Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kota bharu

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label kota bharu. Papar semua catatan

Kota Bharu - Ibarat pepatah kasih ibu membawa ke syurga, kasih anak sepanjang masa. Seorang warga emas yang juga ibu tunggal dari Kampun...


Kota Bharu - Ibarat pepatah kasih ibu membawa ke syurga, kasih anak sepanjang masa. Seorang warga emas yang juga ibu tunggal dari Kampung Paya Rambai di sini, hanya terlantar dan tidak mampu menguruskan diri, selepas menderita penyakit kanser hidung sejak Februari lalu ditambah dengan kekangan akibat pandemik Covid-19.

Akibat penyakit yang dideritai itu menyebabkan Eshah Yaacob, 72, lumpuh bahagian kanan badan dan hanya terbaring lesu di atas katil, selain merengek seperti anak kecil apabila memerlukan sesuatu atau berasa sakit.

Menceritakan keadaan ibunya, Darwani Muhamad, 43, berkata, pada awalnya, hanya terdapat ketulan kecil sebesar biji kacang di rongga hidung kanan ibunya dan menganggap ketulan biasa kerana sebelum ini ibunya menghidap penyakit resdung.

"Bagaimanapun, hari ke hari, saya melihat ketulan itu semakin membesar sehingga menutup sepenuhnya rongga hidung kanan dan pada masa sama menyebabkan lelangit ibu berlubang disebabkan ketumbuhan itu, selain pertuturannya juga kurang jelas.

"Disebabkan keadaan lelangitnya yang berlubang, ibu tidak boleh menyedut masuk minuman ke dalam mulutnya. Kami terpaksa memberinya minum menggunakan picagari, selain perlu menyuapkan makanan lembut seperti roti," katanya di rumahnya di Kampung Paya Rambai.

Darwani berkata, selepas mendapati ketumbuhan di rongga hidung kanan ibunya semakin membesar, dia membawa ibunya itu mendapatkan rawatan di klinik dan doktor menyarankan agar dirujuk ke hospital.

"Namun disebabkan perasaan takut yang agak melampau menyebabkan ibu tidak mahu kami membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi mengubati penyakitnya itu dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan kampung.

"Saya dan adik beradik yang lain sudah beberapa kali memujuknya supaya mendapatkan rawatan di hospital kerana bimbang keadaannya menjadi semakin parah. Namun, ibu tetap dengan pendiriannya kerana perasaan takut apabila diberitahu oleh doktor mengenai prosedur untuk rawatan bagi pesakit kanser.

"Tiga puluh tahun lalu, arwah ayah, Mohammaf Jaafar meninggalkan kami disebabkan penyakit kanser hati dan kini ibu pula menderita penyakit kanser hidung. Saya dan adik beradik yang lain serta cucu-cucunya sentiasa memberikan kata-kata semangat supaya dia kuat untuk melawan penyakitnya itu" katanya.

Katanya, setiap bulan dia perlu memperuntuk sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk membeli keperluan ibunya, termasuk lampin pakai buang, susu khas yang berharga RM160 setin, selain kos ubat-ubatan.

"Saya dan adik beradik yang lain bukan dalam kalangan orang senang. Namun, mujurlah ibu mendapat bantuan bulanan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sebanyak RM400 sebulan yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban boleh salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Darwani Muhamad atau hubunginya di talian berikut:

011-25468242
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kota Bharu - Seorang ibu muda koma selepas menjalani pembedahan menyelamatkan bayi dalam kandungan yang berusia lapan bulan apabila disa...


Kota Bharu - Seorang ibu muda koma selepas menjalani pembedahan menyelamatkan bayi dalam kandungan yang berusia lapan bulan apabila disahkan kanser payudara tahap empat.

Suaminya, Muhammad Hairi Ramli, 27, berkata, beliau hanya mampu menangis setiap kali menjenguk isteri, Noor Athirah Mohd Ariff, 24, yang sedang menjalani rawatan di Wad Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II.

"Saya terkenangkan rintihan dan kesakitan isteri sebelum dia koma. Kalau ikutkan tarikh, isteri akan melahirkan anak dalam tempoh sebulan lagi namun 10 terakhir Ramadan lalu Noor Athirah mulai lemah dan sering mengadu kesakitan."

"Tidak tahan melihat penderitaan itu saya terus memujuk dan membawanya ke hospital sebelum Aidilfitri untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Terdahulu, kisah Muhammad Hairi dan isterinya tular di Facebook dan keperitan yang dialami oleh pasangan berkenaan menyentuh hati warganet.

Menurutnya, ketika melahirkan anak sulung, Muhammad Hairil Hafsya, 2, ketulan kanser sudah ada, namun ikhtiar menerusi perubatan tradisional ketulan itu hilang.

Bagaimanapun katanya, kanser itu kembali menyerang apabila isterinya mengandung anak kedua, Muhammad Aidil Fitri dan pada malam hari raya Aidilfitri.

"Doktor menasihatkan Noor Athirah menjalani pembedahan untuk menyelamatkan anak dalam kandungan tetapi sejak itu Noor Athirah bergantung sepenuhnya kepada bekalan oksigen untuk meneruskan hidup.

"Isteri turut diuji apabila terdapat ketulan darah beku di dalam perut. Sungguhpun ujian ini amat berat namun saya tetap bersyukur kerana keluarga memberikan sokongan penuh. Buat masa ini kedua-dua anak kami dijaga oleh ibu saya, Azimah Harun," katanya.

Muhammad Hairi yang menyewa rumah di Kampung Limbat, Pasir Tumbuh di sini mengakui mengalami masalah kewangan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu.

Katanya, sejak itu dia banyak berehat apabila tidak dapat keluar bekerja sebagai pembantu kedai di Pasar Borong Wakaf Che Yeh selain terpaksa menjaga isteri yang sakit.

"Sejujurnya saya memerlukan sedikit sumbangan untuk membiayai kos rawatan dan pembedahan isteri yang dianggarkan mencecah puluhan ribu ringgit," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun bank berikut atas nama Noor Athirah Mohd Ariff:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kota Bharu - Seorang ibu tunggal terpaksa menanggung derita apabila ketumbuhan di mata kanannya kini membesar sehingga menutup bola mata...


Kota Bharu - Seorang ibu tunggal terpaksa menanggung derita apabila ketumbuhan di mata kanannya kini membesar sehingga menutup bola matanya akibat kanser mata yang dideritainya sejak setahun lalu.

Mohamad Saupi Yusof, 36, berkata, pada awal tahun lalu, ketumbuhan pada bahagian mata kanan ibunya, Che Meriam Idris, 65, hanya sebesar saiz biji kacang, namun dalam tempoh dua hingga tiga bulan, ketumbuhan berkenaan semakin membesar dan saiznya kini boleh dianggap seperti bola tenis.

Anak keempat daripada lima beradik ini berkata, pada awalnya dia hanya menganggap bengkak di bahagian mata kanan ibunya itu adalah bengkak biasa memandangkan dia mempunyai penyakit resdung dan membawanya mendapatkan rawatan di klinik.

"Bagaimanapun, selepas beberapa bulan, saya melihat bengkak di mata ibu semakin membesar seperti ketumbuhan kanser dan bimbang ia menjadi semakin serius, saya membawa ibu mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu pada November tahun lalu.

"Sebelum ibu disahkan menghidap kanser, doktor mengambil sampel biopsi pada bahagian hidung sebanyak dua kali dan jika mengikut perancangan doktor, ibu sepatutnya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mata pada Januari lalu, namun disebabkan perasaan takut, ibu enggan melakukannya.

"Setakat ini, ibu tidak membuat sebarang rawatan lanjut termasuk rawatan kimoterapi. Saya dan adik beradik yang lain, sudah beberapa kali memujuk ibu supaya meneruskan rawatan di hospital kerana bimbang kanser itu semakin mengganas, tetapi ibu tidak mahu sebaliknya mahu mengubati penyakitnya itu menggunakan kaedah perubatan secara tradisional," katanya di rumahnya di Kampung Baru Pantai Mek Mas.

Mohamad Saupi berkata, lebih menyedihkan lagi, sejak dua minggu lalu ketumbuhan berkenaan mula pecah sehingga menyebabkan mata kanan ibunya seakan berlubang dan terpaksa menutupnya setiap masa dengan kain bagi mengelakkan jangkitan serta dihinggap lalat.

"Bagi memastikan tidak ada jangkitan, saya akan mencuci luka ini sebanyak tiga kali sehari menggunakan kapas dan juga air suling yang dibeli di farmasi.

"Pada setiap bulan, saya perlu membelanjakan lebih RM1,000 untuk membeli keperluan ibu termasuk alatan mencuci selain susu khas dan kos perubatannya. Wang bantuan bulanan yang diperolehi daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sebanyak RM400 sebulan sedikit sebanyak dapat menampung beban yang ditanggung," katanya.

Katanya, dia yang sebelum ini bekerja sebagai jurujual di Pasaraya Aeon terpaksa berhenti sejak lebih setahun lalu disebabkan kaunter perkhidmatan pelanggan yang dijaganya ditutup dan pada masa sama, ibu pula sakit dan memerlukan orang untuk menjaganya di rumah.

"Sejak berhenti kerja, saya menjaga ibu sepenuh masa apatah lagi keadaan mata kanannya yang sudah tidak dapat melihat akibat kanser. Bagi membeli keperluan ibu, saya hanya mengharapkan bantuan bulanan yang diperolehi dari MAIK dan juga sedekah orang yang datang menziarah memandangkan adik-beradik yang lain hanya bekerja kampung selain mempunyai tanggungan.

"Saya amat harap orang ramai dapat membantu meringankan beban kami terutamanya dalam mengurangkan beban membeli barang keperluan perubatan ibu," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun bank berikut atas nama Che Meriam Idris atau menghubunginya di talian:

019-2184182
Progress:

RM10 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Kota Bharu - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat. Ibarat peribahasa sudah jatuh ditimpa pula tangga, anak kepada sahabat saya Adik Fa...



Kota Bharu - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat. Ibarat peribahasa sudah jatuh ditimpa pula tangga, anak kepada sahabat saya Adik Fateh Aqil bin Nazmee adalah seorang pesakit leukimia dan pesakit termuda yang disahkan positif virus covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak yang melanda seluruh dunia itu yang sudah masuk fasa kedua di Malaysia.

Saudara Nazmee adalah sahabat sy semasa belajar di SMKA Falahiah Pasir Pekan. Bapa muda kepada 3 orang anak kecil. Sahabat yang sama sama kulu kilir. Fly bersama ke masjid bersama. Dia menetap di Pinggiran Batu Cave, so dekatlah dgn aku dan Dia sentiasa lepak minum bersama.

Bulan 9 tahun lepas, anaknya Fateh Aqil disahkan menghidap leukimia. Dugaan mula melanda. Ujian demi ujian kena hadap. Adik Fateh perlu dirawat segera. Saban hari saban malam memikirkan kesihatan anak. Ye lah, bapa muda, aku pun bapa muda, anak anak kecil jatuh sikit kita dah kenaling. Amek peluk gosok anak yg sakit.

Kemudian adik Fateh ditempatkan di HUSM KUBANG KERIAN utk rawatan lanjut. Dugaan kedua melanda, isterinya terpaksa berhenti kerja krn perlu menjaga anak yang sakit. Ditambah pula perlu menjaga 2 lagi anak kecil yg lain.

Ujian ketiga datang, anak ditahan diwad selama sebulan. Siapa nak jaga 2 lagi anak di rumah? Si ayah mengambil keputusan utk ambil unpaid leave. Dialah yang menjaga anak di hospital selama sebulan. Dialah ayah, dialah emak. Menangis aku terbayangkan keperitan yang dihadapi.

Unpaid leave selama 3 bulan. Tiada sumber pendapatan langsung. Hanya mengharapkan ihsan dari keluarga terdekat. Allahu. Kita yg hilang pendapatan selamat 2 minggu pun dah terasa perit.

Bulan 12 perlu kembali bekerja, ujian menimpa lagi. Rumah di landa banjir. Terpaksa delay lagi sebulan. MasyaAllah. Bulan 1 2020 kembali bertugas. Sistem pejabat pula tak update. Lagi sebulan tiada gaji. 5 bulan tiada punca pendapatan.

Dan apabila kembali bertugas di KL, si ayah terpaksa berulang alik ke Kota Bharu setiap minggu. Hanya demi anak anak. Siapa tak sayang anak? Lagi lagi anak yang sakit dan berjauhan. Aku tinggalkan anak sehari pun dan rindu anak. Balik kerja anak terus berlari datang peluk kita.

Dan kini. Ujian paling getir, anaknya disahkan positif Covid-19. Pesakit termuda di Malaysia. Perasaan bercampur baur. Aku tanya mcm mana boleh terkena? Katanya anaknya antibodi terlalu lemah krn kanser. Debu sedikit dah boleh demam. Jd mungkin selama berulang alik di hospital terkena jangkitan.

Kini adik Fateh Aqil dikuarantin bersama ibunya manakala si ayah menjaga 2 lagi anak di rumah. Mohon dititipkan doa utk adik Fateh Aqil.

Kepada sahabat Falahiah. Marilah kita membantu sahabat kita. Siapa lagi nak bantu kalau bukan kita. Mungkin kali ini giliran kita utk membantu, mungkin dilain masa giliran kita untuk dibantu. Siapa tahu.

Kami Falahians spm batch 2004 kini lancarkan tabung kilat utk adik Fateh Aqil yang memerlukan dana untuk rawatan. Dan juga untuk membantu saudara Nazmee yg kini hilang sumber pendapatan. Tidak dapat menderma tak ape, share tanda sokongan untuk adik Fateh Aqil pun sudah memadai.

Oh yee. Sahabat sy saudara Nazmee amat amat berterima kasih kepada semua rakan rakan, sahabat handai rakan taulan dan seluruh rakyat Malaysia yang berdoa utk kesihatan anaknya.

Bantuan boleh dibuat terus kepada akaun bank berikut atas nama Nazmee Hamid:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kota Bharu - Bagaikan peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang begitulah bagi kebanyakan keluarga daif di Malaysia dit...



Kota Bharu - Bagaikan peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang begitulah bagi kebanyakan keluarga daif di Malaysia ditambah dengan tekanan ekonomi negara yang tidak menentu. Jika kita merasa kehidupan kita susah, ingatlah masih ramai lagi yang diuji dengan kesusahan yang mungkin kita sendiri belum tentu boleh menghadapinya.

Rasa sebak kisah yang dikongsi tentang seorang remaja berusia 16 tahun yang terpaksa tinggalkan zaman persekolahan untuk membantu keluarga.

Remaja ini tinggal di Kampung Kota Jembal, Kelantan terpaksa berhenti sekolah sejak beberapa tahun lalu demi menjaga ayahnya yang lumpuh akibat angin ahmar. 

Alif Iqbal Fauzi bekerja sebagai penjual jagung madu di pasar malam untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga dan juga menanggung persekolahan tiga adiknya yang berada ditadika dan sekolah rendah.

Disebabkan penyakit diabetes yang dihadapi oleh ayahnya, dia juga perlu menyediakan keperluan ubat ubatan ayahnya yang dianggarkan lebih kurang RM3000 sebulan termasuk lampin pakai buang. 

Allahu beratnya dugaan keluarga ini. Manakala ibunya, Noor Razira Seman tidak mampu untuk menukar lampin ayahnya seorang diri jadi dia akan pulang ke rumah untuk membantu ibunya selepas menghantar adik-adiknya ke sekolah sebelum keluar semula untuk berkerja. 

Walaupun minat terhadap bidang automotif, namun Remaja ini terpaksa melupakan seketika hasratnya untuk belajar kerana perlu memikul tanggungjawab sebagai anak sulung. Rata-rata netizen mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan oleh Allah.

Semoga urusan Remaja ini dan keluarganya dipermudahkan dan teruskan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kerana insyaAllah hidup akan lebih diberkati. 

Kalau ada yang lalu di kawasan adik ini berniaga, sama-samalah kita bantu mereka dengan membeli jualan jagung mereka. 

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian ke akaun bank berikut atas nama Norazira Seman atau hubunginya:

013-9957775
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kota Bharu - Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Itulah gambaran nasib seorang ibu tunggal dari Kampung Kubang Pal...



Kota Bharu - Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Itulah gambaran nasib seorang ibu tunggal dari Kampung Kubang Palas, Banggu, yang terlantar dan perlu diuruskan oleh anak lelakinya.

Rosmaziah Ismail, 36, berkata, dia tidak mampu menguruskan keluarga dan diri sendiri selepas terbabit dalam kemalangan di Pasir Tumboh dua tahun lalu apabila motosikal ditunggang anak lelakinya, Mohd Adam Haikal Abdullah, 19, dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Rantau Panjang ke Kota Bharu.

Katanya, bimbang jangkitan luka pada kaki kanannya merebak ke bahagian jantung yang boleh merisikokan nyawa, doktor memotong kaki kanannya sehingga ke paras lutut.

“Selang beberapa bulan kemudian, saya sekali lagi diuji apabila diserang angin ahmar pada sebelah kiri badan dan hanya mampu mengengsot untuk bergerak,” katanya di rumah tumpangan di Kampung Kubang Palas.

Terdahulu, keluarga ini menerima kunjungan daripada I Medikel Pharmacy Sdn Bhd yang turut menyampaikan sumbangan keperluan harian, wang tunai dan juga kerusi roda untuk meringankan beban keluarga ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan I Medikel Pharmacy Sdn Bhd, Hasnah Zakaria; Pengerusi Info Semasa Kubang Kerian, Mohamad Afandi Mohamad dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan, Wan Zulman Wan Hassan.

Lebih malang, pada akhir tahun lalu, suami Rosmaziah mengambil keputusan untuk berpisah dan Rosmaziah kini diuruskan sepenuhnya oleh Mohd Adam Haikal.

Rosmaziah turut mempunyai dua anak hasil perkahwinan kedua termasuk anak berusia 14 tahun yang kini berada dalam jagaan bekas suaminya, manakala anak bongsu berusia lapan tahun meninggal dunia tahun lalu kerana menghidap penyakit jantung berlubang.

Katanya, selain bergantung dengan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM250, Mohd Adam Haikal juga mengambil upah menjaga dusun penduduk kampung dengan kadar upah RM250 seminggu.

“Dalam sebulan, saya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM1,000 untuk membeli lampin pakai buang selain makan dan minum harian kami dua beranak,” katanya.

Katanya, kini kedua-dua belah matanya juga kabur disebabkan penyakit kencing manis kronik dan darah tinggi.

“Saya perlu bergantung sepenuhnya kepada ubat dibekalkan oleh pihak hospital dan setiap kali menghadiri temujanji di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Yayasan Orang Kurang Upaya akan datang mengambil dan menghantar saya di rumah.

“Sejak seminggu lalu, saya dan anak menumpang di rumah jiran buat sementara waktu memandangkan rumah yang didiami kami sebelum ini sedang dalam proses baik pulih berikutan terlalu uzur,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohd Adam Haikal di talian:

018-9123286
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kota Bharu - Bersama mengejar pahala akhirat di dunia. Memohon sumbangan dana bagi pembinaan Masjid Putra Taman SBJ Putra, Pasir Pekan y...


Kota Bharu - Bersama mengejar pahala akhirat di dunia. Memohon sumbangan dana bagi pembinaan Masjid Putra Taman SBJ Putra, Pasir Pekan yang masih dalam pembinaan dan tidak mencukupi dananya untuk menampung kos keseluruhan pembinaan masjid dengan sempurna.


Bagi memenuhi keselesaan para jemaah serta meningkatkan lagi keluasan masjid yang mana bilangan jemaah semakin bertambah, kos pembinaan Masjid Putra perlulah lancar agar dapat menyiapkan pembangunan baru masjid ini.



Sumbangan tuan puan amat kami hargai. Semoga tuan puan dicucuri rahmat Allah SWT. Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafanNya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya."
Hadis Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad

Semoga sumbangan anda dirahmati Allah SWT. Sedekahlah selagi maut belum menjemput.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh terus salurkan ke akaun bank masjid atas nama Tabung Pembangunan Masjid Putra atau hubungi:

Masjid Putra
019-9398181
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Kota Bharu - Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hanya mampu terlantar selepas disahkan lumpuh akibat mengalami demam panas ketika ber...


Kota Bharu - Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hanya mampu terlantar selepas disahkan lumpuh akibat mengalami demam panas ketika berusia 10 bulan.

Akibatnya, badan Mohamad Shahril Arsyad Mohd Rosbaidi, menjadi kejang serta disahkan menghidap penyakit saraf atau Acute Necrotising Encephalopathy Of Childhood (ANEC).

Ibunya, Sareha Ismail, 46, berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu dilahirkan normal, namun kini anaknya terlantar dan tidak boleh bertutur seperti kanak-kanak lain, selain kerap diserang sawan.

“Saya perlu memberi sepenuh perhatian kepada anak kerana dia seperti bayi, dia hanya boleh disuap makanan lembut seperti nasi air dan bubur.

“Sementara lehernya perlu ditampung ketika diberi susu bagi mengelakkan tersedak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh, Badang, Jalan PCB, Kota Bharu, hari ini.

Sareha berkata, sebagai ibu dia sentiasa berharap anaknya dapat berjalan.

Sehubungan itu, dia memohon bantuan untuk membeli kerusi roda khas bagi sokongan leher yang disyorkan oleh doktor bernilai RM10,000.

“Kerusi roda itu akan diubahsuai untuk menyokong kepala, bahagian leher dan tulang belakang anak yang tidak boleh ditegakkan.

“Kami memerlukan kerusi roda khas untuk membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya.

Suri rumah itu berkata, setiap bulan dia perlu memperuntukkan kos RM1,000 untuk membeli lampin pakai buang, susu khas dan kos ulang-alik ke HRPZ II untuk fisioterapi.

Katanya, dia bersyukur kerana mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350 sebulan di samping pendapatan suaminya, Mohd Rosbaidi Mohamad Nor, 48, yang bekerja sebagai buruh RM1,000 sebulan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Mohd Rosbaidi Mohamad Nor atau hubunginya:

013-9263446
Progress:

RM0 raised

Goal: RM10000



blog counter views

Kota Bharu - Seorang ibu tunggal dari Kampung Sabak, di Kota Bharu, mengharapkan simpati orang ramai selepas hilang punca pendapatan ber...


Kota Bharu - Seorang ibu tunggal dari Kampung Sabak, di Kota Bharu, mengharapkan simpati orang ramai selepas hilang punca pendapatan berikutan penyakit tuberkulosis atau tibi yang dihidapinya sejak dua tahun lalu.

Menurut Mariam Mat Deris, 53, ketika masih sihat, dia bekerja di tempat pemprosesan keropok yang terletak berdekatan rumahnya dengan kadar upah RM50 sehari untuk menyara keluarga.

Katanya, selepas disahkan menghidap penyakit itu, dia kini tidak lagi mampu melakukan sebarang pekerjaan kerana badannya akan berasa cepat letih.

Pada masa sama katanya, dia perlu berulang-alik ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa dengan menaiki bas bagi mendapatkan rawatan dan mengambil ubat pada setiap bulan.

"Saya tidak mahu menyusahkan anak-anak yang lain kerana ada antara mereka yang tidak bekerja dan jika ada kerja pun hanya sekadar cukup untuk makan minum mereka sahaja.

"Kini, selain perlu menampung keperluan diri dan ubatan, saya juga perlu menyara anak bongsu, Nur Dariana Abdullah, 11, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sabak," katanya di rumahnya di Kampung Sabak, di Kota Bharu.

Selain Nur Dariana, dia mempunyai lima anak lain dengan ada yang sudah bekerja dan mempunyai keluarga masing-masing.

Mariam berkata, dia sebelum ini mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, namun suami pertamanya meninggal dunia 12 tahun lalu selepas terjatuh ke dalam kolam ikan.

Dia kemudian berkahwin kali kedua tetapi bercerai sejak 10 tahun lalu.

"Bagi meneruskan kelangsungan hidup, kini saya bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan yang diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM100 sebulan.

"Saya akui bantuan ini tidak mencukupi, dan ada kalanya bagi mengalas perut, saya dan anak-anak hanya makan nasi kosong bersama kicap atau biskut kering dicicah dengan teh kosong jika kesempitan wang.

"Mujurlah anak bongsu memahami kesusahan yang dialami dan dia tidak pernah meminta-minta kerana mengetahui saya tidak mampu untuk menunaikan permintaannya," katanya.

Katanya, lebih menyedihkan lagi, sejak 40 tahun lalu mereka sekeluarga juga terpaksa mengharungi lumpur untuk masuk ke kawasan rumah disebabkan air pantai berdekatan.

"Justeru itu, saya amat berharap ada pihak boleh membantu untuk meletakkan pasir atau batu di kawasan hadapan rumah untuk memudahkan kami dan orang lain keluar masuk tanpa perlu mengharungi becak lagi," katanya.

Mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun bank berikut atas nama Mariam Mat Deris atau menghubunginya:

011-14177602
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kongsi Portal Ini