KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kelantan

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label kelantan. Papar semua catatan

KOTA BHARU – Tak lagi hiraukan rasa malu dan tanggapan orang sekeliling, menjadi satu rutin bagi Rosilawati Ramli , 37 untuk mengutip ...



KOTA BHARU – Tak lagi hiraukan rasa malu dan tanggapan orang sekeliling, menjadi satu rutin bagi Rosilawati Ramli, 37 untuk mengutip sisa makanan di pasar, dekat sini bagi mengisi perut anak-anaknya yang menunggu di rumah.

Ibu tunggal ini akan ke Pasar Minggu di Kampung Kedai Lalat setiap minggu untuk mengutip sisa sayur, buah dan lauk yang tidak boleh dijual untuk dibawa pulang.

Menurut Rosilawat, terdapat segelintir peniaga baik hati yang memberikan makanan kepadanya, malah ada juga makanan yang dikutipnya di tong sampah asalkan dirasanya masih boleh dimakan dan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Babong, Sering di sini.

“Malu dan sedih sudah tidak saya pedulikan lagi asalkan perut anak terisi kerana saya tidak mampu menyediakan makanan sedap untuk mereka.

“Kelengkapan dalam rumah seperti tilam, bantal termasuk pakaian juga kebanyakannya diperoleh daripada tong sampah,” katanya yang sudah menjadi ibu tunggal selepas bercerai dengan suami sejak dua tahun lalu.

Rosilawati mengambil upah mencuci rumah penduduk kampung selama dua jam sehari untuk lima hari seminggu dengan bayaran RM10 sejam bagi menampung kehidupannya bersama empat anaknya yang berusia dua hingga 12 tahun.

Bagaimanapun, Rosilawati melakukan kerjanya hanya pada sebelah petang kerana terpaksa menunggu anaknya Asmida Taqifah Ahmad Rusidi, 12, yang belajar di Tahun Enam di sebuah sekolah pulang terlebih dahulu untuk menjaga anak bongsunya yang berusia 2 tahun.

Lebih memeritkan apabila mereka berlima kini terpaksa menumpang di rumah jiran untuk beberapa hari kerana terpaksa keluar dari rumah sewa selepas tidak mampu untuk menjelaskan hutang bil elektrik yang mencecah hampir RM700.

“Saya ada dapat rumah sewa sekitar RM200-RM250 tapi tuan rumah meminta wang deposit dua bulan, manalah saya mampu,” katanya yang turut menerima bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan untuk dua anaknya yang masih bersekolah.

Nasib yang menimpa Rosilawati sekeluarga mendapat perhatian Yayasan Amal Datuk Zul Wisma yang hadir melawat dan memberikan sumbangan melalui pengerusinya Datuk Dr Zulkepli Mohamed.

Jelas Zulkepli, pihaknya akan cuba sedaya upaya bagi membantu keluarga Rosilawati termasuk menyediakan rumah kediaman sekiranya Rosilawati mempunyai tanah dan cuba mencari rumah sewa dan membantu membayar sewa bulanannya jika sebaliknya.

KOTA BHARU – Seorang ibu sarat mengandung berdepan dugaan berat apabila bayi perempuannya berusia setahun disahkan menghidap kanser tisu ...


KOTA BHARU – Seorang ibu sarat mengandung berdepan dugaan berat apabila bayi perempuannya berusia setahun disahkan menghidap kanser tisu tahap empat sejak Mei lalu.

Siti Nur Ashima Makhatar, 28, yang sedang hamil anak keempat tidak dapat menahan pilu melihat bayinya, Nur Syifa Aulia Mohd Firdaus sering menangis kesakitan.

Beliau berkata, pada mulanya, Nur Syifa Aulia diserang demam berpanjangan pada April lalu sebelum timbul benjolan di kiri leher yang kemudian semakin membesar.

“Saya membawa Nur Syifa Aulia ke klinik berhampiran rumah dan doktor memberikan ubat antibiotik. Namun apabila melihat keadaan anak masih tidak berubah, saya membawanya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

“Selepas pemeriksaan dan sampel diambil, doktor mengesahkan Nur Syifa Aulia menghidap kanser tisu,” katanya ketika ditemui di HUSM, di sini.

Siti Nur Ashima berkata, sejak Mei lalu, bayinya itu sudah tujuh kali menjalani rawatan kemoterapi tetapi keadaan dilihat tidak banyak berubah.

“Malah, benjolan di leher semakin membesar setiap hari dan kini anak saya terpaksa bergantung dengan susu kerana tidak mampu menelan makanan,” katanya.

Katanya, beliau pernah berasa amat tertekan melihat penderitaan ditanggung Nur Syifa Aulia sehingga terfikir ketika itu untuk menggugurkan kandungan.

“Mujurlah saya masih waras dan diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus bersabar.

“Saya dijangka bersalin pada Disember ini, namun akan terus menjaga Nur Syifa Aulia walaupun ketika berpantang kerana tiada pilihan lain,” katanya.

Siti Nur Ashima berkata, suaminya, Mohd Firdaus Abdul Rahim, 32, terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan kerana perlu berulang-alik dari rumah mereka di Kampung Kubang Golok, Bachok, ke hospital dengan menunggang motosikal serta menjaga dua lagi anak berusia lapan dan tiga tahun.

Dalam pada itu, beliau berkata, mereka baru menerima bantuan Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-kanak (PEKA) HUSM dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk menampung kos rawatan Nur Syifa Aulia.

“Bagaimanapun, untuk susu dan lampin pakai buangnya, saya perlu menggunakan duit sendiri yang kini diperoleh hasil bantuan keluarga dan orang ramai,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam: 03111020184189 milik Siti Nur Ashima. – BH

KEMISKINAN suami isteri bersama 10 anak di Kampung Chenderong Batu di Tumpat, semakin menghimpit sehingga menyebabkan anaknya terjejas un...


KEMISKINAN suami isteri bersama 10 anak di Kampung Chenderong Batu di Tumpat, semakin menghimpit sehingga menyebabkan anaknya terjejas untuk melanjutkan pelajaran.

Roslan Zakaria, 55, yang memperoleh sumber pendapatan sebagai tukang urut dan pencari akar kayu, buntu memikirkan bagaimana lagi cara untuk menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan sembilan anaknya yang masih bersekolah.

Anak sulungnya, Mohd Nazirul Hakim, 20, terpaksa menangguhkan hasrat untuk melanjutkan pelajaran di Pusat GiatMARA Tumpat Ahad lalu kerana kesempitan hidup.

Roslan berkata, anak keduanya pula, Siti Nor Rushainie, 18, terpaksa melepaskan peluang melanjutkan pengajian ke Matrikulasi berikutan kekangan kewangan dan memilih Kolej Komuniti Pasir Mas sebagai pilihan kedua.

“Dua anak lagi yang akan memperoleh keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) Disember ini mungkin tidak dapat berbuat demikian kerana yuran kecemerlangan sekolah masing-masing belum dilunaskan.

“Begitu juga anak ketiga yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mana yuran kecemerlangan sekolahnya sebanyak RM150 tidak mampu lagi dibayar dan biarpun semua bayaran itu tidak banyak tapi apabila dikumpulkan, ia menjadi jumlah yang besar buat kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Tumpat.

Menurutnya, anaknya tidak membawa wang saku ke sekolah sebaliknya hanya dibekalkan nasi berlauk berharga RM2 yang dibeli dalam perjalanan ke sekolah.

“Setiap anak hanya memiliki sepasang pakaian sekolah yang akan terus dipakai biarpun lusuh dan koyak,” katanya.

Roslan berkata, dia juga perlu membayar sewa rumah sebanyak RM150 sebulan serta membeli dua gelen air bersih setiap hari untuk memasak dengan kos sebanyak RM5.

“Di rumah, kami bergantung dengan sumber air dari perigi yang dipam menggunakan enjin yang digunakan untuk mandi dan membasuh sahaja,” katanya

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan di akaun Maybank 153104228464 milik Muhammad Nazirul Hakim.

JELI - Bayi derita masalah usus pendek memerlukan sekurang-kurangnya RM30,000 bagi mendapatkan beberapa peralatan dan kelengkapan khas ba...


JELI - Bayi derita masalah usus pendek memerlukan sekurang-kurangnya RM30,000 bagi mendapatkan beberapa peralatan dan kelengkapan khas bagi membolehkan dia menjalani rawatan di rumah.

Ibunya, Che Rosniarma Mohamad Nor, 31 berkata, kelengkapan dan peralatan tersebut amat diperlukan anaknya, Nur Aisyah Aleesa Mohd Azreen yang kini berusia setahun lapan bulan sekali gus mengurangkan kebergantungannya terhadap hospital.

"Sebelum ini Aisyah pernah menghuni Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu sejak dilahirkan hingga usianya setahun dua bulan.

"Saya minta izin untuk pulang ke rumah di Ayer Lanas di sini, kerana memikirkan kos yang terpaksa ditanggung, memandangkan saya tidak bekerja dan pendapatan suami yang tidak menentu," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun Aisyah tetap perlu dirujuk ke hospital berkenaan terutama jika kondisinya memerlukan pemantauan dari pasukan perubatan.

Mengulas lanjut, Rosniarma berkata, ketika dilahirkan usus anak sulungnya itu dikatakan tersumbat sehingga memaksa dia dibedah seawal usianya 13 hari.

"Pembedahan kali pertama untuk membuang bahagian yang bermasalah menyebabkan usus Aisyah kini pendek dan disahkan menghidap Short Bowel Syndrome (sindrom usus pendek)," katanya.

Tambahnya, disebabkan sindrom dihadapinya itu, Aisyah perlu menjalani rawatan pemakanan parenteral atau Total Parenteral Nutrition (TPN) bagi mengatasi masalah kekurangan zat sehingga memaksa dia menjadi penghuni tetap di hospital berkenaan.

Che Rosniarma berkata, kos RM30,000 itu diperlukan untuk dia dan suami, Mohd Azreen Ibrahim, 27 menyediakan kelengkapan bagi membolehkan Aisyah menjalani TPN di rumah.

"Antara yang diperlukan termasuk katil berpagar, sinki yang mempunyai elbow tap, penyaman udara, peti dan troli meja serta beberapa kelengkapan lain," katanya.

Dalam pada itu, Rosniarma berkata, Aisyah kini sedang dirawat di Wad Anggerik HRPZ II selepas dimasukkan ke hospital berkenaan hujung Oktober lalu disyaki jangkitan dalam darah.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyumbang, boleh menyalurkannya melalui akaun Maybank Che Rorniarma (162143198084) atau menghubunginya di talian 0132726746.

Bapa bergantung oksigen 24 Jam Pasir Mas, Kelantan - Sayoti Mat Taib 55, bapa kepada empat anak ( 7 - 21 tahun) ini disahkan mengidap...


Bapa bergantung oksigen 24 Jam

Pasir Mas, Kelantan - Sayoti Mat Taib 55, bapa kepada empat anak ( 7 - 21 tahun) ini disahkan mengidap kanser paru paru (tahap 3B) dan perlu bergantung pada oksigen 24 jam serta tidak dapat lagi bekerja.

Kos keperluan khas beliau mencecah RM2,000 sebulan termasuk susu dan sewa oksigen.

Keperluan keluarganya kini hanya bergantung pada sumbangan jiran dan sanak saudara namun tidak mencukupi untuk keperluan khasnya itu.

Menurut isterinya Rohani Ab Ghani, buat masa ini keluarganya belum menerima sebarang bantuan bulanan dari mana-mana pihak berwajib.

Petang tadi wakil KELSS menyantuni keluarga ini di Kg Gelam, Tok Uban sambil hulurkan sedikit sumbangan.

Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menyumbang kepada Rohani Ab Ghani (Isteri):

010-825 4483
https://www.bankislam.biz/rib/login/landing#

KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal empat anak dihimpit kesusahan dan terpaksa tinggal di dalam sebuah stor deretan kedai di depan bangunan ...


KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal empat anak dihimpit kesusahan dan terpaksa tinggal di dalam sebuah stor deretan kedai di depan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad di Jalan Long Yunus.

Lebih menyedihkan, bilik stor tersebut terletak berhampiran tangki najis yang menjadi “taman permainan” anak-anak Najwa Lipayang, 31, yang berusia antara dua hingga 10 tahun.

Turut tinggal bersama mereka, ibu Najwa, Ruzana Amat, 53.

Najwa yang berasal dari Thailand dan berkahwin dengan lelaki tempatan dikurniakan empat cahaya mata, Nur Airis Natasha Mohd Khalis, 10, Muhamad Hafiz Danial, 6, Muhamad Hazim, 4 dan Nur Aina Syuhada, 2, kesemuanya memiliki sijil kelahiran Malaysia.

Pasangan suami isteri itu, bagaimanapun bercerai pada Januari lalu, menyebabkan Nawja hilang tempat bergantung.

Kerana kesempitan hidup itu juga, Nur Airis Natasha dan Muhamad Hafiz Danial berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk ke Sekolah Sultan Ismail 2 selain kadang kala dihantar oleh nenek mereka.

Najwa berkata, stor yang menjadi tempat tinggal mereka itu ditumpangkan tanpa bayaran, namun malangnya perlu dikosongkan pada penghujung bulan ini.

“Stor inilah tempat kami tidur, walaupun tidak ada bilik, tiada tandas, tapi kami masih boleh berteduh dan berehat di sini.

“Kalau mandi kami mandi di luar sebab di sini tidak ada bilik air dan tandas kami tumpang milik bangunan kedai, tetapi selepas ini tidak tahu apa nasib kami kerana sudah tiada tempat tinggal,” katanya.

Menurutnya, dia ada mencari rumah sewa, namun perlu memikirkan kemampuan untuk menjelaskan bayaran bulanannya kerana hanya bekerja sebagai pembantu gerai.

“Pendapatan saya hanya RM20 hingga RM25 sehari bergantung kepada keuntungan jualan dan duit itulah yang digunakan untuk membeli lauk pauk dan makanan kepada anak-anak.

“Kadang-kadang kalau tidak ada duit sangat, saya bagi anak-anak sajalah makan nasi bersama lauk, saya pula makan nasi dengan kuah sahaja pun tidak apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian ke stor berkenaan menimbulkan rasa kagum terhadap wanita itu kerana menitik beratkan aspek kebersihan dengan baju-baju yang didermakan orang ramai kepada Nawja serta anak-anak berada dalam keadaan tersusun rapi.

Hanya ada sekeping tilam nipis, bantal, kipas kecil dan periuk nasi elektrik berserta sebuah meja buruk terletak kemas di bahagian masing-masing.

Menurutnya, dia sangat menghargai pemberi orang ramai dan menjaga baju itu dengan rapi selain meletakkan plastik di luar bagi mengelak habuk atau terkena kotoran.

“Saya pula suka mengemas dan diri sendiri pun selalu berhias, tetapi kerana melihat kepada pemakaian saya yang kemas ini menyebabkan kadang-kala orang salah erti dan tidak percaya saya orang susah.

“Sebenarnya ini semua baju derma dan walaupun kami dalam keadaan serba kekurangan, saya kena jaga kebersihan kerana bimbang anak terkena penyakit, takut nanti sudahlah susah, sakit pula,” katanya.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh disalurkan ke akaun Nur Airis Natasha Mohd Khalis BSN 03011-41-00008747-3 atau menghubungi Najwa di talian 016-2552846 atau menyumbang melalui:


PASIR MAS - Pengorbanan seorang guru yang bertungkus lumus mengecat bilik darjah, bagi membolehkan murid-muridnya menyertai pertandingan ...


PASIR MAS - Pengorbanan seorang guru yang bertungkus lumus mengecat bilik darjah, bagi membolehkan murid-muridnya menyertai pertandingan kebersihan dan keceriaan peringkat sekolah telah mengubah keseluruhan hidupnya.

Nik Muhammad Yusrizal Kamaruzaman, 36, yang sebelum itu bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Indah, Ampang kini lumpuh dan hilang upaya sepenuhnya sejak tujuh bulan lalu.

Semua ini berlaku apabila Nik Muhammad Yusrizal diserang asma selepas menyelesaikan kerja-kerja mengecat di sekolah yang menyebabkan dia rebah.

Ekoran kejadian itu, Nik Muhammad Yusrizal koma selama dua bulan menyebabkan dia lumpuh dan hilang upaya.

Ibunya, Tuan Nor Azizah Tuan Mat, 61, berkata, selepas kejadian itu anaknya banyak menghabiskan masa terlantar di atas katil.

"Disebabkan itu saya memerlukan perbelanjaan kira-kira RM2,000 sebulan untuk menguruskan kehidupannya.

"Nik Muhammad Yusrizal bergantung sepenuhnya kepada susu untuk meneruskan hidup yang merupakan sumber utama tenaganya.

"Satu tin susu yang bernilai RM85 itu hanya mampu bertahan selama tiga hari sahaja dan Nik Muhammad Yusrizal perlu minum setiap empat jam sekali," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Landar, Kasar di sini.

Terdahulu, Tuan Azizah menerima kunjungan dari Persatuan Prihatin Rakyat Kelantan (Prikel) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Mas.

Menurutnya, selain susu anak kedua daripada empat beradik itu perlu memakai lampin pakai buang setiap masa dan semua itu memerlukan perbelanjaan besar.

Katanya, Nik Muhammad Yusrizal menghidap penyakit asma kronik itu sejak kecil lagi dan tidak boleh terdedah kepada habuk dan debu-debu.

Mengimbau semula kejadian itu, Tuan Nor Azizah berkata, pada 24 Mac lalu dia menerima panggilan dari salah seorang anaknya yang memberitahu Nik Muhammad Yusrizal telah koma dan berada di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Katanya, Nik Muhammad Yusrizal dirawat selama dua bulan di ICU sebelum dibawa pulang ke rumah pada Ramadan lalu.

"Sejak hari itu saya hanya berkomunikasi menggunakan isyarat mata dengan Nik Muhammad Yusrizal. "Dia akan kerdipkan mata sebagai tanda memahami apa yang saya ingin sampaikan," katanya.

Tuan Nor Azizah berkata, ketika ini isteri Nik Muhammad Yusrizal yang berkerja sebagai guru berada di Kuala Lumpur bersama anaknya berusia 12 tahun.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank milik Tuan Nor Azizah 153010349681 atau melalui:


Kota Bharu: Kekerapan sakit kepala dalam tempoh dua tahun memberi petanda seorang bekas pemandu lori menghidap penyakit barah otak tahap ...


Kota Bharu: Kekerapan sakit kepala dalam tempoh dua tahun memberi petanda seorang bekas pemandu lori menghidap penyakit barah otak tahap empat.

Penyakit itu dikesan selepas Mohd Yasin Mat Said @ Muhammad, 39, yang tinggal di Kampung Gelong Gajah, Machang tidak dapat menahan sakit sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Krai, Februari lalu dan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Kakak sulungnya, Hasmirah, 47, berkata adik ketiganya itu masih bujang kini terlantar dan tidak boleh bercakap selepas menjalani tiga pembedahan di kepala termasuk membuang air.

Katanya, sebelum ini adik ketiganya normal dan kerap mengalami sakit kepala dalam tempoh dua tahun.

“Adik saya ingat sakit kepala itu biasa dan hanya mengambil ubat yang dibeli di kedai untuk menahan sakit tanpa pergi mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

“Namun, keadaannya menjadi semakin teruk Februari lalu sebelum menjalani pemeriksaan mesin pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di HUSM dan disahkan menghidap barah otak tahap empat.

“Susulan itu adik menjalani tiga kali pembedahan di kepala antara Julai hingga September lalu termasuk terakhir bagi membuang air sebelum dimasukkan wayar dari kepala disalurkan ke perut serta menjalani 20 kali rawatan kemoterapi,” katanya di sini, semalam.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun Bank Islam 03045022016391 atas nama Remelah Mat San atau melalui:

Rumah terbakar di Kota Bharu, Kelantan. Mohon bantuan segera sahabat-sahabat sekalian. Jika ada yang ingin memberi sumbangan bentuk wang...


Rumah terbakar di Kota Bharu, Kelantan. Mohon bantuan segera sahabat-sahabat sekalian. Jika ada yang ingin memberi sumbangan bentuk wang tunai buleh terus transfer ke akaun beliau:

Nama: Mohd Razani bin Awang
Bank Rakyat: 220791294481
No Tel: 0179511975
Bantuan juga boleh disalurkan melalui:



Semoga sumbangan anda boleh membantu mangsa.
Tolong share beramai-ramai. Semoga ada yang sudi membantu.

Sumber: https://goo.gl/97K4xA

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi 011-17953334

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi 011-17953334

KOTA BHARU, 25 Jun ― Sebuah keluarga 13 orang terpaksa tidur berhimpit-himpit di rumah papan rosak, reput lagi usang dekat Pasir Tumbuh ...



KOTA BHARU, 25 Jun ― Sebuah keluarga 13 orang terpaksa tidur berhimpit-himpit di rumah papan rosak, reput lagi usang dekat Pasir Tumbuh di sini.

Saadiah Samat, 63, tinggal bersama enam anak lelaki dan seorang anak perempuan, menantunya dan empat cucu di rumah berusia 30 tahun itu.

Katanya, anggota keluarganya tidur bersesak di rumah arwah suaminya yang mati 11 tahun lalu kerana mempunyai satu bilik, lapor Harian Metro.

"Bagi kami yang dewasa tidaklah kisah mengenai kesulitan tidur tetapi bagi kanak-kanak terutama yang kecil, mereka akan rasa tidak selesa," katanya.

Saadiah berkata kekangan kewangan menyebabkan beliau tidak mampu membaiki kerosakan dapur, bilik, ruang tamu termasuk lantai reput dan bumbung bocor.

Beliau berharap ada pihak sudi membantu membaiki rumahnya kerana enam anaknya itu, berusia 26 hingga 38 tahun, berpendapatan tidak menentu.

Sementara dua lagi anaknya, kini berusia 25 dan 27 tahun pula tinggal di kampung berdekatan dan juga di Johor, tambah wanita itu lagi.

Keluarganya memohon bantuan beberapa pihak untuk membaik pulih namun tiada tindakan susulan diterima. Orang ramai boleh menderma melalui:

Orang ramai yang ingin membantu boleh hubungi: No Tel: 011-3681 0278 (Ruslida)

Orang ramai yang ingin membantu boleh hubungi:
No Tel: 011-3681 0278 (Ruslida)

Orang ramai yang ingin menyumbang bagi meringankan beban keluarga ini boleh hubungi: Khatijah di talian 011-25640832


Orang ramai yang ingin menyumbang bagi meringankan beban keluarga ini boleh hubungi:
Khatijah di talian 011-25640832

KOTA BHARU : Jika anda mendakwa hidup susah, percaya atau tidak, ada yang lebih melarat. Tidak makan dua hari kerana tiada beras. Cuma ...


KOTA BHARU: Jika anda mendakwa hidup susah, percaya atau tidak, ada yang lebih melarat.

Tidak makan dua hari kerana tiada beras. Cuma RM1 untuk isi perut ke sekolah. Sama sekali tidak pernah merasa lazat ayam goreng hidangan restoran makanan segera terkenal.

Cerminan kesusahan itu menimpa sebuah keluarga di Kedai Lalat, Kota Bharu, Kelantan.

Susahnya hidup mereka, seumur hidup anak keluarga ini, yang berusia 14 dan 13 tahun, mereka tidak pernah menjamah ayam goreng hidangan restoran makanan segera terkenal.

Dua beradik ini cuma mengetahui rasa lazatnya ayam goreng itu melalui iklan di televisyen dan mendengar cerita keenakan ayam tersebut daripada rakan-rakan.

Kalau ke sekolah, pelajar Sekolah Menengah Raja Sakti ini, Mohd Ruzwan Kadir dan kakaknya Nurul Huda Hanim hanya membawa RM1 di dalam poket masing-masing.

“50 sen beli air, 50 sen lagi untuk nuget. Itu sahaja.  Esok begitu lagi. Tidak pernah saya rasa keenakan ayam goreng, hanya tahu bila tengok televisyen dan dengar daripada kawan-kawan,’’kata Mohd Ruzwan ketika ditemui di rumahnya di Kedai Lalat, Kota Bharu, Kelantan.

Sepanjang bersekolah, dua beradik ini juga tidak membawa bekal, malah tidak mengambil sarapan kerana tiada lauk.

Dalam sehari, mereka sekeluarga hanya makan sekali sahaja.

“Apa boleh buat, terpaksa ikat perut. Kalau makan juga tidak selera. Ada telur rebus dan budu, itu wajib,’’ kata Nurul Huda.

Situasi yang dialami Ruzwan dan kakaknya itu adalah disebabkan kesempitan hidup kedua ibu bapa mereka.

Bapanya Kadir Abdul Rahman, 51, mengalami penyakit saraf dan bekas pengidap angin ahmar yang menyebabkan beliau tidak mampu bekerja.

Ibunya mereka, Saemah Rashid, 50, juga tidak bekerja untuk menampung keluarga.

Sebelum ini, keluarga ini menetap di Kuantan, Pahang.

Namun, selepas pulang ke Kelantan dua tahun lalu, hidup mereka semakin melarat sehingga pada satu tahap tidak makan selama dua hari kerana ketiadaan beras.

Keluarga ini menyewa di sebuah rumah di Kampung Kedai Lalat dengan kadar RM350 sebulan.

Sebelum ini mereka mendapat bantuan Pusat Zakat Pahang, namun selepas pulang ke Kelantan, bantuan tersebut terhenti serta merta.

Keadaan daif ini dialami keluarga berkenaan sejak dua tahun selepas Kadir tidak lagi mampu bekerja disebabkan tahap kesihatannya tidak mengizinkan.

Namun, selama dua tahun, Ruzwan dan Nurul Huda enggan menceritakan masalah yang dihadapi keluarganya itu.

Mereka memendam rasa untuk tempoh yang lama sehingga kisah mereka diketahui daripada seorang rakannya yang mendedahkan keluarga ini pernah tidak makan selama dua hari kerana tiada beras untuk dimasak menjadi nasi.

Wan Fazilah Wan Yusof No Tel: 016-9374385 Nur Farah Izzati (anak)


Wan Fazilah Wan Yusof
No Tel: 016-9374385 Nur Farah Izzati (anak)

Rosila Ahmad No Tel: 019-9402448 Bank Islam : 03090020131163

Rosila Ahmad
No Tel: 019-9402448
Bank Islam: 03090020131163

Noriza Su Bank Simpanan Nasional : 0311729000145009


Noriza Su
Bank Simpanan Nasional: 0311729000145009

Masjid Pasar Bandar Bachok Maybank : 153083264684

Masjid Pasar Bandar Bachok
Maybank: 153083264684

Nik Fuziah Nik Mat Bank Islam : 03027020634018

Nik Fuziah Nik Mat
Bank Islam: 03027020634018

Nurul Aini Farahanur Agro Bank : 2001731000122473 (Muhamed Awang) No Tel: 013-7682210 (Muhamed Awang)

Nurul Aini Farahanur
Agro Bank: 2001731000122473 (Muhamed Awang)
No Tel: 013-7682210 (Muhamed Awang)

Kongsi Portal Ini