KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Kuala Nerus - Pada usia yang baru menjangkau 10 tahun, kanak-kanak perempuan, Nur Shadia Ain Shaiful Aswadi, bakal menempuh hari mendatan...


Kuala Nerus - Pada usia yang baru menjangkau 10 tahun, kanak-kanak perempuan, Nur Shadia Ain Shaiful Aswadi, bakal menempuh hari mendatang dengan penuh derita selepas terpaksa menjalani dua pembedahan untuk membuang cecair dalam otaknya akibat ketumbuhan.

Meskipun begitu, Nur Shadia Ain dari Kampung Bukit Cempaka, Batu Rakit, Kuala Nerus, itu langsung tidak menunjukkan kesakitan, malah tetap tersenyum dan petah bercakap meminta ibu serta bapanya menggosok ‘bekas’ luka pembedahan di kepala.

Ibunya, Normalisa Omar, 36, berkata, anak ketiga daripada tiga beradik itu sebelum ini aktif seperti kanak-kanak lain dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghidap sebarang penyakit.

Bagaimanapun, katanya, Nur Shadia Ain yang juga murid Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Cempaka itu secara tiba-tiba mengalami masalah berjalan, selain kaki dan tangan sebelah kiri seolah-olah sukar digerakkan ketika pulang ke rumah selepas bermain bersama rakannya pada cuti persekolahan, Disember lalu.

“Dia juga kerap muntah selepas makan dan minum menyebabkan kami terpaksa membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan selanjutnya.

“Kami terkejut apabila doktor memaklumkan Nur Shadia Ain perlu menjalani pembedahan di kepala segera selepas imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dilakukan mendapati ada ketumbuhan dalam kepalanya,” katanya ketika ditemui di kediamannya, hari ini.

Normalisa berkata, pembedahan pada kepala kali pertama dilakukan awal Januari lalu bertujuan untuk membuang cecair yang dikatakan berlebihan dalam otaknya.

“Pembedahan kedua terpaksa dilakukan pertengahan Januari berikutnya apabila doktor mendapati berlaku jangkitan kuman pada kepalanya, selain perlu memasukkan tiup pada otak hingga ke jantungnya,” katanya.

Normalisa berkata, doktor memaklumkan Nur Shadia Ain terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani rawatan radiotrafi empat kali seminggu, tetapi pihak HSNZ belum tetapkan tarikhnya. “Kos rawatan, termasuk penginapan sepanjang Nur Shadia Ain menjalani rawatan di HKL dianggarkan melebihi RM25,000,” katanya.

Normalisa berkata, pendapatan suaminya, Shaiful Aswadi Jusoh, 39, yang hanya berkerja sebagai pemandu lori tidak mampu untuk menyediakan kos rawatan yang dianggarkan melebihi RM25,000, melainkan bantuan orang ramai.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri ada menyediakan tabung pesakit kronik dikendalikan Tabung Darul Iman (TDI) bagi membantu kos rawatan diperlukan Nur Shadia Ain.

“Kita sudah minta Normalisa dan suaminya, Shaiful Aswadi mendapatkan borang bantuan serta mengemukakan segera permohonan berserta dokumen lain, termasuk surat pengesahan dikeluarkan HSNZ,” katanya.

Bagan Serai - “Dapat kereta (Perodua) Kancil pun jadilah, asalkan boleh bawa anak istimewa saya dapatkan rawatan dan tak kena hujan,” kat...


Bagan Serai - “Dapat kereta (Perodua) Kancil pun jadilah, asalkan boleh bawa anak istimewa saya dapatkan rawatan dan tak kena hujan,” kata Haslizah Ibrahim, 31, ibu kepada Nour Rabiatul Adawiyyah Iman Mohamad Fauzi, 9, yang menghidap penyakit saraf, ketumbuhan dalam otak dan sawan.

Bagaimanapun, Haslizah sedar tidak mampu untuk membeli kereta itu dan selama ini hanya bergantung kepada motosikal untuk membawa anaknya ke Hospital Taiping bagi rawatan susulan.

Katanya, anak bongsu daripada tiga beradik itu perlu ke hospital dua ke tiga kali sebulan dan mereka terpaksa menunggang motosikal lebih 20 kilometer dari rumah di Taman Lembah Beriah, Gunung Semanggol, Bagan Serai.

“Suami (Mohamad Fauzi Abd Wahab, 39) tunggang dan kami bonceng di belakang. Rutin ini sudah bermula sejak anak menghidap penyakit itu, lapan tahun lalu.

“Jika hujan, kami terpaksa berteduh di mana-mana sahaja kerana Adawiyyah tidak boleh kena hujan. Nak menyewa kereta kami tak mampu, apatah lagi membeli kereta meskipun yang terpakai,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurutnya lagi, Mohamad Fauzi hanya bekerja kampung dan mereka mempunyai dua lagi anak, Nor Umairah, 14, dan Shah Habib, 11, yang masih bersekolah.

Katanya, perbelanjaan untuk Nour Rabiatul Adawiyyah Iman tinggi menyebabkan mereka perlu berjimat, selain bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350.

“Adawiyyah bergantung kepada susu khas RM88 setin yang hanya tahan seminggu, belum termasuk lampin pakai buang dan kos rawatan lain,” katanya. Orang ramai yang mahu membantu boleh menghubungi Haslizah di talian 011-5760 5916.

Klang - Pada Disember tahun lalu, Abheelash Arunkumar teruja untuk memulakan sekolah menengah selepas mendapat 6A dalam UPSR. Bagaimana...


Klang - Pada Disember tahun lalu, Abheelash Arunkumar teruja untuk memulakan sekolah menengah selepas mendapat 6A dalam UPSR.

Bagaimanapun perasaan itu hilang selepas dikesan mengidap sejenis kanser otak - glioblastoma multiforme (GBM). Bekas murid SJK(C) Wu Teck, Klang itu pertama kali merungut sakit kepala di pagi dia sepatutnya mengambil keputusan UPSR.

Ibunya, Parvin, pada mulanya merasakan ia hanyalah kerana berdebar berhubung perkara itu. Dia kemudian membelikan cermin mata baru buat anaknya, menyangka sakit kepala itu kerana penglihatan yang semakin buruk.

Sakit kepala Abheelash tidak berkurang. Parvin membawa anaknya - dipanggil Abhee - ke hospital. Imbasan CT menunjukkan ada ketumbuhan di otak. Tidak lama kemudian, dia didapati mengidap GBM.

"Biasanya, Abhee seperti kanak-kanak lain, tetapi ada kalanya dia sukar mengingat suatu perkara. "Tetapi beberapa hari lepas, dia memulakan rawatan radioterapi dan dalam keadaan yang amat menyakitkan.

"Hari ini dia ke sesi radioterapi kedua. Dia juga menjalani rawatan imunoterapi," kata nenek Abheelash, S Mariammah kepada media hari ini.

Katanya lagi, mereka terpaksa ke Melaka setiap hari untuk rawatan kerana kemudahan di sana yang dapat digunakan dalam notis singkat. Rawatan ini selepas Abheelash menjalani pembedahan membuang sebahagian ketumbuhan, 13 Disember lalu.

Dalam video yang dimuat naik di laman Facebook 'Let's Fight Cancer with Abheelash', Parvin berkata dia terkejut apabila anaknya itu didapati menderitai penyakit itu. Menurut Mariammah, Abheelash turut menyertai sekumpulan kanak-kanak yang mengagihkan salinan memorandum membantah perkahwinan kanak-kanak kepada wakil rakyat di Parlimen baru-baru ini.

Katanya lagi, keluarganya menghabiskan RM50,000 untuk pembedahan pertama cucunya itu. Mereka manganggarkan rawatan imunoterapi akan menelan belanja RM350,000 manakala radioterapi RM32,000.

Mariammah berkata mereka tiada pilihan selain mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana senarai menunggu di hospital kerajaan terlalu panjang.

Justeru keluarga itu telah melancarkan kempen sumbangan di Facebook. Parvin berkata mereka berharap sumbangan orang ramai dapat membantu menampung kos rawatan anaknya.

Gambar resit bayaran sesi imunoterapi berharga RM16,858.70 turut dimuat naik di laman itu, serta laporan perubatan dan imbasan MRI yang menunjukkan ketumbuhan di otaknya.

Selain itu, gambar Abheelash di hospital selepas pembedahan Disember lalu turut disiarkan. Pihak keluarga merayu sumbangan orang ramai. Mereka yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian di nombor akaun 7052679443 (OCBC Bank Bhd).

"Sumbangan akan digunakan dengan cermat dan hanya untuk belanja perubatan dan rawatan Abhee," menurut satu hantaran di laman Facebook itu.

Kuantan, 3 Feb - Niat murni seorang pelajar bekerja sebagai buruh binaan sambilan untuk mencari pendapatan bertukar menjadi mimpi ngeri a...


Kuantan, 3 Feb - Niat murni seorang pelajar bekerja sebagai buruh binaan sambilan untuk mencari pendapatan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mengalami kemalangan selepas terjatuh dari ketinggian enam meter ketika sedang bekerja di Sydney, Australia pada 17 Jan lepas.

Meor Muhammad Mustaqim Meor Ahmad Hussin, 28 pelajar jurusan pengurusan hospitaliti di Pacific Training Group (PTG), Sydney kini sedang menerima rawatan di Hospital St George di Kogorah, Sydney.

Menurut abangnya, Meor Ahmad Azizul Hakim, 31, adiknya yang merupakan anak ke sembilan daripada 11 beradik dan berasal dari Kampung Pelindung Maju, Beserah itu difahamkan mengalami kecederaan serius di bahagian pelvis akibat kejadian itu

"Kami sekeluarga dimaklumkan adik koma selama dua hari dan tahu tentang kemalangan itu dua hari selepas kejadian. Difahamkan dia telahpun menjalani satu pembedahan bagi memasang skru di bahagian tersebut (pelvis).

"Kos yang diperlukan dianggarkan dalam AUD 10,000 iaitu bersamaan RM32,000. Setakat ini kami berjaya mengumpul RM22,000 dan masih memerlukan baki sebanyak RM10,000," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurutnya keluarganya kini giat mengumpul dana bagi menyelesaikan kos perubatan serta kos untuk membawa pulang adiknya ke tanah air segera.

Katanya lagi, dia akan berlepas ke Sydney esok bagi melihat keadaan adiknya walaupun kos yang diperlukan bagi membayar rawatan dan membawa adiknya pulang masih belum mencukupi.

"Besar harapan kami untuk membawa adik pulang dalam kadar segera kerana kos rawatan akan semakin meningkat jika terus berada di sana.

"Pengajiannya juga terpaksa ditangguhkan sementara waktu bagi menyelesaikan urusan rawatan. Jika dapat pulang, adik akan dibawa ke Hospital Melaka untuk mudahkan urusan penjagaannya (oleh kakak)," katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menghubunginya di talian 014-5206882/013-8402191 atau terus menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 156169281413 dan CIMB 06040005199201 di bawah nama Meor Ahmad Azizul Hakim Meor Ahmad Hussin.

Kuantan - Memakai baju kurung bunga yang sudah lusuh dan tudung ungu, Siti Endon Ismail, 56, keluar dari rumah kayu yang usang di Kampung...


Kuantan - Memakai baju kurung bunga yang sudah lusuh dan tudung ungu, Siti Endon Ismail, 56, keluar dari rumah kayu yang usang di Kampung Tengah di sini.

Sama seperti hari lain, dia membawa beg kanvas yang mengandungi kostum Hello Kitty, sebagai sebahagian daripada rutin kerja beliau.

Sebelum mengunci pintu rumah, dia melihat ke dalam dan bercakap dengan nada kasih sayang seorang ibu: "Jaga diri baik-baik ya anak, emak nak pergi kerja."

Adalah mudah untuk berfikir bahawa ibu tunggal mengucapkan selamat tinggal kepada anak-anaknya, berdasarkan kasih sayang yang dipamerkannya.

Pada hakikatnya, dia mengucapkan selamat tinggal kepada kucingnya, yang dia anggap sebagai anak-anaknya.

"Kucing saya mencintai saya tanpa syarat," katanya, sambil menambah bahawa dia mempunyai lebih daripada 50 kucing di rumah, termasuk menyimpang.

"Saya sering pulang ke rumah untuk bekerja dengan hati yang berat. Sebelum saya pergi, saya pastikan saya membersihkan dan memberi makan kepada kucing, termasuk memberikan ubat mereka yang sakit dan meletakkan anak kucing itu ke dalam sangkar, "katanya di rumah dua bilik di sini semalam.

Bagi ramai, mudah untuk melihat bagaimana cintanya untuk kucing terbukti dalam apa yang dia lakukan - memakai kostum kucing Jepun yang popular.

Siti Endon, wajah di belakang kostum Hello Kitty di Teluk Chempedak, yang imejnya menjadi viral baru-baru ini, juga memiliki kostum kucing Jepun yang lain iaitu Doraemon.

"Saya mempunyai kostum Hello Kitty dan Doraemon, yang saya beli dengan harga RM600 setiap satu di Kuala Lumpur tiga tahun lalu.

"Jika salah satu pakaian koyak, saya akan membaikinya kerana saya tidak mampu membeli yang baru, yang boleh menelan kos sehingga RM1,000 bergantung pada kualiti bahan," katanya.

"Saya berada di pantai hampir setiap hari antara pukul 10 pagi dan tengah malam, dan sehingga awal pagi pada hujung minggu atau hari cuti umum. Ketika hujan, saya berlindung di kedai-kedai berdekatan. "

Semasa hujung minggu dan cuti umum, apabila pantai dikemas antara jam 10 malam dan 3 pagi, Siti Endon akan bersidang sehingga keesokan harinya kerana dia tidak mempunyai pengangkutan untuk pulang ke rumah.

"Tiada perkhidmatan Bas Rapid Kuantan selepas tengah malam. Jadi saya beristirahat di kedai-kedai berhampiran dan mengambil bas pertama pada 6.20 pagi untuk pulang ke rumah.

"Kedai makanan segera dan pengendali restoran di pantai mengenali saya. Mereka membenarkan saya berehat di tempat mereka. "

Apabila media tiba di rumahnya semalam, Siti Endon berpakaian kostum Hello Kitty merah jambu. "Saya memastikan bahawa pakaian berada dalam keadaan baik dan bahawa butang dan zip adalah utuh.

"Jika saya mempunyai kerosakan pakaian almari, hari saya akan hancur," katanya sambil menambah bahawa dia mempunyai empat set pakaian Hello Kitty di merah, merah jambu, kuning dan ungu.

Antara cabaran yang dia hadapi dalam "pekerjaan" beliau termasuk memakai pakaian Hello Kitty pada hari yang panas dan mengendalikan orang ramai yang agresif.

"Ada kalanya kanak-kanak menarik pakaian saya apabila mereka mahu mengambil gambar dengan saya. Ada juga yang menarik topeng kepala. Orang lain bertanya sama ada saya seorang gadis muda atau mengatakan bahawa saya kelihatan hodoh. "

Ia hanya apabila dia berada di rumah bahawa Siti Endon mendapati cinta tanpa syarat dari kucingnya.

"Setiap nama mempunyai nama. Terdapat Salim, Murni dan Karim. Saya cuba membawa mereka ke pantai dengan saya, tetapi pemandu bas akan memarahi saya. Kadang-kadang saya akan menyelinap mereka ke dalam bas dengan saya, "katanya dengan ketawa.

"Kadang, orang menawarkan untuk membeli kucing saya, tetapi saya tidak akan berpisah dengan mereka. Bagaimanakah saya boleh menjual anak-anak saya? "Katanya, sambil memeluk kucing coklatnya yang dipanggil Jimi.

Siti Endon berkata dia adalah satu-satunya wanita yang berpakaian di pantai. "Terdapat watak super hero di sini juga. Saya mengenakan caj kira-kira RM300 sejam untuk acara peribadi, tetapi kanak-kanak hari ini mahu melihat Ultraman. "

Siti Endon berkata dia tidak pernah menetapkan harga bagi orang ramai untuk mengambil gambar dengannya dalam kostum Hello Kitty. "Ada yang meletakkan wang di kotak saya, sementara yang lain berjalan pergi."
Beliau berkata beliau menerima RM300 sebulan dari Majlis Kepercayaan Agama dan Melayu Islam Pahang. Dia mengeluarkan RM400 untuk disewa bulanan.

"Apabila saya mempunyai wang pada masa akan datang, saya ingin menyewa sebuah kedai kecil untuk menjual makanan kucing, menyewakan pakaian dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kucing. Saya telah mendedikasikan hidup saya kepada kucing. Saya akan terus melakukan ini sehingga nafas terakhir saya. "

Sewaktu dia menyapu keringat di wajahnya, Siti Endon berkata dia akan bekerja semasa cuti Tahun Baru Cina. "Apabila saya boleh mendapat sedikit wang tambahan," katanya dengan senyuman.


Adik Bajai, 6 tahun, dari Raub, Pahang. Menderita barah darah (leukimia) sejak Julai 2018. Kini sudah 2 bulan berada di Wad KK3 Hospital B...


Adik Bajai, 6 tahun, dari Raub, Pahang. Menderita barah darah (leukimia) sejak Julai 2018. Kini sudah 2 bulan berada di Wad KK3 Hospital Besar Kuala Lumpur.

Bajai Karat, 6, baru selesai menjalani rawatan kimoterapi dan kelihatan lemah sambil ditemani ibunya di Wad Kanser, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini. Bajai dari suku kaum asli di Raub, Pahang itu adalah antara 24 kanak-kanak yang kini dirawat di wad berkenaan kerana menghidap kanser.

Kesakitan dan kemuraman mereka bagaimanapun sedikit terubat apabila dikunjungi pelawat yang hadir dengan pelbagai sumbangan bagi menceriakan kanak-kanak di wad itu, dan hari ini mereka dikunjungi Persatuan Usahawan Wanita dan Kemanusiaan (WeHuman) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Mereka hadir bersama badut yang membawa belon dan mainan untuk anak-anak kecil itu. Hadir sama Penaung WeHuman Datuk Dr Fauzi Mohamad dan Pengerusi WeHuman Srizan Sahar. Bajai yang menghidap kanser darah, ketika ditemui baharu sahaja muntah selepas menjalani rawatan kimoterapi.

Ibu kanak-kanak itu, Noresah Awet, 25, berkata anak bongsu dari tiga beradik itu telah menerima rawatan di Hospital Raub sebelum dirujuk ke HKL dan kini telah dua bulan mereka ‘berkampung’ di wad itu.

Rakan sebilik kanak-kanak itu, Zulalif Fadhi Zolkifli, 7, juga kelihatan teruja dengan kehadiran pelawat bersama badut itu. Ibunya, Rohana Abu Hassan, 41, berkata mereka sering berulang-alik dari rumah mereka di Telok Panglima Garang, Klang sejak Zulalif disahkan menghidap kanser darah pada September lepas.

Akibatnya Rohana yang berniaga kecil-kecilan menjual air dalam balang, telah empat bulan tidak dapat berniaga.

“Tahun ini sepatutnya dia masuk darjah satu, tapi Alif belum lagi berkesempatan ke sekolah…nampak dia bosan juga, tapi boleh dikatakan di sini hampir setiap minggu ada sahaja rezeki anak-anak di sini menerima pelawat,” katanya.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan yang juga penasihat WeHuman ketika ditemui pemberita selepas lawatan itu ber​​​​​​​harap NGO bukan sahaja membuat kunjungan dan memberikan sumbangan kepada pesakit, tetapi juga membantu mengurangkan beban keluarga yang ditinggalkan di rumah.

“Apabila ada seorang sakit, sudah pasti yang di rumah juga akan menerima kesan. Mungkin salah seorang ibu atau bapa terpaksa berhenti kerja…akan ada juga adik-beradik lain yang ditinggalkan di rumah,” katanya.​​​​​​​ Selain itu, Nadzim turut menggesa kerajaan supaya melihat kembali pemakanan rakyat Malaysia yang mungkin memberi kesan kepada kesihatan masyarakat.

“Amalan pemakanan kita perlu dilihat dan dikaji secara serius yang berkemungkinan menjadi antara punca bertambahnya pesakit kanser di negara ini, selain masyarakat juga perlu menjalani gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan mereka,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh hulurkan sumbangan melalui:

Taiping - Lagi kejadian buang bayi, dipercayai baru lahir. Kali ni berlaku di Kampung Pinang Seberang, Kamunting, Taiping, Perak. Bayi yan...


Taiping - Lagi kejadian buang bayi, dipercayai baru lahir. Kali ni berlaku di Kampung Pinang Seberang, Kamunting, Taiping, Perak.

Bayi yang masih bertali pusat ini ditinggalkan di depan surau & ditemui oleh seorang anggota polis yang sedang buat rondaan sekitar 4.30 petang Sabtu.

Syukur bayi selamat & dah dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan. Siapa mempunyai info berkenaan kejadian ini sila hubungi Balai Polis Taiping 05-829 1222.


“Kanser saya kini sudah berada pada tahap empat dan apa saja risiko boleh berlaku pada bila-bila masa,” kata pesakit tulang, otot dan tis...


“Kanser saya kini sudah berada pada tahap empat dan apa saja risiko boleh berlaku pada bila-bila masa,” kata pesakit tulang, otot dan tisu atau Maxillary Osteosarcoma tahap empat, Abdul Halim Haron, 43, semalam.

Abdul Halim berkata, dia sentiasa berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada dirinya untuk terus bertahan hingga menemui ubat sesuai bagi rawatan kemoterapi.

Beliau berkata, nasibnya agak malang berbanding pesakit kanser lain memandangkan ubat digunakan ketika rawatan kemoterapi sebanyak 10 kali di sebuah hospital awam di Johor Bahru tidak mampu membantu mematikan sel kansernya, sebaliknya sel itu semakin aktif.

Menurutnya, kanser berkenaan hanya berlaku dua dalam 1,000 individu dan pesakit kebiasaannya akan mengalami kesan pada bahagian kaki dan tangan.

“Sebaliknya saya mengalami pada bahagian wajah terutama mata kanan yang terjejas akibat kanser itu.

“Pada awalnya, saya hanya mengalami masalah kebas pada pipi kanan dan pada Oktober 2017 dan menjalani pembedahan untuk resdung pada Januari 2018.

“Ketika pembedahan itu, doktor menemui ketumbuhan di pipi kanan dan mengambil sampelnya untuk diuji.

“Pada Februari 2018, saya disahkan menghidapi kanser dan menjalani rawatan kemoterapi sejak itu hingga awal Januari tahun ini,” katanya.

Abdul Halim berkata, doktor bagaimanapun menyatakan ubat kemoterapi berkenaan tidak sesuai baginya kerana ia mengaktifkan sel kanser.

Menurutnya, malah ketumbuhan dialaminya semakin membesar hingga ia menutup bola mata, selain mengakibatkan matanya tersembul keluar serta penglihatannya terjejas.

Katanya, doktor memberi pilihan untuk menghantar sampel ketumbuhannya ke Amerika Syarikat untuk diuji supaya dapat menentukan ubat kemoterapi yang paling sesuai digunakan bagi rawatan.

“Saya difahamkan proses ujian di makmal memakan masa sebulan,” katanya.

Bapa kepada enam cahaya mata itu berkata, keluarganya diminta untuk menyediakan dana berjumlah RM18,000 bagi membiayai kos penghantaran sampel ketumbuhan dan ujian di makmal di negara berkenaan.

“Buat masa ini, kami memang tidak dapat menyediakan wang memandangkan kami sekeluarga bergantung kepada pendapatan isteri, Norizan Abdul Nasir, 41, kira-kira RM2,000 hasil menjual kuih-muih dan biskut.

“Malah, semua anak saya termasuk tiga lelaki dan tiga perempuan berusia antara lima hingga 17 tahun bersekolah,” katanya.

Abdul Halim berkata, dia yang juga bekas perunding takaful sebuah syarikat insuran juga berharap mampu menyediakan dana RM18,000 dalam tempoh masa terdekat.

“Saya masih banyak tanggungjawab terutama sebagai ketua keluarga dan saya sentiasa berdoa mampu bertahan bagi menjalani kemoterapi menggunakan ubat sesuai,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank Abdul Halim di 151258453616 atau isterinya di 551258508375.

Ketabahan Puan Idayu ni, beliau menghidap Kanser Tahap 4, beliau yang merupakan ibu tunggal berniaga sekitar kawasan rumah untuk menyara...


Ketabahan Puan Idayu ni, beliau menghidap Kanser Tahap 4, beliau yang merupakan ibu tunggal berniaga sekitar kawasan rumah untuk menyara tiga orang anaknya, orang ramai yang melalui area Salak Selatan tu bolehlah support Puan Idayu ni.
Lokasi: Perumahan Program Awam Kos Rendah Jalan 13, Salak Selatan.
*Dapat rawatan kanser di HUKM
*Puan Idayu juga merupakan salah seorang penerima bantuan zakat dari Baitulmal
Kredit: @Belahan Jiwa




Kongsi Portal Ini