Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: selangor

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label selangor. Papar semua catatan

Rawang - "TCD ditubuhkan bagi mengenang ketabahan seorang ibu, Che Dah Said yang membesarkan anak-anaknya sehingga ke menara gading...



Rawang - "TCD ditubuhkan bagi mengenang ketabahan seorang ibu, Che Dah Said yang membesarkan anak-anaknya sehingga ke menara gading.

"TCD ialah simbolik kepada kesinambungan kasih sayang seorang ibu yang menitikberatkan pendidikan rohani dan jasmani anak-anak kurang bernasib baik.

"Ia juga bagi memastikan anak-anak yang ditimpa masalah sama ada kematian ibu bapa atau kemelaratan hidup masih mampu ke sekolah untuk melakar kejayaan," katanya.

Setiap jam 7 pagi selepas pelajar bersarapan, kenderaan milik TCD akan menghantar anak-anak ke Sekolah Kebangsaan Sri Kundang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kundang manakala pada waktu petang, mereka belajar kelas agama.

Timbalan Pengerusi TCD, Ameer Firdaus Shreef berkata, pengambilan TCD bagi sesi 2015 masih dibuka dan pusat itu akan mengadakan temu duga bagi mengisi beberapa jawatan tenaga kerja.

Beliau berkata, bermula sesi orientasi 12 Januari ini, TCD akan menguruskan semua perihal kemasukan ke sekolah baru termasuk yuran sekolah dan pembelian buku serta pakaian sekolah," katanya.

Syarat kemasukan ke TCD mestilah lelaki, berusia tujuh hingga 15 tahun, kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya, anak golongan asnaf (miskin), boleh membaca, menulis dan mengira, berminat tinggal di asrama, mempunyai potensi dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, tingkah laku yang baik dan bersedia mematuhi disiplin ditetapkan.

Menurutnya, penghuni TCD amat bertuah kerana segala kelengkapan disediakan termasuk pakaian harian, sekolah, bilik tidur, buku, peralatan pembelajaran, duit saku dan kenderaan ke sekolah.

"Pihak sekolah terutamanya pengetua dan guru besar sekolah rendah, menengah dan agama memberikan kerjasama, malah mengadakan kelas tambahan selepas waktu sekolah untuk pelajar kami," katanya.

Penghuni di TCD, katanya, diibaratkan seperti anak kandung dan TCD adalah rumah mereka.

"Pelajar diberikan RM3 sebagai wang saku dan pada sebelah petangnya untuk sekolah agama, kami beri RM2 selain sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam," katanya.

Bermula tahun ini, hasil perbincangan dengan tujuh keluarga di sekitar kawasan itu, mereka bersetuju menjadi keluarga angkat kepada penghuni TCD pada hujung minggu.

Ameer berkata, usaha itu dilakukan bagi mengurangkan kerinduan mereka kepada keluarga masing-masing.

"Kami juga akan meningkatkan aktiviti membabitkan anak-anak di pusat ini dengan penduduk kampung seperti membantu jika ada gotong-royong, kenduri, ceramah agama dan berkhatan.

"Aktiviti ini melatih anak-anak ini berkomunikasi sesama mereka dan golongan dewasa selain semangat jati diri," katanya.

Katanya, anak-anak di pusat itu gemar membaca al-Quran dan selepas solat Maghrib, mereka membaca kitab suci itu di hadapannya.

"Rutin itu sentiasa dilakukan hari demi hari dan ia menjadi bekalan apabila dewasa kelak," katanya.

Layari laman sesawang www.teratakchedah.com atau hubungi Ameer Firdaus.

Jika mahu memberi sumbangan, salurkan ke akaun bank berikut:

019-2174110
Progress:

RM2 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kuala Selangor - Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaika...



Kuala Selangor - Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti sedekahnya, manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.”

Seorang kanak-kanak OKU memerlukan lebih RM20,000 sebagai kos pembedahan untuk memasang implan pada telinga kanannya.

Muhammad Adam Rayyan Rosmadi, 7, dilahirkan tanpa telinga kanan dan keluarganya berhasrat melakukan pembedahan supaya kanak-kanak itu dapat menjalani kehidupan normal terutama dalam aspek pembelajaran di sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Ijok.

Ibunya, Effariza Ahmad Nundin, 44, berkata, Muhammad Adam yang memakai alat bantuan pendengaran sejak berusia sembilan bulan adalah seorang murid yang mudah memahami pembelajaran di sekolah selain pertuturan dan pendengarannya didapati semakin baik.

"Dia (Muhammad Adam) memang suka belajar dan setakat ini sudah boleh membaca dua atau tiga suku perkataan serta mengaji Iqra'," katanya.

Tambah Effariza, melihat perkembangan itu dia dan keluarganya berhasrat melakukan pembedahan bagi membantu anak bongsu daripada enam beradik tersebut menjalani kehidupan lebih sempurna.

Bagaimanapun katanya, pembedahan untuk memasang implan pada telinga kanan Muhammad Adam memerlukan belanja lebih RM20,000.

"Ketika ini, Muhammad Adam cuma bergantung kepada alat bantuan pendengaran yang dipinjam dari Hospital Sungai Buloh yang bernilai kira-kira RM8,000.

"Sekiranya pembedahan kecil ini berjaya, anak saya tidak lagi perlu memakai alat bantuan pendengaran sepenuh masa itu yang menggunakan bateri dengan belanja RM50 sebulan" katanya.

Katanya, Muhammad Adam yang cekal menjalani kehidupan tanpa telinga kanan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran setakat ini tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak.

"Saya hanyalah seorang suri rumah dan kadangkala menolong ahli keluarga berniaga. Suami pula bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,500 sebulan.

"Sebelum ini, segala kos kami tanggung sendiri termasuk kos ulang alik ke Hospital Sungai Buloh" katanya.

Sehubungan itu orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun bank berikut atas nama anak keduanya, Nur Erni Shahila Rosmadi atau menghubunginya:


019-3192466
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Bangi - Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin, melaksanakan program Kit Bantuan ke Sekolah dengan sasaran membantu 2,000...


Bangi - Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin, melaksanakan program Kit Bantuan ke Sekolah dengan sasaran membantu 2,000 pelajar miskin di seluruh Malaysia, tahun ini.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Yayasan Ikhlas, Syafiq Syahmi berkata, pelajar yang menerima bantuan adalah daripada keluarga yang memerlukan sumbangan kewangan dan peralatan persekolahan demi meneruskan pembelajaran.

“Insya-Allah, sasaran kita pada program kali ini ialah 2,000 pelajar. Kita akan menumpukan kawasan miskin bandar di Semenanjung dan kawasan pedalaman di Borneo.

“Kita telah bermula sejak 7 Disember 2019, dan pada 23 Disember lalu, kita telah sampaikan bantuan sekolah kepada 822 orang pelajar dari keluarga miskin.

“Kita masih memerlukan sumbangan dari orang ramai bagi menjayakan sasaran bantuan kepada 2,000 pelajar,” katanya.

Program Kit Bantuan Ke Sekolah ini adalah siri kelima penganjuran. Tahun 2018 mencatatkan seramai 1,000 pelajar menerima bantuan, dan setiap tahun berlaku peningkatan penerima bantuan sekolah.

Setiap pelajar akan menerima bantuan sekolah sumbangan berupa wang tunai RM100 dan barangan sekolah bernilai RM100 berupa beg sekolah, alat tulis, buku motivasi dan lain-lain peralatan.

Fokus utama penerima bantuan sekolah adalah yang berada di sekolah menengah kerana mereka tidak menerima bantuan dari Tabung Kewangan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Bagi meningkatkan jumlah penerima sumbangan, Yayasan Ikhlas menyeru seluruh masyarakat sama ada syarikat atau individu yang berkemampuan untuk menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Ikhlas.

“Insya-Allah, kita akan tamat program Bantuan Sekolah ni pada 31 Januari 2020. Kita akan usaha untuk membantu para pelajar daripada keluarga miskin supaya mereka dapat ke sekolah dan mendapat pendidikan dengan baik, seterusnya menjadi modal insan untuk agama, bangsa dan negara,” katanya.

Pihak yang berminat untuk menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun bank berikut atas nama Yayasan Ikhlas atau untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat Yayasan Ikhlas di talian telefon atau melalui emel:

03-89265954
[email protected]
Progress:

RM0 raised

Goal: RM100000



blog counter views

Kuala Lumpur - Seorang kanak-kanak lelaki yang menghidap penyakit Venous Malformation pada jari kanannya berdepan risiko tangannya dipot...


Kuala Lumpur - Seorang kanak-kanak lelaki yang menghidap penyakit Venous Malformation pada jari kanannya berdepan risiko tangannya dipotong sekiranya ia tidak dirawat dengan secepat mungkin.

Malformasi vena (VM) adalah sejenis jenis malformasi vaskular yang disebabkan oleh urat-urat yang telah berkembang secara tidak normal, yang meregangkan atau membesarkan dari masa ke masa. 

VM boleh menjadi sangat menyakitkan dan sensitif. VM biasanya kelihatan seperti perubahan warna kulit ke kebiruan.

Menurut bapanya, Muhamad Shahril Hassanudin, anaknya Muhammad Awal Neddim memerlukan rawatan di luar negara yang menelan belanja keseluruhan berjumlah RM65,000.

Ini kerana, penyakit itu sudah mencapai tahap kritikal dan sudah merebak sehingga ke pergelangan tangan.

Menurut Muhamad Shahril, anaknya terpaksa menahan sakit dan menangis setiap hari kesan daripada penyakit itu.

“Saya sangat mengharapkan orang ramai sudi menderma untuk anak saya walaupun RM1.

Ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kami sekeluarga. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua,” katanya.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang ingin menderma boleh menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Muhamad Shahril:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM65000



blog counter views

Ampang - Sama-samalah kita doakan kesembuhan dan bantu Ahmad Airun. Berikut merupakan posting ayahnya, Rony Safiuddin. Assalamualaikum...


Ampang - Sama-samalah kita doakan kesembuhan dan bantu Ahmad Airun. Berikut merupakan posting ayahnya, Rony Safiuddin.

Assalamualaikum. Maaf mengganggu. Anak sulung saya mengalami kemalangan jalanraya digilis kereta pada 17 Oktober 2019.

Kini sudah dua minggu berada dalam rawatan ICU. Syukur Alhamdulillah Allah masih selamatkan nyawa. 

Dan begitu ramai doktor tungkus lumus memantau dan merawat anak saya. Walau bagaimanapun anak saya masih kritikal. Anak saya akan menjalani pembedahan lagi pada 13 November 2019. 

Jumlah kos pembedahan ialah RM5740.00. Saya mohon bantu derma kilat untuk separuh dari kos tersebut. 

Saya merayu jasa baik semua yang mengenali saya untuk sudi menolong anak saya yang bernama Ahmad Airun. Mudahan dapat bantu saya ringakan sedikit beban. Terima kasih. Insha Allah.

Mereka yang ingin membantu Ahmad Airun boleh menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Rony Safiuddin atau hubunginya:

016-3258616
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2870



blog counter views

Bangi - Assalamualaikum dan salam sejahtera, susulan kemalangan yang terjadi pada 14 Oktober 2019 di Bulatan Tol Bangi, Selangor. Man...


Bangi - Assalamualaikum dan salam sejahtera, susulan kemalangan yang terjadi pada 14 Oktober 2019 di Bulatan Tol Bangi, Selangor.

Mangsa kemalangan, Ismail bin Ahmad Tarmizi, kini memerlukan pembedahan pada tulang belakang yang patah. 

Kos pembedahan yang diperlukan adalah sekitar RM5,000 (harga titanium set untuk support tulang belakang). 

Oleh kerana itu, kami dengan rendah diri dan dengan penuh harapan telah melancarkan tabung derma kilat untuk mengumpul dana dari insan-insan yang berhati mulia agar boleh meneruskan pembedahan itu. 

Sumbangan boleh dibuat ke akaun bank berikut atas nama Aidah binti Ahmad Tarmizi dan jumlah sumbangan akan sentiasa diupdate sehingga jumlah mencukupi.

Ribuan terima kasih buat yang menderma. Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor dibawah (Aidah - kakak mangsa):

019-6155508
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000

Kuala Selangor - Mohd Sabarudin Sulong, 30, berkata anak perempuannya, Nur Adellea Damiaa Mohd Sabarudin, didiagnosis dengan kanser hati ...


Kuala Selangor - Mohd Sabarudin Sulong, 30, berkata anak perempuannya, Nur Adellea Damiaa Mohd Sabarudin, didiagnosis dengan kanser hati sejak lewat Mei.

"Saya merasa aneh bahawa ada perut di perut Nur Adellea yang merupakan tanda kanser hati," katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu 5 Kampung Kuantan di sini, semalam.

Dia menulis di Facebook, "Mohon doa kan anak saya Nur Adellea Damiaa Binti Mohd Sabarudin yang akan di bedah pagi esok supaya selamat pembedahannya, sihat dari penyakitnya kanser hati hepatoblastoma tahap empat.

Alhamdulillah anak saya yang baru berumur 7 bulan tersebut telah menjalani kemoterapi selama 4 bulan telah membuatkan ketumbuhan di hatinya kecut.

Insya Allah esok akan dibuang saki-baki ketumbuhan tersebut melalui pembedahan.

Mohon jasa baik saudara mara serta sahabat-sahabat mendoakan kesejahteraan anak saya dan pulih seperti sediakala. Panjang umurnya dan selamat serta dipermudahkan urusan pembedahannya. Terima kasih untuk doa-doa kalian."

Isterinya Nurul Nadia Syafiqa Ramly, 27, tidak dapat membayangkan anak mereka menderita penyakit itu dan Nur Adellea terpaksa menjalani pembedahan pada 4 September.

"Malah doktor yang merawat kanak-kanak mengatakan sel-sel kanser telah merebak ke paru-paru Adellea tetapi kerana rawatan yang berterusan, organ itu bebas dari sel-sel kanser.

"Saya tidak dapat membayangkan kesakitan yang Adellea alami kerana dari luar dia kelihatan normal seperti bayi lain," katanya.

Nurul Nadia berkata beliau dan suaminya terpaksa berangkat dari Kuala Selangor ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan kemoterapi Adellea.

"Kos pengangkutan hospital termasuk rawatan Adellea sahaja mencapai RM1,000 dan kadang-kadang ditambah untuk menampung perbelanjaan rawatan," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu Nur Adellea Damiaa boleh menderma ke akaun bank berikut atas nama Mohd Sabarudin Sulong:

Mohd Sabarudin
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Banting - Di samping menghafal Al-Quran, para pelajar  Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri  di Kampung Olak Lempit, di sini, juga disediaka...


Banting - Di samping menghafal Al-Quran, para pelajar Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri di Kampung Olak Lempit, di sini, juga disediakan dengan keusahawanan tani sebagai persediaan untuk kemahiran sara diri kelak.

Pengurus madrasah, Mohd Izaha Ismail, berkata sejak 2016, pusat itu telah menuai sebanyak 11 kali buah rock melon dengan hasil tertinggi pernah mencapai RM30,000 setiap musim menuai.

Beliau berkata semasa bekerja di kebun, madrasah akan memastikan bahawa para pelajar tidak leka fokus kepada pelajaran.

"Pada siang hari pelajar pergi ke kebun di kawasan tahfiz ini hanya untuk satu jam, antara 7.30 pagi hingga 8 pagi dan 5.30 petang hingga 6 petang.

"Masa lapang mereka digunakan untuk mempelajari teknik-teknik penanaman termasuk penjagaan mereka. Kami mempunyai sokongan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Lembaga Pertubuhan Peladang.

"Yang paling menyeronokkan pelajar adalah masa penuaian apabila ramai datang dari luar negeri untuk memetik buah. Kami mempromosikan 'Jom Petik Rock Melon', 'Membeli Sambil Beramal' di Facebook dan WhatsApp setiap musim penuaian, "katanya.

Beliau berkata 30 peratus daripada hasil daripada penjualan rock melon adalah untuk setiap pelajar tahfiz untuk simpanan masa depan dan membantu membiayai operasi pusat tahfiz selain sumbangan.

Selaras dengan hadith Rasulullah S.A.W., sembilan dari sepuluh rezeki terletak pada perniagaan, katanya, aspek kemahiran itu diterapkan kepada para pelajarnya melalui hasil pertanian.

"Penuaian terakhir dijangka pada 15 Disember. Selain perusahaan komersial rock melon, kami juga mempunyai empat kolam ternakan air tawar dan ladang ayam kampung untuk digunakan sendiri.

"Madrasah mengharapkan setiap pelajar tidak hanya cemerlang dalam hafazan, ilmu agama, bahasa Arab dan bahasa Inggeris, tetapi untuk menguasai kerumitan sains pertanian yang terbukti mampu menghasilkan pendapatan yang memuaskan.

"Sebelum ini, tuaian itu dijual secara borong kepada FAMA, tetapi selepas musim ketiga kami mendapat idea memberi para pembeli peluang pengalaman memetik buah rock melon di kebun," katanya.

Pembiayaan bulanan dan operasi tahfiz tersebut adalah sekitar RM10,000 hingga RM12,000. Orang ramai yang prihatin dan ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri:

03-87688507
Progress:

RM10 raised

Goal: RM10000

Puchong - Memperoleh pendapatan sekitar RM600 sebulan, pemuda yang menghidap penyakit kepala besar sejak lahir bekerja sebagai penjaga d...


Puchong - Memperoleh pendapatan sekitar RM600 sebulan, pemuda yang menghidap penyakit kepala besar sejak lahir bekerja sebagai penjaga dan pencuci tandas awam secara kontrak di Puchong Perdana sejak empat tahun lalu.

Akibat penyakit tersebut, Muhammad Helmi Firdaus Abdul Halid pemuda berusia 22 tahun itu terpaksa menggunakan kerusi roda bagi melakukan tugas harian.

“Selalunya saya akan keluar dari rumah seawal jam 5 atau 6 pagi dan menolak kerusi roda sejauh empat kilometer ke stesen LRT Bandar Kinrara.

“Dalam perjalanan pergi balik, saya akan kutip tin atau besi buruk yang kemudian akan dijual kepada peraih,” katanya.

Memperoleh pendapatan sekitar RM600 sebulan, pemuda yang menghidap penyakit kepala besar sejak lahir bekerja sebagai penjaga dan pencuci tandas awam secara kontrak di Puchong Perdana sejak empat tahun lalu.

Akibat penyakit tersebut, Muhammad Helmi Firdaus Abdul Halid pemuda berusia 22 tahun itu terpaksa menggunakan kerusi roda bagi melakukan tugas harian.

“Selalunya saya akan keluar dari rumah seawal jam 5 atau 6 pagi dan menolak kerusi roda sejauh empat kilometer ke stesen LRT Bandar Kinrara.

“Dalam perjalanan pergi balik, saya akan kutip tin atau besi buruk yang kemudian akan dijual kepada peraih,” katanya.

Malah sekiranya terlalu penat bekerja, anak bongsu daripada dua beradik itu akan tidur di dalam bilik stor bersebelahan tandas awam berkenaan.

Helmi berkata, hasil pendapatan sebagai pencuci tandas awam, menjual tin dan besi buruk tidak cukup walaupun menerima bantuan kewangan daripada JKM sebanyak RM400 sebulan.

Lebih berat mata memandang apabila abang sulungnya juga merupakan seorang OKU kategori lembam dan autism.

“Dengan wang itu jugalah saya gunakan bagi membeli barangan keperluan asas untuk keluarga. Gaji saya akan serahkan kepada ibu untuk kegunaan keluarga.

“Kadangkala saya akan mengikat perut, makan sehari sekali. Kalau ada duit lebih, saya beli nasi bungkus, tetapi kalau poket kosong, hanya meneguk air saja.

“Apatah lagi sejak ibu disahkan menghidap pelbagai komplikasi penyakit seperti jantung dan buah pinggang awal tahun ini dan perlu menjalani rawatan ke hospital setiap bulan, saya kena bekerja lebih keras,” ujarnya.

Sekiranya ingin menyumbang, boleh menghubungi Hasazila Mohamed Hashim (ibu) atau melalui akaun bank berikut atas nama Muhammad Helmi Firdaus:

011-61947550
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000

Kongsi Portal Ini