Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: machang

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label machang. Papar semua catatan

Machang - Demi kasih terhadap ibu, dia sanggup mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga ibunya yang terlantar dalam keadaan separuh sedar,...


Machang - Demi kasih terhadap ibu, dia sanggup mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga ibunya yang terlantar dalam keadaan separuh sedar, selepas terbabit kemalangan sejak lebih setahun lalu.

Bagi Nur Farah Shakylla Ramli, 23, dia mempunyai tanggungjawab lebih besar daripada bekerja iaitu menjaga ‘syurganya’ yang kini terlantar sakit dan memerlukan perhatian.

Nur Farah Shakylla berkata, dia sempat bekerja selama dua bulan sebagai kerani akaun di syarikat kontraktor di Kuala Lumpur sebelum ibunya, Noraini Abu Seman, 59, terbabit dalam kemalangan pada Disember 2017.

“Selepas melihat keadaan ibu yang terlantar tanpa upaya, hati berasa sedih dan mengambil keputusan untuk berhenti, namun majikan memberi saya cuti tanpa gaji selama mana tempoh diperlukan untuk menjaga ibu.

“Pada masa sama, saya juga mahu membantu ayah, Ramli Che Ngah, 65, yang bekerja sebagai buruh untuk menguruskan keperluan ibu kerana ayah mempunyai penyakit darah tinggi dan memerlukan rehat yang cukup.

“Walaupun saya mempunyai adik beradik lain, namun biarlah saya yang berkorban untuk menjaga ibu kerana abang dan kakak ada yang sudah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab selain dua adik kembar yang masih menuntut di institut swasta dan seorang lagi belajar di sekolah menengah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Simpul Belubang, Machang.

Menceritakan semula kemalangan itu, Nur Farah Shakylla berkata, ibunya terbabit dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ketika dalam perjalanan pulang sebaik menghantar ayahnya ke tempat kerja yang terletak satu kilometer dari rumah.

Anak keenam daripada sembilan beradik itu berkata, akibat kemalangan itu, ibunya mengalami pendarahan dalam kepala dan doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang sedikit tempurung kepala di bahagian kanan bagi mengelakkan jangkitan kuman.

“Selepas kemalangan itu, ibu tidak lagi boleh bercakap dan hanya boleh menggerakkan sedikit jari sebelah tangan kiri sehaja selain menggunakan bahasa tubuh apabila dia berasa tidak selesa atau sakit di mana-mana bahagian anggota badan.

“Selama sebulan ibu dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dan tiga bulan selepas itu dipindahkan ke wad biasa.

“Sebelum dibenarkan pulang ke rumah, ibu dirujuk ke Hospital Machang bagi memastikan kesihatannya berada di tahap memuaskan,” katanya yang mengharapkan ibunya kembali sihat dan pulih seperti sedia kala.

Katanya, setiap bulan mereka sekeluarga memerlukan sekurang-kurangnya RM1,200 untuk membeli susu sahaja, tidak termasuk lampin pakai buang, ubat-ubatan dan pengangkutan ulang alik ke hospital setiap kali temujanji di HUSM.

“Wang bantuan bulanan yang diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan digunakan untuk membeli keperluan ibu dan dalam masa sama abang serta kakak juga ada meghantar wang belanja untuk meringankan kos perbelanjaan ibu.

“Ibu perlu diberi minum susu sebanyak lima kali sehari iaitu setiap empat jam sekali melalui tiub yang dipasang di hidung dan setin susu yang berharga RM118, hanya bertahan untuk tiga hari sahaja,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank berikut atas nama Nur Farah Shakylla Ramli:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1200

Machang - Berat dugaan dihadapi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun apabila dirinya menghidap penyakit spina bifida atau tulang b...


Machang - Berat dugaan dihadapi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun apabila dirinya menghidap penyakit spina bifida atau tulang belakang bengkok dan hydrocephalus iaitu lebihan cecair dalam kepala.

Kanak-kanak berkenaan, Wan Ainun Mardiah Wan Saiful Shahrizal, 4, yang tinggal di Kolam Air Panas, Tok Bok, Labok, dekat Machang, dikesan menghidap penyakit itu sejak berusia tujuh bulan dalam kandungan ibunya, Hasnizan Mohd Salleh, 37.

Hasnizan berkata, akibat dua penyakit itu, anak bongsu daripada tiga beradik lumpuh dari paras pinggang ke bawah dan air kencingnya tidak lawas serta perlu disedut tiga jam sekali.

Katanya, dia perlu menyedut air kencing anak dengan menggunakan wayar khas memandangkan kedua buah pinggang anaknya bengkak sejak kecil.

“Anak saya hanya mampu mengengsot untuk bergerak kerana keadaan tulang belakang yang bengkok dan kepala yang besar berbanding kanak-kanak normal.

“Akibat penyakit ini, anak saya sudah menjalani tiga pembedahan iaitu dua kali di bahagian tulang belakang dan sekali di bahagian kepala ketika berusia sebulan lebih serta tiga bulan.

“Disebabkan anak banyak berbaring, tulang belakangnya luka dan perlu dicuci setiap hari,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Menurutnya, walaupun tidak normal, tetapi anaknya mampu bercakap.

Suri rumah itu berkata, anaknya juga kini mendapatkan rawatan fisioterapi sebulan sekali di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kota Bharu, dan perlu berjumpa doktor di Klinik Kesihatan Labok.

“Saya harap anak saya dapat berjalan seperti kanak-kanak lain kerana masa depannya masih jauh. “Anak saya juga mendapat bantuan daripada JKM sebanyak RM350 sebulan,” katanya.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh salurkan ke akaun bank berikut milik Hasnizan Mohd Salleh:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini