KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: mohon bantuan

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label mohon bantuan. Papar semua catatan

Tanah Merah - Pondok Tahfiz Padang Bongor, di sini, memohon sumbangan orang ramai untuk membeli van bagi pelbagai kegunaan pelajar pus...


Tanah Merah - Pondok Tahfiz Padang Bongor, di sini, memohon sumbangan orang ramai untuk membeli van bagi pelbagai kegunaan pelajar pusat pengajian agama itu.

Pengerusinya, Muhammad Rusydi Abd Malek berkata, pihaknya memerlukan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi membeli sebuah van Toyota Hiace tersebut dengan bayaran bulanan RM1220.


Saham akhirat. Alhamdulillah & berbanyak syukur kepada Allah kerana mengurniakan peluang yang sangat banyak untuk kita beramal.

Justeru itu, marilah kita sama-sama merebut peluang ini, dengan membantu pihak pengurusan Pondok untuk menyediakan van yang selesa kepada semua pelajar mereka, insha-Allah.
“Bagi pembelian van ini, kami menawarkan kepada orang ramai untuk menyumbang dalam bentuk wakaf tunai sebagai sedekah jariah.

“Walaupun sedikit sumbangan yang diberi mengikut kemampuan penderma, insya-Allah, pahala daripada sedekah jariah ini berganda dan berpanjangan,” katanya, semalam.

Muhammad Rusydi memberitahu, walaupun masih banyak lagi keperluan pelajar pondok tahfiz itu, pihaknya tidak mahu gopoh dan cuba mendapatkan sumbangan orang ramai secara berperingkat-peringkat.

Katanya, pondok tahfiz mula mengambil kumpulan pelajar pertama pada Januari 2011 itu berbeza dengan pusat tahfiz biasa kerana menggabungkan tiga disiplin ilmu iaitu pengajian tahfiz, akademik dan pengajian kitab (syariah).

“Insha-Allah kita akan cuba penuhi satu persatu keperluan pelajar. Bagi perbelanjaan harian pelajar, semuanya ditanggung oleh pihak kami termasuk makan minum,” katanya.

Orang ramai boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Pondok Tahfiz Padang Bongor atau hubungi mereka:

019-9244157
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuantan - Dengan rasa rendah hati dan penuh pengharapan,saya Muhammad Hamzah bin Baain (bapa) kepada Muhammad Al Fateh ingin memohon s...


Kuantan - Dengan rasa rendah hati dan penuh pengharapan,saya Muhammad Hamzah bin Baain (bapa) kepada Muhammad Al Fateh ingin memohon sumbangan seikhlas hati kalian.

Ia bertujuan untuk membeli sepasang alat bantuan pendengaran untuk cahaya mata kami yang tersayang, Al Fateh.

Muhammad Al Fateh disahkan hilang upaya pendengaran ketika bayi. Atas nasihat doktor, dia perlu memakai alat bantuan pendengaran agar dapat membantu dia mendengar bunyi di sekeliling, membentuk percakapan secara verbal dan dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

Dukacitanya, permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak zakat TIDAK DILULUSKAN, dan status permohonan JKM masih dalam proses.

Rentetan itu, kami terpaksa mencari sumbangan kilat daripada ahli keluarga terdekat agar dapat membeli alat bantuan pendengaran yang berharga RM6000 secepatnya.

Memandangkan Fateh sudah mencapai 2 tahun, dia perlu mula memakai alat dalam tempoh ini. Permohonan baru dan rayuan zakat telah kami kemukakan semula. Dan untuk mendapatkan jawapan itu akan mengambil masa yang agak lama.

Doktor menasihati supaya Fateh memakai alat bantuan sebelum umurnya mencecah 3 tahun agar perkembangan tumbesarannya dapat menjadi normal seperti kanak-kanak seusianya.

Jadi dengan cara memohon sumbangan ini, inshaAllah akan dipercepatkan proses mendapatkan alat bantuan pendengaran tersebut.

Terima kasih atas perhatian dan kesudian membaca post ini. Hanya Allah sahaja yang membalas segala kebaikan kalian.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Zulhusni binti Mat Hassan:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM6000

Ampang - Assalamualaikum. Pagi tadi doktor maklumkan pada akak anak berada dalam keadaan kritikal, sebanyak 5 kali pembedahan telah dilak...


Ampang - Assalamualaikum. Pagi tadi doktor maklumkan pada akak anak berada dalam keadaan kritikal, sebanyak 5 kali pembedahan telah dilakukan.

Doktor akan lakukan pembedahan pada hari Jumaat ini lagi sebab seluruh tubuh dia telah dijangkiti kuman.

Disebabkan seluruh tubuh dia melecur jadi tiada kulit yang boleh diambil untuk ditampal dibahagian yang melecur.

Doktor terpaksa mohon kulit dari penderma untuk pembedahan jumaat ini kos yang akak kena tanggung hampir RM20 ribu.

Akak mohon bantuan sebab kos yang tinggi, akak tak mampu nak sediakan. Mana bayaran yang kecil sudah akak jelaskan.

Akak mohon maaf menyusahkan kalian, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. Akak betul-betul memerlukan bantuan untuk memyelamatkan si kecil akak itu.

Anak akak sekarang berada di hospital Sungai Buloh wad ICU, bilik 15. Nama dia Azalea Hani Binti Abdul Rahim. Ini no akaun akak (Zalida Syuhana Ahmad Tamam) :

017-3006689
Progress:

RM0 raised

Goal: RM20000

Kuantan -  Ketabahan seorang suami Muhamad Khairil Azaha Nasaha, 34 tahun menjaga isterinya, Nurul Wahieda Abdullah, 30 tahun yang berala...


Kuantan - Ketabahan seorang suami Muhamad Khairil Azaha Nasaha, 34 tahun menjaga isterinya, Nurul Wahieda Abdullah, 30 tahun yang beralamat di No 37A Lorong 64,Taman LKNP, Bukit Setongkol 25200 Kuantan, yang mengalami masalah buah pinggang tahap empat.

Khairil Azaha Nasaha Setongkol, Kuantan bukan hanya menjaga isteri malah tiga orang anak tiri dan seorang anaknya bersama Nurul Wahieda. 

Dia hanya bekerja sambilan sebagai buruh kasar di sebuah pusat perindustrian dengan bayaran RM7 satu jam. Nurul Wahieda mendapat bantuan JKM sebanyak RM300 dan menerima subsidi rawatan dialisis dari Majlis Agama Islam Pahang namun ia masih tidak mencukupi.


Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat dengan menderma ke akaun bank berikut atas nama Nurul Wahieda Abdullah atau hubunginya:

017-3081610
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Bantuan orang ramai diperlukan untuk Tabung Adik Khadijah yang menhidap Scoliosis (tulang belakang bengkok), tengkorak kepala turun / k...


Bantuan orang ramai diperlukan untuk Tabung Adik Khadijah yang menhidap Scoliosis (tulang belakang bengkok), tengkorak kepala turun / kedudukan tidak normal dan cecair tersekat dari otak ke saraf tunjang.

Ceriakan hidup anda dengan membantu Adik Khadijah. Jazkumullahu Khairan Katheera.

Sumabangan boleh disalaurkan ke akaun bank berikut atas nama Dewan Muslimat PAS Pusat atau hubungi Dr. 'Uyun:


019-3577502
Progress:

RM0 raised

Goal: RM20000

Kota Bharu - Rumah yang menjadi tempat berlindung lapan beranak ini berada dalam keadaan senget dan hampir roboh, namun mereka tiada pil...


Kota Bharu - Rumah yang menjadi tempat berlindung lapan beranak ini berada dalam keadaan senget dan hampir roboh, namun mereka tiada pilihan kerana itu satu-satunya tempat tinggal yang mereka ada.

Lebih malang, Siti Hawa Kancil, 42, berkata, bila-bila masa sahaja mereka akan kehilangan tempat tinggal kerana tapak rumah itu berada di atas tanah milik jiran yang prihatin dan berhati mulia menumpangkan mereka sekeluarga.

“Rumah ini dulu saya bayar sewa RM60 dengan tuan terdahulu, tapi sejak tahun lepas saya tidak mampu bayar dan kemudian dijual kepada pemilik sekarang. “Sekarang saya tumpang tanah ini tanpa apa-apa bayaran dikenakan oleh jiran saya ini, tetapi bila-bila masa sahaja saya kena keluar dari sini kalau mereka mahu gunakan tanah ini pada masa depan,” katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Kedai Buloh, Pantai Cahaya Bulan, di sini.

Menurutnya, rumah satu bilik yang didiami itu juga senget dan menunggu masa untuk roboh kerana kayu dinding dan lantai yang sudah reput. “Anak-anak saya semua sudah biasa dan tahu mana kawasan lantai yang tidak boleh dipijak dan sudah mahir selok belok lubang di dalam rumah ini. Cuma, kadang-kadang nasib tidak menyebelahi kami dan kami terjerlus dalam rumah sendiri.

“Acap kali juga anak tanya sampai bila hendak tinggal di sini, tapi saya tidak ada pilihan kerana tak cukup duit untuk baiki rumah ini atau menyewa di tempat lain,” katanya sebak.

Hidap sakit kulit, suami pula kencing manis. Siti Hawa bekerja mengambil upah mewarnakan batik dengan pendapatan RM130 seminggu, manakala suaminya, Mohd Ghani Deraman, 51, pula berpendapatan tidak menentu hasil mengambil upah mengutip kelapa.

Katanya, dia menghidap penyakit kulit, sementara Mohd Ghani pula sudah dua tahun tidak dapat bekerja kerana menghidap kencing manis dan keadaan bertambah serius selepas dia terkena ekzos motosikal sejak seminggu lalu.

Mohd Ghani menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM200 sebulan. “Suami saya kini berada di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk menjalani rawatan dan akan membuang isi di bahagian betis kanan yang sudah mati akibat kejadian itu.

“Sekarang, dia dijaga oleh anak sulung, Mohd Khairul Sham, 21, yang bekerja kontrak kabel di Johor dan anak ketiga Nur Farisya Sabrina, 19, yang bekerja sebagai pembantu kantin sekolah di Pahang. Mereka pulang ke kampung untuk menjaga ayah mereka kerana tidak dapat berjalan dan perlu diusung jika ke tandas,” katanya.

 Selain mereka, pasangan itu juga mempunyai empat lagi anak yang perlu disara iaitu Mohd Khairul Anuar Faiz Mohd, 20; Mohd Khairul Asraf, 17, sudah tidak bersekolah, Nur Farisya Linda Ilyana, 11, bersekolah di Sekolah Kedai Buloh 1 dan Nur Farisya Adila, 5, pula tadika.

“Anak-anak saya semua biasa makan budu dan menu harian kami ala kadar sahaja, hanya bila saya ada duit lebih, saya akan beli ayam untuk dimasak kepada anak-anak tapi jarang sangat boleh makan ayam.

“Saya bekerja biasa sahaja dan kadang kala ikat perut untuk beri makan anak-anak. Saya juga gagal sediakan rumah yang selesa kepada anak-anak saya. Tandas di rumah ini juga rosak dan tidak mampu dibaiki. Kalau hendak buang air besar, kami akan ke tepi sungai atau menumpang jiran,” katanya.

Kepada orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh hulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Mohd Ghani Deraman atau hubunginya:

014-8112995
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Shah Alam - Keadaan kesihatan pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman beransur pulih selepas terpaksa berulang alik masuk wad selama ena...


Shah Alam - Keadaan kesihatan pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman beransur pulih selepas terpaksa berulang alik masuk wad selama enam bulan.

Memetik portal berita, Bob atau atau Mohd Hakim Lokman, 54, berkata dia kini hanya ke hospital sekali sebulan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. "Tak selalu sangat kena pergi hospital, sekarang sebulan sekali buat pemeriksaan biasa sambil doktor tambah ubat.

"Ubat untuk sakit jantung, paru-paru dan kencing manis. Ada satu ubat jantung tu, harganya RM800 sebulan," katanya ketika ditemui di kediamannya pada Rabu. Tambah penulis lirik lagu Isabella nyanyian Amy (Search) itu, jumlah ubat-ubatan yang terpaksa diambilnya adalah 13 jenis dan kos bagi kesemua ubat itu adalah lebih RM1,000 sebulan.

Bob menjalani rawatan itu di UiTM Private Specialist Centre Sungai Buloh yang memiliki kepakaran dalam sakit jantung. "Saya masuk hospital pada akhir 2014 sehingga Januari 2015. "Lepas tu, tahun ni saya keluar masuk wad hospital bermula Januari hingga Jun 2018," katanya.

Bob kini bergantung dengan tabung oksigen untuk bantuan pernafasan ketika tidur dan perlu membawanya bergerak sekiranya keluar rumah. Berkongsi tentang perkembangan terkini, Bob akan mula berniaga nasi ayam goreng kampung di Masjid Al-Ibtisam di TTDI Jaya, Shah Alam pada Selasa minggu depan.

"Saya memang tidak bekerja, sekarang ini saya rasa sudah sihat, saya nak pergi berniaga balik. "Minggu depan baru mula berniaga di Masjid Al-I'tisam TTDI Jaya, Shah Alam. "Orang masjid tawarkan saya berniaga di situ, saya setuju sahaja," katanya yang akan berniaga pada setiap Selasa hingga Ahad, pukul 12 tengah hari hingga 3 petang.

Kata Bob, dia hanya akan menggoreng ayam dan akan dibantu oleh anak lelaki serta anak saudaranya. Sebelum ini, Bob dilaporkan ditahan di UiTM Private Specialist Centre Sungai Buloh akibat masalah jantung bengkak dan paru-paru berair pada awal Januari lalu.

Sumbangan boleh juga disalurkan melalui akaun bank berikut atas nama Relawati binti Daud (Isteri):

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Seremban - Khairul Adli bin Adnan bekerja sebagai pemandu lori seorang bapa tunggal kematian isteri 4 tahun yang lalu. Beliau mempunyai...


Seremban - Khairul Adli bin Adnan bekerja sebagai pemandu lori seorang bapa tunggal kematian isteri 4 tahun yang lalu.

Beliau mempunyai empat orang anak dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik insan-insan prihatin membantu menghulurkan sumbangan tidak kiralah berapa bagi pembedahan anak beliau yang berumur 7 tahun, Muhammad Noor Haqim yang dijadualkan pada bulan Julai 2018 ini di PPUKM Kuala Lumpur.

Anak beliau mengalami penyakit tulang belakang bengkok ( scoluosis) dimana memerlukan Implan Growing Rod dengan kos berjumlah RM21,306.

Walaupun telah mendapat bantuan daripada Baitulmal sebanyak RM5000 tetapi masih banyak di perlukan lagi bagi kos pembedahan tersebut.

Mari bersama kita segerakan tabung adik Haqim ini semoga pembedahan berjalan dengan lancar.

Kepada yang ingin membantu sumbangan boleh menerusi akaun bank berikut atas nama Khairul Adli bin Adnan atau hubunginya:

No 297, Lorong 5, Taman Desa Kiara
016-6325623
Progress:

RM0 raised

Goal: RM21306

Johor Bahru - Mohon doa dari semua yang melihat post ini, doakan kesembuhan untuk anak saudara saya Rafiqah Bte Riduan berumur 11 tahun...


Johor Bahru - Mohon doa dari semua yang melihat post ini, doakan kesembuhan untuk anak saudara saya Rafiqah Bte Riduan berumur 11 tahun, yang sedang dirawat di Hospital Pakar Puteri JB.

Rafiqah seperti kanak-kanak normal yang lain, tanpa diduga ujian untuk diri dan keluarganya, Rafiqah pada mulanya dianggap mengalami demam panas yang biasa sahaja, namun apabila dirujuk di unit kecemasan, doktor mengesahkan ada pendarahan di bahagian otaknya perlu dibedah segera.

Setelah 2 kali pembedahan Rafiqah tidak lagi boleh menjalani aktiviti normal seperti kanak-kanak biasa. Kini Rafiqah terlantar sahaja di katil hospital. Walau matanya terbuka tapi pandangannya kosong dan kakinya kekejangan.

Jika ada yang berhajat ingin menghulurkan bantuan, boleh hubungi ibu Rafiqah di talian:

016-3317018
Raha Ismail
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Baling - Kekangan kewangan memaksa seorang isteri menyewa kereta setiap kali menghantar suaminya yang lumpuh ke klinik. Zaiton Abdul Az...


Baling - Kekangan kewangan memaksa seorang isteri menyewa kereta setiap kali menghantar suaminya yang lumpuh ke klinik.

Zaiton Abdul Aziz,52, berkata, suaminya Yahya Che Man,55, terpaksa dihantar menaiki kereta jiran kerana keluarganya hanya memiliki motosikal.

Menurutnya, Yahya yang jatuh sakit pada 9 Mei lalu perlu menerima rawatan dua kali seminggu di sebuah klinik kerajaan.

“Keluarga kami tak ada motosikal, anak nombor dua ada la kereta tapi rosak. Setiap kali ke klinik makcik bayar RM50 dekat jiran.

“Bila suami dah sakit, tinggal makcik dan anak ketigalah yang pergi menoreh. Sekarang dengan musim hujan, pendapatan kami pun tak menentu,” katanya ketika ditemui di Kampung Keledang Dalam.

Tambahnya, suami yang merupakan tunjang belakang mencari nafkah selama ini terpaksa bergantung dengan tiub untuk minum.

“Ingatan dia pun terjejas, nama anak-anak kadang-kadang suami lupa. Sejak sakit, suami hanya boleh minum susu,” katanya.

Menurutnya, rawatan selanjutnya menanti Yahya ialah pada 6 Mei depan. “Untuk ke depan ni pun terpaksalah makcik sewa kereta sekali lagi, nak buat macam mana,” katanya

Selain kos sewa kereta katanya, dia juga perlu menyediakan susu tin dan lampin pakai buang. “Susu tin tahan untuk 15 hari, lampin tahan untuk tiga minggu. Susu tin harganya RM81.90, campur dengan lampin ada la RM100 ke atas makcik kena belanja,” katanya.

Zaiton berkata, empat daripada tujuh anaknya masih dalam tanggungan. “Anak perempuan sulung dan kedua masing-masing dah kahwin dan ada anak. Suami depa hanya kerja ambil upah.

“Anak ketiga pula ambil upah menoreh. Tiga lagi bersekolah di SMK Kuala Pegang di tingkatan enam dan dua anak kembar di tingkatan dua. Paling bongsu, 9 tahun, tapi tak mahu bersekolah,” katanya.

Menurutnya, ketika ini dia masih menanti kelulusan permohonan bantuan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah. “Pihak LZNK dah datang rumah makcik ambil maklumat, harap-harap diluluskan bantuan tu untuk urusan suami. “Bantuan JKM pula makcik tak minta sebab tak tau berurusan,”.

Orang ramai yang bermurah hati boleh menghulurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama
Yahya Che Man:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Rawang - Suami isteri memohon sumbangan orang ramai untuk membantu membiayai kos rawatan pembedahan pemindahan tulang sum-sum anak lela...


Rawang - Suami isteri memohon sumbangan orang ramai untuk membantu membiayai kos rawatan pembedahan pemindahan tulang sum-sum anak lelaki mereka, Muhammad Farish Daniel Fazely, 14, yang disahkan menghidap penyakit pra leukemia.

Pembedahan yang dijangka dilakukan pada Hari Raya keempat di Pusat Perubatan Universiti Malaya itu menelan belanja RM70,000 dan ia di luar kemampuan keluarga berkenaan.

Ibu Muhammad Farish Daniel, Irni Nadia Mashadi, 32, berkata, kekangan pendapatan suami, Fazely Faizair, 35, yang bekerja sebagai pemandu menjadikan agak sukar untuk mengumpul sejumlah wang dalam masa terdekat ini.

Katanya, penyakit anaknya mula disedari pada Mac lalu apabila remaja berkenaan mengalami demam berpanjangan, kerap penat, lemah dan mudah terkena jangkitan.

“Namun keputusannya masih tidak diperoleh selepas melakukan pelbagai ujian darah dan sebagainya. Keadaannya masih berterusan sama sebelum kami merujuk anak ke PPUM.

“Doktor yang melakukan ujian melalui sampel tulang belakang mengesahkan anak menghidap pra leukemia. Saya agak terkejut kerana ia sangat drastik, walhal Farish aktif seperti remaja lain.

“Sejak itu, dia tidak ke sekolah hingga kini kerana antibodinya tidak kuat, mudah letih dan ada ketika sakit di bahagian perut malah wajahnya juga adakalanya pucat lesu selain kekuningan,” katanya.

Yayasan Jamin memberi sumbangan RM5,000 serta melancarkan Tabung Prihatin #SelamatkanAdikMuhammadFarish bagi mengutip dana membantu membiayai pembedahan Muhammad Farish Daniel dalam tempoh kurang tiga minggu lagi.

Muhammad Farish Daniel akan menerima sumbangan tulang sum-sum daripada adiknya, Muhammad Firhad Danish, 13, yang mana selepas ujian dilakukan didapati selnya sepadan dengan abangnya.

Menurut Irni Nadia, dia bersyukur kerana cepat mendapatkan rawatan untuk anaknya sebelum ia benar-benar berubah kepada leukimia kerana risikonya lebih tinggi.

“Justeru, doktor menasihati kami untuk melakukan pembedahan secepat mungkin, jika ditangguhkan, mungkin jangka masa hidup anak saya hanya dua tahun saja.

“Kami mohon bantuan orang ramai untuk membantu menyelamatkan nyawa anak kami,” katanya yang dikurniakan empat anak.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Fazely Faizair atau menghubungi Irni Nadia di talian:

019-3933161
Progress:

RM0 raised

Goal: RM70000

Kongsi Portal Ini