KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




BAGAI jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib menimpa sebuah keluarga apabila kehilangan mata pencarian ketika menunggu kelahiran cahaya ma...


BAGAI jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib menimpa sebuah keluarga apabila kehilangan mata pencarian ketika menunggu kelahiran cahaya mata keempat pada bulan hadapan.
Hashrudy Afero Idris, 37, dan isterinya Asma Ismail, 42, kini hanya bergantung hidup dengan pendapatan daripada menjual pakaian terpakai berharga RM1 sehelai di hadapan taman perumahan itu selepas kedai makan tempat mereka bekerja ditutup.
Hidup dalam serba kemiskinan membuatkan pasangan yang memiliki tiga anak iaitu Irma Fatehah Batrisya, 12, Don Daniel Don Biyajid, 7, dan Armel Syarifah Qhasif ,4, tidak dapat menghantar dua anak mereka yang sepatutnya bersekolah ke sekolah.
Malah, mereka pernah hidup bergelandangan di ibu kota sekitar 2014, selain turut tidak mendaftarkan kelahiran dua anak iaitu Don Daniel Don Biyajid dan Armel Syarifah Qhasif sehingga kini.
Kisah keluarga ini tular di media sosial sejak semalam selepas seorang pengguna Facebook menggunakan nama ‘Sayb Legacy’ menceritakan nasib Asma yang dikenali sebagai Kak Emma yang terpaksa menjual pakaian terpakai atau ‘bundle’ untuk menampung kos pembedahan untuk bersalin, tidak lama lagi.
Hashrudy berkata, dia yang sebelum ini bekerja sebagai penebar roti canai di kedai makan terpaksa berhenti selepas kedai makan berkenaan ditutup dan kini sedang berusaha untuk mencari pekerjaan lain.
“Saya tidak suka meminta-minta, kalau boleh saya nak mencari rezeki sendiri kerana saya sihat tubuh badan dan rasa mampu untuk bekerja bagi menampung keluarga, saya akan berusaha untuk mencari kerja.
“Memang saya langsung tidak sangka kisah keluarga kami ini akan jadi ‘viral’ kerana menjual baju bundle di hadapan taman perumahan ini. Dulu kami berniaga bundle di rumah sahaja selepas isteri berhenti kerja di kedai makan kerana mengandung.
“Namun selepas melihat orang tidak tahu yang kami menjual bundle di rumah, isteri mengambil keputusan untuk menjualnya di hadapan taman perumahan ini pada sebelah petang. Semua pakaian ini diperoleh daripada penjual yang memberikannya kepada kami untuk dijual tanpa meminta untung,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Cempaka, Ipoh, hari ini.
Sementara itu, Asma berkata, dia dijangka melahirkan anak pada 18 Februari ini, namun terpaksa masuk wad pada Selasa ini kerana mempunyai pelbagai komplikasi penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung.
“Lebih menyusahkan hati saya ketika ini adalah terpaksa membayar sewa rumah sebanyak RM500 pada Isnin ini. Memang kami tidak ada duit ketika ini dan berharap ada pihak yang akan membantu keluarga kami,” katanya.
Ditanya mengenai kisah hidup keluarganya, Asma berkata, mereka sebelum ini tinggal di Klang sebelum suaminya yang ketika itu bekerja sebagai pengawal keselamatan berhenti dan mereka membawa diri ke ibu kota untuk mencari pekerjaan.
Katanya, namun nasib keluarganya tidak baik apabila mereka tidak mendapat pekerjaan sekaligus terpaksa menjadi gelandangan di ibu kota selama beberapa tahun sebelum berhijrah ke negeri ini.
Orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB 7065251877 atas nama Asma Ismail.


BUKIT SENTOSA - Seorang suri rumah merayu bantuan orang ramai mengesan anak lelakinya juga orang kurang upaya (OKU) lembam yang hilang se...


BUKIT SENTOSA - Seorang suri rumah merayu bantuan orang ramai mengesan anak lelakinya juga orang kurang upaya (OKU) lembam yang hilang sejak tiga hari lalu. Muhammad Haz Zulkee, 16, disedari hilang dari rumahnya di Jalan Jenjarum dekat sini pada Khamis lalu kira-kira jam 6.30 pagi.

 Ibunya, Mariani Tamby Abdullah, 58, berkata, dia yang baharu selesai solat Subuh mendapa Muhammad Haz ada di dalam rumah dan kunci pintu dinggalkan di bawah pintu berkenaan. Menurutnya, dia cuba mencari di kawasan sekitar rumah dan anaknya itu dak memaklumkan ke mana dia pergi.

"Muhammad Haz keluar tanpa membawa apa-apa keperluan peribadi termasuk kad pengenalan dan pakaian. "Ini sangat membimbangkan saya kerana dia adalah OKU kategori lembam dan ini merupakan kali kedua dia keluar rumah sebegini.

"Hari ini masuk hari kega, sudah puas saya mencari dan tanya jiran berdekatan serta orang ramai, tapi ada siapa yang jumpa," katanya. Mariani berkata, dia memuat naik kejadian kehilangan anaknya itu di laman Facebook bagi meminta bantuan orang ramai menjejaki Muhammad Haz.

Menurutnya, kali terakhir dilihat anaknya itu berpakaian t-shirt dan berseluar panjang berwarna hitam. "Saya sangat bimbangkan keselamatan Muhammad Haz dan telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa semalam," katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat Muhammad Haz boleh menghubungi Mariani melalui akaun Facebook, Aimi Shahira.

PASIR PUTEH 4 Jan. - Keluarga pelajar kurang upaya di Kampung Gong Tengah, Semerak, dekat sini, memerlukan bantuan bagi membolehkan anak...



PASIR PUTEH 4 Jan. - Keluarga pelajar kurang upaya di Kampung Gong Tengah, Semerak, dekat sini, memerlukan bantuan bagi membolehkan anak sulungnya meneruskan persekolahan.

Keluarga miskin lima beranak ini tinggal di sebuah rumah yang pada awalnya adalah reban ayam organik yang gagal diusahakan sejak lima tahun lalu.

Raja Safari Raja Ibrahim, 38, berkata, anak sulungnya Raja Amirul Mukmin, 13, ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains (SMS) Machang selepas cemerlang Pelaporan Pentafsiran Sekolah Rendah (PPSR) dengan capaian 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menurutnya, pada awalnya Raja Amirul yang cacat fizikal enggan menerima tawaran kerana tidak mahu membebankan ibu bapa menanggung kos persekolahan.

“Hasil sokongan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Manak, Rosli Ismail, kami mengambil keputusan Raja Amirul perlu belajar di SMS Machang walaupun menghadapi kekangan kewangan.

“Hanya kelengkapan asas berjaya disediakan selain terpaksa menggunakan uniform sekolah tahun lepas. Segala perbelanjaan membeli keperluan sekolah berasrama penuh adalah melebihi RM300 dari wang elaun khas Orang Kurang Upaya (OKU) yang disalurkan oleh Jabatan Kebajian Masyarakat. Dia akan mendaftar sebagai pelajar baharu pada 8 Januari ini, “ katanya kepada Utusan Online, di sini, hari ini.

Raja Safari berkata, hasil pendapatannya yang tidak menentu dari kerja kampung sekadar cukup untuk menampung perbelanjaan harian keluarga.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana masih ada ikhtiar untuk berteduh dan membesarkan anak-anak walaupun tinggal dalam keadaan daif dengan membaiki pulih reban ayam:

“Isteri saya, Rozilawati Mamat, 36, tidak dapat membantu mencari sumber pendapatan kerana terpaksa menjaga dua lagi anak yang masih kecil,” katanya.

Menurutnya, keperluan rumah yang selesa adalah perkara kedua bagi mereka sekeluarga kerana yang lebih utama pendidikan anak-anak terutama Raja Amirul perlu diberi keutamaan.

“Saya sudah memohon bantuan rumah rakyat termiskin namun sehingga kini bukan lagi rezeki kami. Untuk membina sendiri rumah yang lebih selesa, ianya diluar kemampuan saya,” katanya.

Pembaca yang sudi menghulurkan sumbangan ikhlas kepada Raja Amirul boleh menghubungi Raja Safari di talian 011129192220 atau menyalurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional 11118-29-00002302-4.

BENTONG - Seorang bapa di sini merayu ihsan pelbagai pihak bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan jantung anak sulungnya Qa...


BENTONG - Seorang bapa di sini merayu ihsan pelbagai pihak bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan jantung anak sulungnya Qaireen Adriana Tihani yang berusia lapan tahun.
Mohamed Haffiez Mansor Taridi, 35, berkata, Qaireen Adriana bakal menjalani pembedahan kali keempat di Institut Jantung Negara (IJN) yang dijadualkan 13 Januari depan dan memerlukan kos RM15,000.
"Kos pembedahan adalah RM40,000 yang tidak termasuk kos tambahan kerana anak saya akan dirawat di IJN hampir 2 minggu selepas pembedahan.
"Kira-kira seminggu lagi sebelum pembedahan keempat, kos yang masih belum cukup adalah RM15,000," katanya kepada pemberita hari ini.
Sebagai rekod, Kosmo! Online pada 6 Disember lalu pernah melaporkan keresahan  Mohamed Haffiez untuk mendapatkan dana bagi menampung kos pembedahan Qaireen Adriana buat kali keempat di IJN yang sepatutnya dijalankan pada 11 Disember baru-baru ini.
Pembedahan yang sepatutnya dilakukan pada bulan lalu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan kerana keluarga berkenaan tidak mempunyai wang yang cukup untuk menanggung kos prosedur membaiki injap dan salur jantung.
Sehubungan itu, Mohamed Haffiez memohon jasa baik pelbagai pihak untuk memastikan Qaireen Adriana dapat menjalani hidup yang lebih baik selepas menjalani pembedahan tersebut.
Orang ramai yang ingin menghulur sumbangan bo­leh menyalurkannya melalui akaun Maybank 106062140735 atas nama bersama Moha­med Haffiez Mansor Taridi dan Qaireen Adriana Tihani.


IPOH- ‘Alah bisa tegal biasa’ begitulah kata-kata Nor Azmi Aminuddin, 46, masih setia menjaga isterinya Cik Hasnah Abu Hasan, 45, yang me...


IPOH- ‘Alah bisa tegal biasa’ begitulah kata-kata Nor Azmi Aminuddin, 46, masih setia menjaga isterinya Cik Hasnah Abu Hasan, 45, yang menghidap strok sejak lima tahun lalu.

Kata Nor Azmi, sudah ketentuan dan aturan ilahi yang sudah disusun cantik dimana beliau tidak menghadapi sebarang kesukaran dari segi material malah rezekinya tidak pernah putus walaupun pada tahun pertama dia menghadapi sedikit kesukaran bagi menguruskan isterinya.

“Bagi saya perjalanan hidup saya menjadi mudah kerana saya sempat berjasa kepada kedua ibu bapa saya sehingga habis hayat mereka,”katanya ketika ditemui media dikediamannya di Kampung Paloh di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang turut berkongsi kisah perjalanan hidup beliau dimana sebelum isterinya itu ditimpa musibah, bapa dan ibunya turut sakit dan perlu dijaga rapi sehingga beliau terpaksa berhenti kerja dan menjaga mereka sejak tujuh tahun yang lalu.

Dalam pada itu kata beliau, isterinya mula diserang strok berpunca daripada penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dihidapinya apabila mengandungkan anak keempat mereka dan tanpa diduga, tiga tahun selepas melahirkan anak, beliau terus diserang strok.

“Pada peringkat awal ketika isteri saya diserang strok beliau masih boleh berinteraksi dan bercakap, namun sejak empat lalu, isteri saya telah diserang penyakit strok buat kali kedua sehingga beliau menghadapi masalah pernafasan dan terpaksa ditebuk dibahagian leher,”katanya.

Tambah Nor Azmi lagi, rutin harian yang beliau lakukan adalah mandikan isterinya itu, beri makan, menukar lampin setiap kali membuang air dan sentiasa perhatikan isterinya.

“Menjaga isteri saya ibarat menjaga seorang bayi dan rutin setiap waktu tengah hari saya akan bawa beliau untuk menonton televisyen dan sentiasa pasangkan radio,”katanya.

Menurut beliau, perbelanjaan bulanan isterinya kira-kira RM800 hingga RM900 yang melibatkan makanan dari segi susu dan lampin pakai buang yang diperlukan setiap hari.

Beliau kini tinggal bersama empat orang anak berusia kira-kira 23 tahun hingga 8 tahun hasil perkahwinan yang kini mencecah 24 tahun, turut menjaga seorang abangnya yang juga orang kelainan upaya dikediamannya.

“Tiada keperluan segera yang saya mahukan tetapi keselesaan tempat tinggal untuk kami sekeluarga,” katanya lagi.

Turut hadir menziarahi kediaman Nor Azmi pada petang tadi, beberapa orang wakil Srikandi PPBM (Bersatu) dan sukarewan bagi melihat sendiri keadaan Cik Hasnah disamping menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban Nor Azmi dan keluarganya.

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius aktiviti pemerasan oleh kumpulan kongsi gelap ke atas pemaju perum...


KUALA LUMPUR 4 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius aktiviti pemerasan oleh kumpulan kongsi gelap ke atas pemaju perumahan, pengurus tapak pembinaan, kontraktor serta orang perseorangan yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, tindakan tegas terhadap pemeras ugut terbabit akan dibuat mengikut peruntukan di bawah Kanun Keseksaan termasuk Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 dan Akta Pertubuhan 1966.
“Sehubungan itu, kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menyalurkannya kepada pihak polis menerusi talian hotline yang telah diwujudkan di seluruh negara atau kepada Unit Pencegahan Kongsi Gelap Bukit Aman menerusi aplikasi Whatsapp di talian 011-12277478,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nombor talian hotline / aplikasi Whatsapp bagi semua kontinjen adalah seperti berikut:
Bil. Kontinjen No. Talian Hotline
  1. Perlis 018-9409255
  2. Kedah 011-58914020
  3. Pulau Pinang 018-9714508
  4. Perak 011-39590439
  5. Selangor 017-2847611
  6. Kuala Lumpur 017-2035767
  7. Negeri Sembilan 018-6495106
  8. Melaka 017-8847470
  9. Johor 013-6052467
  10. Pahang 010-2266558
  11. Terengganu 013-9391347
  12. Kelantan 016-3521277
  13. Sabah 013-8928228
  14. Sarawak 013-5253052
  15. Bukit Aman 011-12277478

Mohon jasa baik warga twitter sedekahkan al fatihah kepada arwah. Arwah seorang anak muallaf. Arwah baik orangnya. Suka utamakan mak d...


Assalmualaikum wbt  Salam sejahtera MOHON BANTUAN Mohon bantuan pada semua sahabat yg ada ternampak budak yg berada dalam gambar ini ...


Assalmualaikum wbt 
Salam sejahtera

MOHON BANTUAN

Mohon bantuan pada semua sahabat yg ada ternampak budak yg berada dalam gambar ini tolong beri bantuan hubungi saya sebab dari pagi 9.30 a.m blum balik2 lagi kerumah hingga sekarang 9.35 p.m bersama 2 lagi kakak dan abg sodaranya. 


KAWASAN KAMPUNG PETAGAS, Kota Kinabalu, Sabah. sahabat2 berapa d kawasan kg petagas putatan atau berdekatan minta bantuan jika terlihat budak yg d dalam gambar ini minta tlg.hubungi no saya.

hanya Allah saja yg dapat membalas jasa baik sodara.

🙏🙏🙏
tolong hubungi saya
019-8200052 / 012-8530052
Tolong share


“ANAK saya bukan hilang begitu saja tapi diculik,” kata ibu kepada Siti Khadijah Razali, 16, yang tidak pulang ke rumah di Kampung Beceh ...


“ANAK saya bukan hilang begitu saja tapi diculik,” kata ibu kepada Siti Khadijah Razali, 16, yang tidak pulang ke rumah di Kampung Beceh di Kota Bharu, sejak 16 Disember lalu. Zawiah Yaacob, 45, berkata, pada hari kejadian dia bersama suami, Razali Hussin, 47, berada di Kuala Krai dan diberitahu anak lelakinya yang Siti Khadijah tidak pulang ke rumah.

“Sejurus dimaklumkan anak bongsu kami itu tiada di rumah, kami bergegas pulang ke Kota Bharu dan cuba mencarinya. “Selepas gagal mencarinya di seluruh kampung dan di tempat kerja sementaranya di Pengkalan Chepa, kami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah di Pengkalan Chepa,” kata ibu kepada tiga anak ketika ditemuinya di rumah mereka di Kota Bharu, hari ini.

Apa Terjadi Malam Sebelum Dia Hilang

Sementara itu, Razali berkata, pada malam sebelum Siti Khadijah hilang, dia dimaklumkan anaknya itu yang dua lelaki mengekorinya pulang ke rumah selepas membeli barang di kedai runcit berhampiran. “Khadijah beritahu kami seorang daripada lelaki yang menunggang motosikal itu menyentuh tangannya menyebabkan dia memecut motosikalnya.

“Kejadian ini berlaku selepas tiga hari kami membenarkan dia mengikut kawannya bekerja di sebuah kedai makan di Pengkalan Chepa, menggantikan pekerja yang berhenti buat sementara,” katanya. Razali yang bekerja sendiri berkata, selain membuat laporan polis, mereka sekeluarga juga berusaha mencari Siti Khadijah dengan meminta pertolongan ulama dan pakar perubatan tradisional untuk mengesan anaknya. “Kebanyakan daripada mereka memberitahu kami Khadijah sudah tiada lagi di negeri ini dan disembunyikan oleh seseorang di tempat lain.

Kelibat Anak Kelihatan

“Ada rakan saya mendakwa melihat kelibat anak saya di Pekan Sungai Golok. Ini menguatkan lagi gerak hati saya yang anak saya dilarikan orang sama ada dia sedar atau dipukau kerana dia tidak membawa kad pengenalan dan juga pakaian,” katanya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh hubungi IPD Pengkalan Chepa: 09-775 2200

Kongsi Portal Ini