Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: melaka

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label melaka. Papar semua catatan

Merlimau - Seorang ayah,  Abdul Samad Saip Lani memohon jasa baik orang ramai untuk memberi sumbangan  membeli alat bantuan pernafasan...


Merlimau - Seorang ayah, Abdul Samad Saip Lani memohon jasa baik orang ramai untuk memberi sumbangan membeli alat bantuan pernafasan bernilai RM7000 untuk keperluan anaknya, Fahim Aufa Abdul Samad berusia 14 bulan yang mengalami jangkitan paru-paru.

Dia yang tinggal di Kampung Umbai, Merlimau, Melaka berkata alat bantuan pernafasan itu amat perlu untuk kesinambungan hidup anaknya. 

Doktor mengesahkan anaknya menghidap jangkitan paru-paru sejak lahir dan memerlukan mesin itu untuk paru-parunya berfungsi dengan baik.

Orang ramai yang bermurah hasil ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Abdul Samad Saip Lani:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM7000

Melaka - Meskipun keadaan suaminya semakin teruk, namun Nurr Hidayah Hassan, 29, tidak akan sesekali meninggalkan suaminya, Hamdan Hashi...


Melaka - Meskipun keadaan suaminya semakin teruk, namun Nurr Hidayah Hassan, 29, tidak akan sesekali meninggalkan suaminya, Hamdan Hashim, 30, yang menghidap penyakit Johnson Steven Syndrom, dan akan menjaganya sehingga ke akhir hayat.

"Doktor beritahu suami tidak boleh sihat seperti dulu, matanya sekarang sudah tidak nampak lagi. Dia hanya boleh mendengar," katanya yang juga memberitahu suaminya menghidap penyakit berkenaan sejak awal tahun ini.

Menurut Nurr Hidayah, semuanya bermula ketika suaminya bekerja di stor kilang pakaian di Melaka.

"Pada asalnya selepas bekerja di stor kilang pakaian, suami saya sakit mata dan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor beri ubat mata dan pil bagi meredakan sakit di matanya.

"Bagaimanapun, kurang dari 24 jam, mata dan mulut suami bengkak sebelum saya bawa dia ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

"Selepas suami diberi makan antibiotik kerana doktor mendakwa dia sakit cacar air, penyakit suami menjadi semakin serius dan teruk kerana kulit bertukar menjadi seperti melecur dan berdarah. Dia dimasukkan ke ICU selama sebulan.

"Saya sedih melihat keadaannya ketika itu, tetapi sebagai isteri saya perlu kuat," katanya.

Menurut Nurr Hidayah, dia dan suaminya kini menumpang teduh di rumah neneknya, di Kampung Morten. Nurr Hidayah berniaga secara online separuh masa bagi meraih pendapatan, manakala suaminya tidak dapat bekerja kerana doktor mengesahkannya menghidap penyakit berkenaan sehingga mengakibatkan penglihatan suaminya tidak jelas.

"Mata kanan suami tidak dapat diselamatkan kerana sudah ada selaput yang menghalang dan dia tidak nampak. Namun doktor cuba memulihkan mata kiri yang kabur. Oleh kerana tidak dapat melihat, suami hanya akan mendengar radio sepanjang hari dan saya menemaninya serta membantu untuk menguruskan dirinya," katanya.

Difahamkan, gambar Hamdan dalam keadaan menderita itu juga turut tersebar di media sosial sehingga pasangan itu menerima komen-komen negatif dari netizen.

"Ada yang suruh saya bercerai dan sebagainya. Tetapi saya sayangkan suami saya dan akan menjaga dia sepanjang hayat saya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan, boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama Hamdan bin Hashim:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Melaka - Kekurangan diri yang lumpuh separuh badan kerana terbabit dalam nahas jalan raya, bukan penghalang buat seorang pemuda, Akmal ...


Melaka - Kekurangan diri yang lumpuh separuh badan kerana terbabit dalam nahas jalan raya, bukan penghalang buat seorang pemuda, Akmal Arif Rohaizan, membantu ibunya menjual nasi lemak demi meringankan beban keluarga mereka. Demi kasih kepada ibu dan bapa, remaja berusia 19 tahun terbabit enggan duduk diam apabila menyedari keluarganya hidup dalam kesempitan kewangan.

Selain menemani ibunya menjual secara langsung di gerai hadapan rumah mereka dekat Tangga Batu di sini, antara usaha dilakukan anak kedua daripada enam beradik itu adalah mempromosi jualan nasi lemak dihasilkan ibunya, Zarinah Rahim, 46, menerusi laman sosial Facebook sejak awal Januari lalu.

Dia berbuat demikian dalam usaha menarik pelanggan ke gerai jualan nasi lemak mereka, selain membantu mengendali tempahan secara atas talian.

Akmal Arif berkata, usaha memuat naik jualan nasi lemak itu disuarakan seorang daripada saudaranya, sebelum mengambil inisiatif membantu ibunya yang banyak berkorban menjaga dia sepanjang tempoh terlantar sakit selama ini.

Katanya, dia terbabit nahas pada April 2014 ketika berusia 17 tahun apabila motosikal ditunggangnya terbabas menyebabkan cedera parah di kepala dan menjalani pembedahan tempurung kepala, sebelum disahkan lumpuh separuh badan.

"Sukar untuk digambarkan perasaan hati ini apabila menyedari keadaan diri kini dikategorikan orang kurang upaya hingga tidak mampu membantu meringankan beban keluarga, malah terasa menyusahkan mereka pula. Namun, saya reda dengan ujian Yang Maha Esa.

Pelanggan boleh membuat tempahan melalui talian berikut selain boleh mengambil tempahan nasi lemak di gerai pada harga RM1 sebungkus, bekas plastik (RM3) dan nasi lemak ayam berempah (RM5).

012-9254676
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini