Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kelantan

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label kelantan. Papar semua catatan

Tumpat - Seorang isteri di Kampung Telaga Lanas Rindu, di sini, terpaksa melupakan hasrat untuk menyediakan juadah buat suami dan anak...


Tumpat - Seorang isteri di Kampung Telaga Lanas Rindu, di sini, terpaksa melupakan hasrat untuk menyediakan juadah buat suami dan anak-anak kerana kakinya membengkak sejak setahun lalu akibat kencing manis kronik.

Noriza Su, 37, berkata, sejak itu, dia sukar berjalan dan perlu dipapah suami, Pakri Mat Husien, 48, yang kini mengambil alih tugasnya menguruskan anak-anak dan memasak.

Katanya, dua jari kaki kanannya sudah dipotong dan kemungkinan kakinya juga akan turut dipotong sekiranya kencing manisnya tidak pulih.

"Risau bila saya fikirkan kesihatan diri. Kalau kaki buruk, kena kerat lagi. "Kini semua kerja suami yang buat. Masak, membasuh dan keluar cari nafkah untuk kami dan empat anak.

Dengan keadaan kaki ini, saya juga terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kedai," katanya. Lebih merisaukannya lagi apabila sewa rumah sudah setahun tertunggak.

"Walaupun sewa hanya RM150 sebulan, tapi disebabkan masalah kewangan, kami tak mampu jelaskan. Ditambah pula pendapatan suami yang bekerja buruh tak menentu, kadang kala hanya cukup makan saja.

"Bil elektrik juga tertunggak, itu belum dikira belanja ulang-alik ke hospital. Saya terpaksa bonceng motosikal dengan suami untuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebab kalau guna kereta sewa, tentu tambangnya puluhan ringgit," katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Noriza Su:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Bachok - Masjid Pasar Bandar Bachok mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk bahan binaan / kelengkapan masjid bagi menyiapkan masjid t...


Bachok - Masjid Pasar Bandar Bachok mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk bahan binaan / kelengkapan masjid bagi menyiapkan masjid tersebut.

Sumbangan boleh disalurkan samada dari segi wang ringgit atau kelengkapan masjid.

Orang ramai yang bermurah hati untuk menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Masjid Pasar Bandar Bachok atau hubungi AJK Masjid (W.Nawang) untuk sebarang pertanyaan:

019-9291758
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000

Pasir Mas - Biarpun ruangnya sempit, tiada bilik tidur mahu pun ruang tamu, namun itulah tempat berteduh buat seorang ibu tunggal bersa...


Pasir Mas - Biarpun ruangnya sempit, tiada bilik tidur mahu pun ruang tamu, namun itulah tempat berteduh buat seorang ibu tunggal bersama dua anaknya di Kampung Landar, Slow Machang di sini.

Bagaimanapun, Nik Fuziah Nik Mat, 56, tetap bersyukur apabila dia dan anak-anaknya, Mohd Nazmi Nazri, 21, dan Norhazwani, 18, masih mempunyai tempat untuk berteduh dari hujan dan panas walaupun perlu berhimpit di ruang dapur.

“Tempat yang kami berteduh ini kawasan dapur rumah lama ibu bapa saya. Ruang ini boleh guna lagi walaupun strukturnya sudah tak kukuh dan bumbung pula bocor.

"Saya tinggal di sini percuma dan tak perlu menyewa. Saya tinggal di sini selepas kematian suami (Nazri Yasin) pada 2014 lalu akibat jangkitan kuman,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, dia sekeluarga tinggal di rumah sewa, namun berpindah selepas tidak mampu membayar sewa bulanan sebanyak RM80.

Katanya, semasa Allahyarham suaminya masih hidup dengan pendapatan sebagai pengawal keselamatan, mereka masih mampu untuk menyewa rumah berkenaan.

Nik Fuziah berkata, ketika ini dia bergantung sepenuhnya kepada pendapatan sebagai tukang masak di sebuah pusat tahfiz. "Saya dapat upah RM25 sehari. Cukuplah untuk perbelanjaan dapur serta anak-anak saja.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Nik Fuziah Nik Mat:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Gua Musang - Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah gambaran kasih sayang ayah saat anaknya diuji dengan penyaki...


Gua Musang - Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah gambaran kasih sayang ayah saat anaknya diuji dengan penyakit misteri.

Sambil mengusap kepala dan tangan anak gadisnya, Nurul Aini Farahanur, 20, air mata warga emas, Muhamed Awang, 69, turut bergenang memikirkan nasib anak bongsunya.

Kisah mengenai Farahanur atau lebih mesra disapa Anum ini pernah dipaparkan pada April tahun lalu di mana penyakit misteri yang dihidapinya menyebabkan seluruh badan seakan melecur.

Lebih setahun menderita, tahap kesihatan Anum semakin menunjukkan perkembangan yang baik apabila dia sudah boleh menguruskan diri sendiri untuk ke bilik air.

"Alhamdulillah, dengan doa dan usaha ramai pihak, Anum makin sihat. Saya menjaga Anum sendiri kerana enam anak yang lain berkeluarga dan bekerja di bandar.

"Sebelum ini, Anum berada di Kuala Lumpur bersama kakaknya selama tiga bulan dan baharu empat bulan pulang ke kampung.

Orang ramai yang ingin membantu Nurul Aini Farahanur boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut milik Muhamed Awang atau hubunginya:

013-7682210
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang menderita penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah sejak beru...


Kota Bharu - Keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang menderita penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah sejak berusia dua bulan memohon bantuan untuk rawatan lanjut.

Ibunya, Siti Nurarfa Abdullah, 27, berkata, penyakit anaknya, Muhammad Aminrudin Mat Reduan yang lebih dikenali sebagai Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD) itu mengakibatkan kulitnya menggelembung, bernanah dan berdarah sebelum menjadi kudis di bahagian tangan dan kaki.

Katanya, penyakit itu dikesan sejak anaknya itu dilahirkan dan hanya pada usia dua bulan kulit anaknya menggelembung dan bernanah.

"Setiap masa anak ketiga daripada empat beradik itu tidak suka memakai baju apabila berada di rumah kerana bimbang luka di kulitnya melekat. Apabila gatal, dia akan menggaru perlahan-lahan dan berhati-hati kerana risau luka.

“Walaupun Aminrudin tidak pernah menunjukkan kesakitan yang dialami namun melihat keadaan kulitnya itu saya sukar menahan kesedihan.

“Sebelum ini, saya membawa Aminrudin mendapatkan rawatan dan krim sapu di Klinik Kesihatan Panchor, namun sejak pertengahan tahun lalu selepas arwah suami, Mat Reduan Abd Kadir jatuh sakit, rawatan itu terpaksa dihentikan sehinggalah ke hari ini kerana kekangan kewangan,” katanya.

Menurutnya, selepas suaminya meninggal dunia pada Februari lalu, dia terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah antara RM30 hingga RM35 sehari untuk menyara keluarga.

"Kadang-kadang apabila balik dari kerja saya membuat sedikit kuih untuk diletakkan di kedai makan berhampiran rumah.

"Jika saya mempunyai sumber kewangan lain, sudah tentu saya akan membawa Aminrudin mendapatkan rawatan daripada pakar namun saya tidak mampu kerana pada masa sama menjaga tiga lagi anak, Siti Nur Amalin Puteri, 9, dan Muhammad Amal Putera, 8, yang masing-masing belajar di SK Demit 1 serta Nur Aliana Fitri berusia setahun lima bulan,” katanya.

Katanya, kerana kesempitan hidup yang dialami juga menyebabkan rumah yang didiami anak beranak sejak enam bulan adalah ihsan tuan rumah.

“Sebelum ini ketika arwah suami masih ada, kami tinggal bersebelahan dengan rumah yang didiami sekarang, namun kerana tidak lagi mampu membayar sewa rumah RM250 sebulan menyebabkan kami terpaksa berpindah,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun bank berikut milik salah seorang anaknya Siti Nur Amalin Puteri Mat Reduan:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Bachok - Mohd Abd Malik Ismail yang beralamat di Kampung Aril, Bachok, Kelantan memohon bantuan menampung kos perubatan dan rawatan anakn...


Bachok - Mohd Abd Malik Ismail yang beralamat di Kampung Aril, Bachok, Kelantan memohon bantuan menampung kos perubatan dan rawatan anaknya Nur Solehah Mohd Abd Malik yang disahkan menghidap acute myelogenous leukemia (AML).

Orang ramai yang ingin membantu Nur Solehah Mohd Abd Malik boleh hulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Mohd Abd Malik Ismail atau hubunginya:



017-9038282
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Gua Musang - Penuntut Sekolah Agama Tahfiz Anak Yatim dan Miskin di Kampung Jerek, bertahan menghuni bangunan uzur. Bangunan yang jug...


Gua Musang - Penuntut Sekolah Agama Tahfiz Anak Yatim dan Miskin di Kampung Jerek, bertahan menghuni bangunan uzur.

Bangunan yang juga tapak SK Jerek, mula dihuni sejak 2009 selepas mendapat kebenaran Kementerian Pendidikan untuk diambil alih.

Malangnya, sejak tempoh pengambilalihan itu, tiada penambahbaikan dilakukan ke atas bangunan berkenaan menyebabkan silingnya pecah, tidak bertingkap dan suasana kurang baik untuk pembelajaran pelajar tahfiz.

Bagaimanapun, Mudirnya, Abd Rahman Musa berkata, pihaknya tidak sanggup menutup sekolah itu kerana 23 pelajar dari serata negara masih mengaji dengan yuran bulanan RM100.

“Saya sedar bangunan ini semakin daif dan saya bertanggungjawab memastikan ia dijaga, tetapi kekangan kewangan menyebabkan kami sukar membaik pulih.

“Dana kami hanya cukup untuk pengurusan termasuk membayar gaji tiga tenaga pengajar. Ada juga individu dan peniaga prihatin beri sumbangan kerana kita tak boleh bergantung kepada yuran pelajar semata-mata,” katanya, semalam.

Beliau berkata, ini kerana ada pelajar yang juga anak yatim dan miskin, malah kebanyakannya tidak mampu menjelaskan yuran walaupun RM100 sahaja.

“Lebih mendukacitakan apabila ada penjaga tidak pernah menjenguk anak mereka kerana kurang berkemampuan. Insya-Allah selagi mereka di sini, kami jaga mereka,” katanya, semalam.

Ab Rahman berkata, ketika awal pembukaan, ada lebih 100 pelajar yatim dan miskin berusia lapan hingga 21 tahun melapor diri namun kini hanya tinggal 23. Pusat tahfiz ini turut berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Hulurkan bantuan kewangan untuk Satyatim terus beroperasi, membaiki bumbung asrama dan tingkap yang rosak serta padang permainan untuk pelajar, bantuan kewangan bagi menyediakan kemudahan lengkap untuk mengelak daripada bahaya, termasuk kebakaran.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Sekolah Agama Tahfiz Anak Yatim Dan Miskin (Satyatim):

017-9698959
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Rantau Panjang - Seorang ibu hanya sempat menyusukan bayi perempuannya selama 18 hari sahaja sebelum dia lumpuh, tidak dapat bercakap ...


Rantau Panjang - Seorang ibu hanya sempat menyusukan bayi perempuannya selama 18 hari sahaja sebelum dia lumpuh, tidak dapat bercakap dan hilang ingatan. Keadaannya begitu selepas disahkan menghidap Symptomatic Hypokalemia iaitu kekurangan nutrisi dan garam dalam badan, empat bulan lalu.

Dalam tempoh itu juga, Meriam Zakaria, 37, tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada Nur Fathia Izara Mohd Zaki yang berusia empat bulan seperti yang dilakukannya sebelum ini kepada tiga anaknya yang lain berusia 11, sembilan dan empat tahun.

Dia juga hilang upaya untuk menyaksikan anaknya itu membesar dan kegembiraan mereka sekeluarga menyambut orang baru turut bertukar pilu secara tiba-tiba. Menurut suaminya, Mohd Zaki Ismail, 37, isterinya hanya sempat menjaga anak bongsu mereka dalam tempoh yang sangat singkat berikutan mengalami masalah kesihatan yang teruk.

"Selepas melahirkan anak bongsu, dia jadi semakin lemah, kerap muntah dan kedua-dua belah tangannya jadi kaku dan tidak dapat digerakkan. "Sebelum ini, dia pernah berkeadaan begitu termasuk ketika mengandung, namun tidak berpanjangan. Meriam akan sihat selepas beberapa hari.

"Tetapi keadaannya jadi serius selepas melahirkan anak bongsu dan saya membawanya ke hospital, namun dia tidak sedarkan diri selepas rawatan dan lumpuh. "Malah, pemeriksaan doktor mendapati oksigen tidak sampai ke bahagian kepalanya dan turut menyebabkan dia tidak dapat bercakap selain dia seperti hilang ingatan," katanya.

Mohd Zaki berkata, hatinya pilu apabila melihat anak bongsu membesar tanpa belaian Meriam, malah bayi itu hanya sempat menyusu badan selama 18 hari sahaja. Mereka kini terpaksa menumpang di rumah kakaknya bagi memudahkan dia menguruskan Meriam dengan dibantu ahli keluarga.

"Saya perlu menguruskan isteri saya sepenuhnya termasuk pakaian serta memberinya susu khas menggunakan wayar melalui hidung dan perlu sentiasa membersihkan wayar di bahagian leher yang ditebuk," katanya. Dia yang menguruskan bengkel kimpalan di Lubok Stol, Rantau Panjang memperoleh pendapatan yang tidak seberapa.

Mohd Zaki mengakui hasil kerjanya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan perubatan isteri dan perbelanjaan empat anaknya. "Memandangkan isteri saya memerlukan lampin pakai buang dan susu khas, saya perlu menyediakan RM600 sebulan untuk keperluannya tidak termasuk perbelanjaan anak-anak untuk ke sekolah dan yang masih kecil.

"Isteri saya juga perlukan katil khas memandangkan dia tidak boleh bergerak. Sekarang ini kami meminjam katil daripada saudara terdekat yang bersimpati dan menggunakannya untuk sementara waktu," katanya. Menurutnya, takdir itu terlalu berat untuk dipikul, namun dia perlu cekal dan kuatkan semangat supaya isterinya pulih seperti sedia kala, apatah lagi anak-anak memerlukan ibu mereka.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga ini boleh menyalur sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Mohd Zaki Ismail:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kuala Krai - Seorang gadis 19 tahun dari Sungai Durian, di sini, menderita tumor saraf mata sejak berusia 11 tahun. Malah, keadaan ...


Kuala Krai - Seorang gadis 19 tahun dari Sungai Durian, di sini, menderita tumor saraf mata sejak berusia 11 tahun.

Malah, keadaan Nurshahira Junuh kini semakin serius menyebabkan dia sering pening sehingga tidak dapat bekerja. Katanya, sejak tahun lalu, mata sebelah kirinya tersembul keluar dan kini dia tidak dapat melihat seperti dahulu lagi.

"Saya teringin sangat nak kerja seperti orang lain lepas habis belajar tapi masalah penglihatan menyebabkan pergerakan saya terhad dan perlu ditemani jika mahu keluar rumah. "Walaupun saya ada kad OKU, tapi saya tak dapat bantuan bulanan," katanya yang kematian ayah sejak 11 tahun lalu.

Menurut Nurshahira, dia amat berharap dapat menjalani pembedahan dan kembali pulih seperti biasa. "Saya juga turut mengalami masalah bengkak kaki seperti ada lendir di situ dan perlu dibedah segera," katanya.

Sementara itu, ibunya, Rohani Ismail, 58, berkata, dia berharap ada pihak tampil membantu supaya mata anaknya dapat dibedah. Ditanya bagaimana Nurshahira menghidap penyakit berkenaan, ibu tunggal ini berkata, pada mulanya anaknya kerap demam sehinggalah berpanjangan hingga tempoh 10 hari.

"Saya bawa dia ke Hospital Kuala Krai dan lepas diperiksa, doktor dapati mata kiri Nurshahira tak dapat melihat. "Selepas itu, dia dirujuk ke HUSM Kubang Kerian, dan doktor beritahu anak saya perlu dibedah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, peluang untuk anaknya pulih hanya 50 peratus. "Oleh kerana bimbang mata Nurshahira tak pulih lepas dibedah, saya enggan dia jalani pembedahan dan telah tandatangani satu surat," katanya.

Katanya, sebagai suri rumah, dia tidak mampu membiayai kos rawatan anaknya. "Makcik juga ada penyakit jantung dan kencing manis. "Kos rawatan di hospital swasta juga tinggi dan menelan belanja kira-kira RM60,000 untuk menukar bola mata," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kebajkan Masyarakat Kuala Krai, Zulbahri Ibrahim berkata, Nurshahira layak menerima bantuan setelah didapati tidak dapat bekerja jika tidak ditemani ketika keluar rumah.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Rohani binti Ismail:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Pemohon: Ruziana Yusof Lokasi:  Kampung Machang Limbat, Pasir Tumboh, Kelantan Tujuan: M emohon bantuan pihak yang sudi membantu memba...


Pemohon: Ruziana Yusof
Lokasi: Kampung Machang Limbat, Pasir Tumboh, Kelantan

Tujuan: Memohon bantuan pihak yang sudi membantu membaiki rumah pusaka didiaminya bersama tujuh anak. Ruziana Yusof, 46, berkata, kini dialah yang menguruskan keluarga dan mengharapkan belanja dari anak keduanya yang bekerja di Pahang.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian dengan menghulurkan bantuan melalui akaun bank berikut atas nama Ruziana Yusof:


Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Muslim Care Malaysia Society mengaktifkan sumbangan dana kecemasan dan keperluan asas untuk mangsa banjir di pantai timur. Presidenny...


Muslim Care Malaysia Society mengaktifkan sumbangan dana kecemasan dan keperluan asas untuk mangsa banjir di pantai timur.

Presidennya, Zulkifli Wahijan berkata, pusat pengumpulan barangan dan bantuan dilakukan di Muslim Care Centre di Kampung Sungai Tua Tambahan, Selayang.

Katanya, antara barangan yang akan dikumpulkan ialah barang keperluan dan makanan seperti beras, kopi, biskut, gula, susu serta roti.

Menurutnya, hasil pemantauan wakil Muslim Care di pantai timur mendapati penduduk terjejas juga memerlukan tempat perlindungan sementara, pakaian, selimut, lampin bayi dan tuala wanita kerana mereka dipindahkan ke pusat pemindahan dalam kadar segera hari ini.

''Kita sudah berhubung dengan rakan NGO untuk melihat apakah lagi bentuk bantuan yang kita boleh salurkan selain pengagihan secara menyeluruh.

"Diharapkan semua pihak menyalurkan bantuan untuk sama-sama meringankan beban ditanggung mangsa," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama MUSLIM Care Malaysia Society atau hubungi mereka:

019-3233834
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

  Laporan Terkini Pusat Pemindahan Banjir di Kelantan

 


Laporan Terkini Pusat Pemindahan Banjir di Kelantan

Kongsi Portal Ini