penuh terhadap anak bongsu (anak tiri), Hairi Norsaini, 39, yang mengalami masalah terencat akal sejak lahir. 

“Saya dapat bantuan sebanyak RM250 sebulan dan barang keperluan seper beras, gula, tepung dan minyak masak daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) “Manakala Hairi menerima bantuan OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan dan dengan duit inilah kami tampung perbelanjaan harian, bil air dan elektrik.

“Nak menyimpan memang tak bolehlah sebab memang cukup makan saja dan ada waktu tak cukup,” katanya. Hairuddin berkata, sewa rumah dua ngkat yang didiami mereka kini turut dibiayai pihak zakat dengan bayaran RM550 sebulan. 

Apabila ditanya mengenai bentuk bantuan yang diperlukan pada masa sekarang, Hairuddin menyatakan hasrat untuk memiliki sebuah motosikal roda tiga. “Dulu saya ada mohon tapi tak lulus sebab tidak ramai orang yang perlukan motosikal roda tiga sebaliknya agensi terbabit tawarkan lori makanan. 

“Saya cuma ada lesen motosikal dan tak mampu nak berniaga guna lori, lagi pun berniaga nak cari duit belanja harian saja. Hairuddin menjual biskut dan kuih bagi mencari duit belanja harian. “Kalau ada motosikal roda tiga, senanglah sikit nak angkut barang dari rumah dan mudah jual kuih atas motosikal itu,”katanya. 

Sementara itu, Rokiah berkata, empat anak sudah berumah tangga manakala anak bongsu (Hairi) berkelakuan seperti kanak-kanak walaupun sudah berusia 39 tahun. Menurutnya, Hairi mampu untuk menguruskan diri termasuk ke tandas namun tidak berupaya bertutur seperti insan biasa. 

“Kalau kita cakap, dia faham cuma tak boleh bercakap dan suka melakar apa yang dilihat di televisyen di atas kertas. “Pen memang sentiasa ada dengan dia dan akan kutip apa saja kertas untuk lukis tapi kadangkala dia akan koyak kertas itu. 

“Walaupun keadaannya tidak sempurna, dia mudah diuruskan dan rajin bantu saya kemas rumah dan siram pokok bunga,”katanya. Rokiah berkata, anak lain tidak mengabaikan mereka dan seorang anak perempuan yang tinggal berdekatan juga sering menjenguk serta membawa makanan. Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun RHB 16213900071720 (Hairuddin Md Sarif).

Perak Tengah - Faris Aiman sanggup mengorbankan keinginannya buat sementara waktu demi membantu bapanya Ishak Mat Saaid, 42, menjaga empa...


Perak Tengah - Faris Aiman sanggup mengorbankan keinginannya buat sementara waktu demi membantu bapanya Ishak Mat Saaid, 42, menjaga empat adiknya di rumah bagi membolehkan bapanya keluar bekerja.

 “Saya faham keadaan keluarga kami ketika ini dan selepas semua urusan selesai saya akan mendaftar di Maahad Tahfiz,” kata Faris Aiman Ishak,16. “Saya bercita-cita mahu menghafaz al-Quran tapi saya tak kisah tangguh dulu keinginan itu.

Anak kedua daripada lapan beradik itu berbuat demikian berikutan ibunya, Rohana Mohd Nor, 40, menjaga seorang lagi adiknya, Muhamad Darwish Irfan, 7, yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selepas disahkan mempunyai penyakit Acute Myeloid Leukemia (AML) awal bulan lalu.

Menurut Faris Aiman, selepas menamatkan pelajaran di tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Kampung Gajah, dia mengambil keputusan memasuki Maahad Tahfiz di Teluk Intan bersama seorang lagi adik lelakinya berusia 13 tahun.

Katanya, keputusan itu juga diambil kerana tidak mahu mengganggu pelajaran kakak sulungnya, Nur Alia Natasha, 17, yang bersekolah asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan, Bota dan akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

“Kami tak sangka Darwish diuji dengan penyakit ini dan sebab itu sebagai anak sulung lelaki saya sanggup berkorban apabila ayah minta bantu jaga adik-adik sementara ayah bekerja.

“Saya fikir biar saya yang bantu kerana ayah perlu kerja jika ayah tak kerja lagi susah dan saya juga tak mahu emak bimbang kerana dia perlu jaga Darwish di hospital,” katanya.

Faris Aiman ditemui di rumah sewa keluarganya di Desa Amanjaya Rimbunan Kasih Tanjung Tualang pada lawatan aktivis sosial, Rohaidatul Asma Jusoh yang menyampaikan sumbangan orang ramai, hari ini.

Menurut Faris Aiman, dia bangun 5.30 pagi untuk membantu bapanya menyiapkan tiga adiknya yang berusia 11 hingga lima tahun ke sekolah sebelum mengemas rumah dan menjaga adik bongsunya berusia setahun empat bulan.

“Sebelum ke tempat kerja ayah masak untuk kami dan kami berharap Darwish cepat sembuh,” katanya.

Sementara itu, Ishak berkata, anak keenamnya, Muhamad Darwish Irfan dikesan mempunyai penyakit berkenaan bulan lalu selepas kerap demam dan lemah sejak hujung tahun lalu.

Katanya, sejak anaknya dipindahkan ke HRPB, Ipoh dari Hospital Seri Manjung (HSM) dia berulang alik ke Ipoh dua hingga tiga kali sehari yang memerlukan perjalanan lebih sejam dari rumahnya.

“Darwish kini sudah menjalani dua sesi kimoterapi serta masih mempunyai beberapa sesi lagi dan dijangka dapat pulang ke rumah awal bulan depan.

“Darwish tak sempat memulakan pembelajaran tahun satu dan hanya mengikuti orientasi saja kerana dia perlu mendapatkan rawatan.

“Sejak isteri menjaga Darwish di hospital, Faris yang membantu saya menjaga adiknya yang lain di rumah dan saya sangat bersyukur dia sanggup membantu keluarga,” katanya.

Katanya, dengan pendapatan bersih RM1,200 sebulan sebagai pekerja ladang kehidupan mereka sekeluarga sederhana biarpun tidak mewah, namun perbelanjaan semakin meningkat apabila perlu berulang-alik ke Ipoh.

Kongsi Portal Ini