Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: mohon bantuan

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label mohon bantuan. Papar semua catatan

Kluang - Mohon bantuan sumbangan orang ramai untuk abah akak. Dia menghidap stroke dan kencing manis. Sudah terlantar sakit selama 4 tah...


Kluang - Mohon bantuan sumbangan orang ramai untuk abah akak. Dia menghidap stroke dan kencing manis. Sudah terlantar sakit selama 4 tahun.

Hanya bergantung pada susu yang disaran oleh doktor iaitu Gluecerna. Makan cuma bubur yang berlaukkan makanan yang lembut.

Kepada sesiapa yang ingin hulurkan bantuan sangat dialukan tidak kira bantuan dari segi kewangan ataupun keperluan seperti pampers dan susu."

Sesiapa yang ingin membantu pakcik Panirin @ Md Sudin bin Md Sobari, sumbangan boleh dihulurkan ke akaun bank berikut atas nama Norizan binti Md Sudin @ Panirin atau hubunginya:

52 Jalan 1/10 Taman Sri Kluang, Johor
013-7125608
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Besut - Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri merayu sumbangan orang ramai bagi pembinaan surau baru sekolah ter...


Besut - Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri merayu sumbangan orang ramai bagi pembinaan surau baru sekolah tersebut.

Yang Dipertuanya, Ghazali Omar berkata, surau baru kini dalam pembinaan bagi menggantikan surau lama yang telah uzur kerana sebahagian besar binaannya sudah di makan anai-anai.

Menurutnya, bagaimanapun peruntukan yang ada belum mencukupi untuk memastikan surau itu dapat digunakan sepenuhnya kelak.

“Sehubungan itu saya memohon kepada orang ramai menghulurkan sumbangan kepada tabung pembinaan surau tersebut dengan menyalurkan derma ke akaun PIBG SK Bukit Puteri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan PIBG sekolah tersebut kepada Zainom Noor, 60 iaitu balu kepada bekas Timbalan Yang Dipertua PIBG, Abd Hamid Abd Rahman di kediaman wanita itu yang terletak berhampiran sekolah.

Menurutnya, Abd Hamid merupakan ahli jawatankuasa PIBG sekolah itu yang paling lama iaitu kira-kira 15 tahun sehinggalah dia meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ogos tahun lalu dalam usia 66 tahun.

“Sumbangan itu adalah derma daripada pelbagai pihak termasuk guru sebagai mengenang jasa arwah sepanjang memegang tugas itu ,” katanya.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada akaun bank tabung pembinaan surau berikut atas nama PIBG SK Bukit Puteri atau menghubungi:

09-6971409
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000

Seremban - “Kalau selalu minta tolong pun, lama-kelamaan akan menjadi kebencian orang. Sekarang ini saya hanya berserah kepada-Nya dan h...


Seremban - “Kalau selalu minta tolong pun, lama-kelamaan akan menjadi kebencian orang. Sekarang ini saya hanya berserah kepada-Nya dan hanya mohon doa orang ramai untuk kesembuhan anak saya. Demikian luah Mastura Osman, 54, ibu kepada Mohd Hanif Fadhli Mohd Sofian, 30, yang kini menderita menghidap penyakit kulit plaque chronic psoriasis tahap kritikal sejak dua tahun lalu.

Seluruh anggota badan Mohd Hanif Fadhli bukan sahaja kemerahan, tetapi kulitnya bersisik tebal dan akan mengelupas walaupun setelah disapu dengan ubat yang memerlukan Mastura sentiasa membersihkan tempat tidurnya. Anak sulung dari empat beradik itu kini hanya bergantung dengan ubat steroid, namun kesannya menyebabkan Mohd Hanif sukar untuk bergerak kerana bandannya menjadi lemah.

“Dia menghidap penyakit ini ketika berusia belasan tahun lagi. Tapi sejak dua tahun lalu, keadaannya semakin teruk dan membimbangkan. “Doktor beritahu yang keadaannya tidak boleh pulih. Dia kini hanya bergantung dengan ubat steroid, tapi kesannya, anak saya kini sukar untuk bergerak kerana badannya menjadi lemah.

“Kulitnya juga jadi panas dan gatal. Apabila digaru, akan berdarah menyebabkan dia kini hanya terbaring di rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Enstek di sini. Apa yang menyedihkan Mastura kerana Mohd Hanif Fadhli kerap kali memberitahu yang dia berharap nyawanya diambil segera kerana tidak tertanggung lagi dengan derita dialami.

Kata Mastura, anaknya itu sangat tertekan lebih-lebih lagi selepas perkahwinan yang dibina dua tahun lalu berakhir dan kini terpaksa pula menyusahkan keluarga. “Sekarang ini hidup saya, Hanif dan dua lagi anak saya yang masih belajar terpaksa bergantung dengan anak kedua saya yang bekerja sebagai pembantu jualan di syarikat perumahan.

“Saya tak boleh nak tinggalkan Hanif kerana dia perlukan saya. Itu pun kadang-kadang saya cuba cari duit dengan bantu kawan berniaga gerai makan,” katanya. Ada yang menyarankan Mastura membawa Mohd Hanif Fadhli mendapatkan rawatan di luar negara, namun terpaksa dilupakan kerana memikirkan kos yang perlu ditanggung.

Dia bersyukur kerana ada insan prihatin yang sudi membantu menawarkan rawatan alternatif, namun masih belum diizinkan oleh-Nya untuk sembuh. “Ramai yang datang membantu bila pertama kali kisah anak saya dilaporkan tahun lalu dan kami sangat-sangat menghargainya.

“Kalaulah kesakitan yang dialami itu boleh diganti, mana-mana ibu pun akan sanggup berkorban nyawa. Tapi saya dah habis ikhtiar dan hanya mohon doa orang ramai untuk kesembuhan anak saya," katanya yang juga menerima bantuan bulanan RM280 daripada JKM dan RM200 daripada Baitulmal.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank atas nama Mohd Hanif Fadhli Mohd Sofian atau hubunginya di talian:

017-6598795
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Kuala Lumpur - Keluarga seorang juruteknik audio dan video bebas meletakkan harapan tinggi untuk mengumpul RM150,000 daripada orang ra...


Kuala Lumpur - Keluarga seorang juruteknik audio dan video bebas meletakkan harapan tinggi untuk mengumpul RM150,000 daripada orang ramai untuk membayar bil perubatan ahli keluarga mereka yang menjalani rawatan di Hospital Besar Singapura.

Mohd Azrul Shaufiz Abu Bakar, 36, dari Cheras sebelum itu dikatakan bekerja untuk sebuah konsert di Singapura sebel um tiba-tiba mengalami serangan jantung pada 5 Mac lalu.

Isterinya, Mazliza Muhamad Yusof, 36, berkata kebetulan permit kerja suami tamat sehari sebelum serangan jantung itu menyebabkan suami tidak dilindungi insurans.

“Ketika kejadian, Azrul berada di sebuah pusat beli-belah dengan rakan sebelum mengadu sakit dada menyebabkan rakan membawanya ke sebuah hotel sebelum pengsan.

“Suami saya sepatutnya kembali ke negara ini selepas selesai majlis makan malam yang dianjurkan oleh penganjur konsert pada 6 Mac lalu, bagaimanapun, insuransnya hanya memberi perlindungan sehingga 4 Mac,” katanya.

Azrul dan Mazliza berkahwin empat tahun lalu, mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun dan Mazliza kini mengandung tiga bulan.

“Jika dia mengalami serangan jantung biasa, kami tidak mungkin menghadapi masalah ini, tetapi apa yang terjadi adalah selepas serangan itu, Azrul mengalami komplikasi kerana otaknya tidak menerima bekalan oksigen selama hampir 30 minit.

“Azrul kemudian berada dalam keadaan koma tiga hari dan hari keempat sedar, namun menghadapi masalah hilang ingatan.

“Suami yang dimasukkan ke Hospital Besar Singapura dari 5 Mac hingga 9 Mac kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Singapura.

“Setakat ini, kami sudah mengumpulkan wang RM10,000 daripada rakan Azrul, rakan sekerja dan ahli keluarga, tetapi ia tidak mencukupi,” katanya.

Mereka yang ingin membantu boleh menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Mohd Azrul Shaufiz Abu Bakar atau hubunginya:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Sungai Petani - Seorang ibu tunggal beranak lima yang hidap kanser perlu bantuan orang ramai. Nor Hamizah Abdullah, 44, dari Bedong, Ked...


Sungai Petani - Seorang ibu tunggal beranak lima yang hidap kanser perlu bantuan orang ramai. Nor Hamizah Abdullah, 44, dari Bedong, Kedah berkata, barahnya dikesan September 2013 dan telah melakukan kimoterapi selama 10 kali di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani akibat cyst.

Lebih menyedihkan, tujuh bulan kemudian, doktor mengesahkan dia menghidap kanser payudara sebelah kanan dan memerlukan rawatan radioterapi pada April 2014 di Pulau Pinang.

“Selepas tiga tahun, saya mula rasa sakit-sakit. “Lepas jumpa doktor, sah payudara sebelah kiri saya pula kena kanser menyebabkan saya perlu bedah dan sekarang ni nak habiskan rawatan kimoterapi enam kali dan radioterapi sebanyak 20 kali.

“Rawatan radioterapi ini hanya ada di Hospital Pantai Pulau Pinang sahaja, tiada di hospital kerajaan dan bayangkan kos diperlukan kalau saya kena habiskan 20 kali rawatan.

“Itu tak termasuk kos ulang-alik, saya bawa kereta pinjam dari saudara, bila ada rosak sikit-sikit kena baiki, guna duit banyak juga,” jelasnya.

Menurut Nor Hamizah, walaupun digelar pesakit kanser, namun dia harus kuat demi membesarkan lima anak dan seorang ibu yang masih dalam tanggungnya.

“Kalau saya tak kerja, depa semua nak makan apa? “Banyak kawan-kawan tolong, depa ambil tempahan dan saya masak katering. “Nak harapkan anak-anak semua kecil lagi, yang sulung sahaja dah kahwin, dia pun duduk dengan saya.

“Suami dia kerja bengkel sahaja dan dia kerja di pam minyak,” katanya. Kesemua anaknya, Nor Athirah, 21, Nor Aliah, 19, Nor Amirah, 17, Mohd Auni Zikri, 16, dan Abdul Qhalid Jhalani, 7, tinggal bersama termasuk menantu, Mohd Bukhari, 23.

“Anak-anak kekuatan saya dan ibu yang banyak bagi sokongan pada saya, tiada istilah penat, letih dan tak larat. “Selagi dapat tempahan saya tetap masak, walaupun diri sendiri kena rehat. “Mujur anak-anak faham dan mereka banyak mudahkan kerja,” katanya.

Menurutnya, dia menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan, manakala Che Duan merupakan penerima bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah. “Tiga anak masih bersekolah, yang lain-lain seperti rumah sewa, bil dan perbelanjaan makan minum serta ulang-alik dan rawatan hospital di Pulau Pinang perlukan duit, tak cukup dengan apa yang ada.

“Ada beberapa kawan banyak bantu, surau, masjid dan sekolah yang ambil tempahan masakan dan ada yang derma, Alhamdulillah rezeki tapi sekarang saya rasa dah tak mampu laluinya. Saya kena rehat dan perlukan masa untuk proses pemulihan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Nor Hamizah Abdullah:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ آجِرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا Puchong - Ujian buat ...


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ آجِرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا

Puchong - Ujian buat Maahad Tahfiz Uthmani. Semoga dipermudahkan buat anak-anak pelajar dan pihak pengurusan Maahad Uthmani Kg Seri Aman, Puchong Selangor.

Maahad Uthmani memerlukan sumbangan tuan/puan, sahabat untuk membaik pulih bumbung tahfiz yang runtuh.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ustaz Supyan iaitu Mudir Maahad Uthmani di talian berikut. Sebarang derma boleh dihulurkan ke akaun bank berikut atas nama Maahad Uthmani:

019-4296384
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000

Port Dickson - “Saya reda jika ditakdirkan dia pergi dulu, namun tidak akan berhenti berusaha untuk merawatnya," kata Mohamad Samser...


Port Dickson - “Saya reda jika ditakdirkan dia pergi dulu, namun tidak akan berhenti berusaha untuk merawatnya," kata Mohamad Samser Mohd Timar, 47, bapa kepada Muhamad Fitrah Mohamad Samser, 6, yang menghidap penyakit kepala besar atau hydrocephalus.

Ditemui di rumahnya di Kampung Jimah Lama, Port Dickson, hari ini, beliau berkata anaknya itu terlantar sejak dua tahun lalu selepas menjalani pembedahan pertama di kepalanya. "Fitrah baru seminggu dibenarkan pulang selepas dirawat selama dua bulan di Hospital Kuala Lumpur. 

Tidak lama lagi dia akan dimasukkan ke HKL semula untuk menjalani pembedahan memasukkan tiub ke dalam perutnya bagi memudahkan dia menerima makanan dan minuman. 

"Perbelanjaan setiap kali dia dimasukkan ke HKL amat tinggi kerana saya perlu kerap berulang-alik dari rumah ke Kuala Lumpur, selain memastikan isteri mempunyai wang belanja mencukupi selama menjaganya di sana," katanya.

Isterinya, Maisus Lenti, 40, berkata, selama dua bulan anaknya dirawat di HKL, dia dan suaminya terpaksa berjimat-cermat dan menahan lapar kerana perbelanjaan banyak digunakan untuk menampung kos pengangkutan serta keperluan lain termasuk lampin pakai buang. 

"Suami hanya kerja kampung dan kami selalu putus belanja. Kami reda dengan ujian Allah SWT dan akan terus menjaga anak syurga ini sehingga akhir hayatnya. 

"Pernah juga kami terpaksa meminjam duit dari jiran kerana kehabisan duit. Demi anak, kami rela tebalkan muka dan percaya janji Allah itu benar. Allah tidak akan menguji kami lebih daripada kemampuan kami," katanya.

Katanya, Muhamad Fitrah mendapat bantuan JKM sebanyak RM350 sebulan namun, jumlah itu tidak mencukupi. 

"Fitrah perlu di bawa ke HKL setiap dua minggu untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan berkala. Biasanya dia akan ditahan di wad beberapa hari sebelum dibenarkan pulang.

"Kami berharap mendapat sumbangan daripada sesiapa sahaja yang prihatin, khususnya untuk menampung kos rawatan anak bongsu daripada lima beradik ini yang memerlukan perbelanjaan yang banyak.”

Orang ramai yang ingin membantu adik Muhammad Fitrah bin Mohamad Samser boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Tatkala rakan sebaya berlari riang menikmati zaman kanak-kanak penuh warna-warni, si kecil ini pula terlantar membisu long...


Kota Bharu - Tatkala rakan sebaya berlari riang menikmati zaman kanak-kanak penuh warna-warni, si kecil ini pula terlantar membisu longlai di katil hospital berperang dengan nyawanya.

Itu yang diharungi Nur Ar’yana Arissa, 2, selepas tragedi terjatuh dari pelukan ibu, Nur Amizah Muhammad, 29, di rumah mereka di Balok, Kuantan, Pahang, setahun lalu.

Menceritakan kembali detik itu, dua beranak terbabit berada di dalam bilik dan secara tiba-tiba pelampung besar yang disimpan di atas almari dalam bilik berkenaan menggelongsor jatuh.

Katanya, dia yang mendukung anak tunggalnya itu sempat menepis pelampung berkenaan bagi mengelak dari menghempap Nur Ar’yana, malangnya dirinya gagal mengimbangi badan menyebabkan anaknya terlepas dari pangkuan.

“Nur Ar’yana jatuh dalam keadaan terduduk dan kepalanya pula pada terhantuk pada dinding almari. “Keadaan bertambah cemas apabila wajah Nur Ar’yana bertukar kebiruan dan menangis sekuat hati tanpa henti,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan panik itu, dia membawa anaknya ke hospital dan menghubungi suami, Mohd Nur Azimi Mahussin, 33, bagi memaklumkan kejadian.

Nur Amizah berkata, anaknya itu dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, menyebabkan dia juga berpindah ke rumah mentua di Kutan Pasir Pekan, Tumpat, di sini, bagi memudahkan urusan menjaga anaknya itu.

“Pada malam raya lalu, keadaannya bertambah teruk menyebabkan dia dimasukkan ke wad untuk pemantauan rapi sehingga sekarang. “Kepalanya membengkak akibat sakit pada saraf selain paru-parunya dijangkiti kuman serta hanya bergantung pada mesin oksigen untuk bernafas,” katanya.

Beliau berkata, hospital itu kini umpama rumah kedua bagi mereka tiga beranak dan suamninya juga terpaksa bercuti tanpa gaji sejak November tahun lalu kerana bergilir-gilir menjaga anak mereka sambil dibantu keluarga yang lain.

“Dalam sebulan kami memerlukan lebih RM600 untuk beli keperluan dan kelengkapan Nur Ar’yana seperti lampin, susu dan tiub saluran pernafasan berharga RM381 setiap satu yang kerap perlu ditukar.

“Keadaan kewangan kami bertambah sukar kerana wang simpanan makin susut. Kami tidak makan pun tak apa, asalkan keperluannya cukup. Saya tidak putus berdoa dan minta semua berdoa agar anak saya pulih kerana saya sangat merindui keletahnya,” katanya.

Orang ramai boleh salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Nur Amizah Muhammad atau hubunginya:

018-9143923
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Sungai Siput - “Setiap hari selepas bangun tidur, saya harap sangat dia sebut perkataan ibu dan ayah seperti sebelum ini,” kata Nooriza ...


Sungai Siput - “Setiap hari selepas bangun tidur, saya harap sangat dia sebut perkataan ibu dan ayah seperti sebelum ini,” kata Nooriza Nayan, 36, ibu kepada, Nurhalina Halil, 19 yang lumpuh seluruh badan sehingga menyebabkannya tidak mampu bercakap.

Keadaan Nurhalina itu dipercayai berpunca daripada virus Japanese Encephalitis (JE) dihidapinya kira-kira dua tahun lalu.

Nooriza berkata, virus yang menyerang hingga ke bahagian selaput otak anak sulungnya itu menyebabkan kaki serta tangan anaknya tidak dapat digerakkan hingga terpaksa berkomunikasi menggunakan isyarat mata.

Nurhalina (kiri) sebelum dijangkiti JE
Menurutnya, keadaan itu menyebabkannya terpaksa menumpukan sepenuh masa menjaga Nurhalina yang kini terlantar dan bergantung dengan alat bantuan pernafasan dipinjam daripada anak saudaranya.

Katanya, anaknya tidak dapat bangun dan bercakap menyebabkan Nooriza terpaksa memantaunya secara kerap selain menggunakan mesin pembuang kahak yang disewa daripada kenalannya bagi memastikan kelancaran pernafasan anaknya itu.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata, pendapatan suaminya, Halil Ahmad Tajuddin, 39, yang bekerja sebagai pemandu lori tidak menentu menyebabkan Nooriza terpaksa mengambil upah mengasuh kanak-kanak di rumahnya bagi menambah pendapatan keluarga.

Orang ramai yang ingin membantu Nurhalina Halil boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun bank berikut atas nama Nooriza Nayan atau hubunginya:

018-5729548
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Al-Fatihah Kuantan - Finalis Kem Bola Astro-Barcelona 2016, Muhammad Haziq Azeman, 13, yang mengidap kanser darah tahap tiga atau d...

Al-Fatihah

Kuantan - Finalis Kem Bola Astro-Barcelona 2016, Muhammad Haziq Azeman, 13, yang mengidap kanser darah tahap tiga atau dikenali sebagai T Lymphoblastic Lymphoma teringin menyarung jersi kebangsaan suatu hari nanti.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras itu adalah antara 16 pemain terbaik dari Malaysia, Filipina dan Singapura yang terpilih untuk menjalani latihan antarabangsa di Barcelona, Sepanyol pada Disember 2016.

Bapanya, Azeman Md. Rashid, 40, berkata, Muhammad Haziq merupakan seorang pemain bola sepak yang bercita-cita tinggi untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

“Dia sangat teruja apabila terpilih menjalani latihan di Barcelona dua tahun lalu apatah lagi dapat menyaksikan pasukan kegemarannya iaitu Barcelona beraksi didepan mata termasuk melihat lebih dekat pemain idolanya, Lionel Messi sehingga dia digelar Haziq Messi dalam kalangan rakan-rakannya,” jelasnya.

Azeman yang juga pengurus peribadi Muhammad Haziq memberitahu, anaknya mula bermain bola sepak ketika berusia enam tahun dan bermain untuk pasukan Tunas Lagenda FC sejak 2013 hingga sekarang yang diuruskan oleh lagenda bola sepak negara, Bakri Ibni.

Mengulas mengenai kos perubatan, Azeman memberitahu, dia perlu mencari sumber kewangan untuk merawat anaknya itu dan orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan keluarga Mohd. Haziq boleh menghubungi Azeman.

Muhammad Haziq Azeman
No Tel: 019-9624 213 (Azeman Md. Rashid)

Puncak Alam - Madrasah ini amat memerlukan sumbangan dari orang ramai untuk menampungkan kos perbelanjaan bulanan madrasah di mana ke...


Puncak Alam - Madrasah ini amat memerlukan sumbangan dari orang ramai untuk menampungkan kos perbelanjaan bulanan madrasah di mana kebanyakkan anak-anak ini adalah anak-anak mereka dari golongan susah.

"Untuk membantu keluarga-keluarga susah ini, yuran masuk ke madrasah kami tidak tetapkan bagi tidak menyusahkan mereka, oleh itu kami memerlukan bantuan daripada orang ramai untuk menghulurkan bantuan untuk operasi madrasah," jelas Mudir Ustaz Hafizullah.

Sebarang sumbangan fizikal boleh ke alamat berikut:


Orang ramai yang ingin membantu secara kewangan pula kepada Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Al Huffaz Wal Ulum Collection atau hubungi Mudir Ustaz Hafizullah Bin Mahmud:

018-3251843
https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000

Kongsi Portal Ini