KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Johor Bahru: “Dia sanggup tidak berehat dan tidak mengenal penat dalam soal membantu komuniti, tetapi kini dia sendiri perlu berehat sepa...


Johor Bahru: “Dia sanggup tidak berehat dan tidak mengenal penat dalam soal membantu komuniti, tetapi kini dia sendiri perlu berehat sepanjang hayat apabila doktor menyatakannya mungkin terlantar seumur hidup akibat strok otak,” kata Zahizan Hasrin, 42.

Zahizan berkata, dia tidak sangka suaminya, Shamsul Kamal Jamaludin, 45, yang bekerja sendiri dan aktif sebagai sukarelawan dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lebih lima tahun lalu kini terlantar.

Dia yang juga guru Sekolah Menengah Medini dekat sini berkata, suaminya gemar membantu pelbagai lapisan masyarakat dan bersedia membantu tanpa mengira waktu dan sanggup menolak tepi urusan perniagaan dalam soal berkenaan.

Menurutnya yang tinggal di Taman Pulai Indah, suaminya juga pernah memperjuangkan beberapa isu dihadapi komuniti setempat dan sentiasa bersikap peramah.

Katanya, antara golongan yang dibantu suaminya termasuk pesakit kronik, golongan orang kurang upaya (OKU), daif dan warga emas.

“Pada masa sama dia juga tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa serta sentiasa mengambil berat berkaitan kami,” katanya.

Zahizan berkata, suaminya memiliki empat cahaya mata termasuk seorang zuriat hasil perkongsian hidup bersamanya selain tiga anak hasil perkahwinan terdahulu di Pulau Pinang.

“Suami mula mengalami strok otak sejak 9 Oktober lalu.

“Kini dia masih di Wad Dahlia, Hospital Sultanah Aminah (HSA) walaupun doktor membenarkan penjagaan di rumah kerana sudah tamat rawatan, tetapi kami tidak dapat menyediakan kemudahan diperlukan.

“Dia perlu bergantung kepada mesin bantuan pernafasan, mesin penyedut kahak dan tabung oksigen dengan anggaran kos bagi kemudahan berkenaan adalah RM58,950,” katanya.

Zahizan berkata, keluarganya tidak memiliki dana yang mencukupi bagi membeli kemudahan berkenaan.

“Saya berharap dapat memberi penjagaan kepadanya di rumah keluarga, tetapi buntu memikirkan kos pembelian kemudahan berkenaan,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan bagi membantu keluarga Shamsul menampung kos pembelian kemudahan diperlukan menerusi akaun Maybank Zahizan Hasrin, 151212108172.

Assalamualaikum semua, perkongsian sedikit tentang kisah adik beradik yang menghidap sakit jantung ini. Adik Muhammad Harraz Ashraff da...


Assalamualaikum semua, perkongsian sedikit tentang kisah adik beradik yang menghidap sakit jantung ini. Adik Muhammad Harraz Ashraff dan Muhammad Harizz Ashraff mohon bantuan kita semua. Jika tidak mampu dari segi wang ringgit maka selitkan dalam doa anda sekalian.

Semoga urusan adik adik ini dipermudahkan. Insha Allah urusan kita juga dibalas dengan dipermudahkan segalanya. Untuk sumbangan boleh bank in terus ke ibunya : 

Nama: Normala Syakila 
Bank Islam: 06037023296993
No Telefon : 0142191292


“Pulanglah Fatin, kasihan mak dah tak lalu makan dan minum sejak adik menghilangkan diri tanpa sebarang berita,” kata Nurizzaty Zulkifli...


“Pulanglah Fatin, kasihan mak dah tak lalu makan dan minum sejak adik menghilangkan diri tanpa sebarang berita,” kata Nurizzaty Zulkifli, 29, yang buntu memikirkan nasib adiknya Fatin Asma, 27, selepas ‘ghaib’ sejak 22 Januari lalu.

Fatin sehingga kini gagal dikesan selepas kali terakhir dia menghubungi ibunya ketika mahu menaiki bas dari Segamat, Johor menuju ke Pulau Pinang.

Menurut Nurizzaty, mereka sekeluarga kini sudah tidak tahu bagaimana untuk mencari adiknya itu kerana talian telefon bimbitnya gagal dihubungi sehingga kini.

Menceritakan kembali kehilangan adiknya itu, Nurizzaty berkata, Fatin pada mulanya menghubungi ibu mereka 22 Januari lalu dan memberitahu yang dia menaiki bas 8 pagi dari Segamat menuju ke Pulau Pinang.
.
“Bagaimanapun, ibu yang menunggu Fatin menerima kiriman mesej daripada adik kira-kira 4 petang dan memberitahu dia akan pulang serta meminta ibu tidak melaporkan kehilangannya kepada polis.
.
“Selepas menghantar mesej terbabit, adik terus mematikan talian telefon bimbitnya sehingga hari ini,” katanya.

Nurizzaty berkata, mereka sekeluarga tidak tahu apa punca sebenar Fatin menghilangkan diri dan dia sepatutnya berkahwin dengan tunangnya dalam masa terdekat.
.
“Adik sudah bertunang sejak empat tahun lalu dan dia juga bekerja sebagai kerani di sebuah daripada syarikat tunangnya di Johor dan mereka sepatutnya dijadualkan akad nikah dalam beberapa hari lagi.
.
“Bagaimanapun, sekarang kedua-duanya tidak dapat dikesan dan saya serta ibu turut mencari mereka di Johor, namun gagal dikesan,” katanya.

Katanya, ibu mereka yang bimbang dengan kehilangan anak kelima daripada tujuh beradik itu turut datang ke rumahnya di Petaling Jaya, Ahad lalu untuk sama-sama mencari Fatin.
.
“Saya sendiri tidak tahu ke mana adik pergi dan akhirnya terpaksa membawa ibu membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara, namun sehingga kini Fatin masih gagal dikesan.
.
“Sejak kehilangan adik, ibu kurang berselera untuk makan dan minum membuatkan kami sekeluarga risau dengan keadaan kesihatannya,” katanya.

“Anak saya menghidap jantung berlubang sejak lahir dan perlu menjalani rawatan di hospital, namun dia tidak dapat ke hospital sejak tiga ...


“Anak saya menghidap jantung berlubang sejak lahir dan perlu menjalani rawatan di hospital, namun dia tidak dapat ke hospital sejak tiga bulan lalu kerana kami mengalami masalah kewangan,” kata Norsiah Ishak, 41.

Norsiah berkata, anak bongsunya, Muhamad Adrian Mikail Zainuddin berusia lapan bulan yang turut disahkan menghadapi sindrom down perlu menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Katanya, setakat ini Muhamad Adrian tidak menunjukkan sebarang masalah, cuma dia bimbang bayi itu tidak mendapat rawatan diperlukan disebabkan masalah yang dihadapi mereka.

“Kami tidak ada kereta untuk ke HSB yang jaraknya lebih 24 kilometer sehala dan satu-satunya kenderaan kami adalah motosikal suami, Zainuddin Ramli, 42.

“Tetapi disebabkan suami perlu keluar menoreh setiap hari, kami tidak dapat membawa Muhamad Adrian ke hospital walaupun bimbang keadaannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kejai, Kuala Nerang, semalam.

Empat dari enam anak pasangan itu yang masih bersekolah pula tidak dapat membayar yuran persekolahan disebabkan pendapatan suaminya hanya RM700 sebulan.

Norsiah berkata, anak kembarnya, Nurul Husna dan Nurul Huda Zainuddin, 15, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang perlu membayar yuran RM210 seorang untuk menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini.

“Anak kelima pula, Muhamad Fadli, 12, akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan perlu membayar yuran RM230, manakala adiknya, Nur Nazira Umaira, 7, pula baru memasuki Tahun Satu, namun yuran persekolahannya belum dibayar.

“Cuma anak sulung, Nurul Fatin Izzati, 20, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Pokok Sena dengan pendapatan RM30 sehari dapat meringankan beban kami dan anak kedua, Nur Natasha, 19, pula baharu sebulan bekerja kilang di Pulau Pinang,” katanya.

Katanya, pendapatan harian yang diterima Nurul Fatin digunakan untuk membeli barang makanan selain kegunaan harian mereka sekeluarga memandangkan pendapatan suaminya diterima setiap hujung bulan.

“Namun saya bersyukur kerana Muhamad Adrian hanya menyusu badan dan kami hanya perlu membeli lampin pakai buangnya setiap bulan.

“Setakat ini saya belum memohon bantuan termasuk kad orang kurang upaya (OKU) untuk dia kerana tiada kenderaan ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian di talian 019-2044685 atau 02075020422514 Bank Islam di atas nama Norsiah.

Sementara itu, Persatuan Sahabat Charity Balqish yang diwakili Pengerusinya, Rukiza Abu Bakar menyampaikan sumbangan barangan dapur untuk membantu keluarga itu semalam dan akan berusaha menolong mendapatkan keperluan lain.

Seorang lelaki menghilangkan diri selepas keluar dari rumah abangnya di Fasa Tiga, Bandar Puncak Alam sejak Sabtu lalu. Muhammad Hafiz Mar...


Seorang lelaki menghilangkan diri selepas keluar dari rumah abangnya di Fasa Tiga, Bandar Puncak Alam sejak Sabtu lalu.

Muhammad Hafiz Marijan, 21, dilihat kali terakhir dengan berbaju hitam dan berseluar biru serta menaiki motosikal Yamaha Y15ZR tanpa memakai topi keledar, kira-kira jam 11.30 pagi.

Abang mangsa, Mohd Shoufik, 29, berkata dia sekeluarga bimbang akan keselamatan anak bongsu daripada tujuh beradik itu yang keluar bersendirian.

“Dia sebelum ini pernah menunggang motosikal dari rumah saya menghala ke rumah saudara di Parit Enam Timur, Sungai Besar tanpa memakai topi keledar hujung Disember tahun lalu.

“Sehingga kini, usaha mencari dan mengesan Hafiz masih menemui jalan buntu. Dia disifatkan sebagai seorang yang pendiam dan patuh dengan arahan keluarga,” katanya.

Katanya, dia tidak menolak kemungkinan kehilangan Hafiz mempunyai kaitan dengan masalah kemurungan selepas berhenti bekerja di sebuah kilang pembuatan kereta di Rawang dua minggu lalu.

“Usaha pencarian turut dilakukan secara berterusan oleh ahli keluarga menerusi laman sosial Facebook.

“Saya dimaklumkan bahawa lokasi terakhir Hafiz dipercayai berada di Pasir Salak, Perak. Namun, usaha menghubungi nombor telefon bimbitnya masih gagal,” katanya.

Bimbang akan keselamatan Hafiz, dia tampil membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh, semalam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi Mohd Shoufik di talian 013-4619812 atau 017-6675750.

Assalamualaikum. Mohon bantuan kepada sesiapa yang mengenali anak ini Qasih Arissa berumur 9 tahun boleh datang ke Balai Polis Jalan ...


Assalamualaikum.

Mohon bantuan kepada sesiapa yang mengenali anak ini Qasih Arissa berumur 9 tahun boleh datang ke Balai Polis Jalan Tun Razak. Katanya dia dari Tampin, Negeri Sembilan. Pasangan suami isteri terjumpa beliau berlari-lari di dalam terowong tepi highway Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Mohon forward dan share.

Hubungi Balai Polis Tun Razak 03-2141 2222 jika anda mempunyai sebarang maklumat.

Kuala Nerus - Sejak mengalami kemalangan di tempat kerja hampir tiga tahun lalu, kehidupan Md Sharul Nizam Md Kamil, 29, terus berubah ap...


Kuala Nerus - Sejak mengalami kemalangan di tempat kerja hampir tiga tahun lalu, kehidupan Md Sharul Nizam Md Kamil, 29, terus berubah apabila dia lumpuh tanpa mampu berbuat apa-apa. Namun, dia masih bertuah kerana mempunyai seorang isteri setia dan sangat tabah, Norlisah Anita Abdul Hamid, 29, yang tidak pernah jemu-jemu mengurus dan menjaga keperluan hariannya.

Menurut Norlisah, sebelum ke tempat kerja dia perlu menguruskan suaminya dan akan pulang semula waktu tengah hari bagi menyediakan makan tengahari seterusnya kembali semula bekerja. "Suami hanya mampu berkerusi roda. Makan minumnya saya perlu jaga. Kemalangan itu menimpanya selepas setahun dua bulan kami berkahwin dan dia lumpuh sejak itu," katanya ditemui, hari ini.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang menetap di Kampung Sungai Ikan itu menerima lawatan daripada Pengerusi Penyelaras PH Dun Tepoh, Wan Hazie Suzlie Wan Hassan, 37. Hadir sama, Pengerusi Penyelaras Bersatu Dun Seberang Takir, Mohamad Jamil Mohamad Ali. Md Sharul lumpuh selepas besi penahan enjin jatuh menimpa tengkuknya kekal bekerja di sebuah bengkel hingga menyebabkan tulang belakang dan tulang punggungnya cedera.

Insiden kemalangan di tempat kerja itu berlaku pada 7 Mac 2016 dan sejak itu kehidupan mereka bergantung kepada pendapatan Norlisah sebagai kerani di sebuah syarikat di Gong Badak. Norlisah berkata, suaminya adalah penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat namun dia masih perlu bekerja kerana kos bagi menjaga suaminya agak tinggi pada setiap bulan.

Menurutnya, kos membeli lampin pakai buang sahaja menelan belanja kira-kira RM300 sebulan dan itu tidak termasuk keperluan lain yang sentiasa berubah mengikut keadaan semasa. "Saya pun ada menerima bantuan menjaga orang sakit juga daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan ini dapatlah membantu meringankan sedikit bebanan kami berdua.

"Saya akan jaga dia sampai bila bila dan akan melakukan yang terbaik walaupun doktor tidak meletakkan sebarang harapan dia dapat pulih semula namun saya akan terus berusaha," katanya. Pasangan terbabit belum dikurniakan cahaya mata namun kasih sayang diantara mereka sudah cukup untuk menyatukan mereka bak kata Norlisah, selagi nyawanya dikandung badan.

Sementara itu, Wan Hazie berkata, program ziarah ke rumah seumpama itu adalah bagi membela nasib ahli Bersatu yang kurang bernasib baik selain untuk memberikan sokongan moral. "Walaupun sumbangan dilakukan juga bersifat jangka pendek, kami akan terus melaksanakan program seumpama ini bagi meringankan beban golongan yang memerlukan perhatian," katanya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dengan rasa rendah diri saya Mohd Rashid bin Hajemi bekas pelajar SMKA Matang 2 & SMKA SHOAW m...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan rasa rendah diri saya Mohd Rashid bin Hajemi bekas pelajar SMKA Matang 2 & SMKA SHOAW memohon bantuan sama ada dari segi doa dan bantuan kewangan bagi membiayai kos pembedahan jantung adik saya Mohd Hakim bin Hajemi yg dianggarkan bernilai RM24,000. Beliau telah mengalami sakit jantung dan sedang terlantar di Hospital Jantung Kota Samarahan. Semoga dipermudahkan urusan beliau dan harap sumbangan anda dapat meringankan lagi beban yang ditanggung beliau. Insha Allah.

Bantuan boleh disalurkan ke no akaun Bank Islam mak saya;

BANK ISLAM: 11-040-02-011627-8
SABTUYAH BINTI SAMAT



Gadis hilang di Kuala Lumpur sejak 11 Jan 2019. Nama: Nurul Amirah Usia: 22 tahun Lokasi terakhir: KTM Kuala Lumpur Hubungi: 011-1867...


Gadis hilang di Kuala Lumpur sejak 11 Jan 2019.
Nama: Nurul Amirah
Usia: 22 tahun
Lokasi terakhir: KTM Kuala Lumpur
Hubungi: 011-18677010



Kongsi Portal Ini