KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kedah

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label kedah. Papar semua catatan

Alor Setar - “Walaupun keadaan anak saya semakin lemah, namun dia tetap kuat melawan kanser yang kini sudah merebak ke bahagian kaki meny...


Alor Setar - “Walaupun keadaan anak saya semakin lemah, namun dia tetap kuat melawan kanser yang kini sudah merebak ke bahagian kaki menyebabkannya tidak lagi boleh berjalan,” kata Rogayah Rejab, 55, ibu kepada Muhammad Syahmi Abd Rahman.

Muhammad Syahmi, 25, disahkan menghidap leukimia dua tahun lalu, selepas tamat pengajian di Institut Kemahiran Malaysia (IKM) menyebabkan dia tidak dapat mencari pekerjaan.

Menurut ibunya, anak ketiga dari lima beradik itu dikesan menghidap leukimia selepas diserang demam berpanjangan.

“Kami ingat cuma demam biasa dan dia hanya mengambil paracetamol, namun lama-kelamaan dia mengalami gusi berdarah berpanjangan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk pemeriksaan.

“Kami sekeluarga akur apabila doktor memaklumkan dia menghidap leukimia sehingga menyebabkan berat badannya makin susut akibat hilang selera makan,” katanya ketika ditemui di HSB.

Rogayah berkata, sepanjang tempoh dua tahun itu, anaknya kerap mendapat rawatan di HSB termasuk menjalani rawatan kimoterapi serta rawatan susulan lain.

Katanya, disebabkan itu mereka menghadapi masalah kerana terpaksa membayar secara ansuran bil hospital yang kini tertunggak.

“Sebelum ini ada bil tertunggak sebanyak RM200 dan belum sempat kami jelaskan, Muhammad Syahmi sekali lagi dimasukkan ke wad dan menjalani rawatan hampir sebulan menyebabkan kami buntu memikirkan bil rawatan yang semakin bertambah.

“Bapanya, Abdul Rahman Salleh, 60, pula pesara kerajaan dan kini tidak bekerja, dan wang pencen yang diterima setiap bulan tidak cukup menyara kami sekeluarga,” katanya.

Rogayah berkata, disebabkan Muhammad Syahmi tidak mempunyai selera makan, dia membeli susu formula yang harganya agak mahal dan hanya bertahan dalam tempoh tidak sampai seminggu untuk satu tin kecil sebagai makanan tambahan.

Selain itu, anaknya juga perlu dipakai lampin pakai buang kerana sudah tidak boleh bangun atau bergerak seperti dulu menyebabkan dia dan anak keempat, Nurul Nasuha, 22, terpaksa bergilir-gilir menjaga Muhammad Syahmi.

Sehubungan itu, orang ramai yang sudi menghulur sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun 0213141000085504 (Bank Simpanan Nasional) Muhammad Syahmi Abdul Rahman atau menghubungi adiknya, Nurul Nasuha di talian 011-11447096 atau Rogayah 019-4321625.

Alor Setar - Seorang pelajar terpaksa menangguhkan pengajiannya di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) demi menjaga ibunya yang ter...


Alor Setar - Seorang pelajar terpaksa menangguhkan pengajiannya di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) demi menjaga ibunya yang terlantar menderita barah payudara tahap empat sejak Disember tahun lepas.

Penuntut semester tiga jurusan Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi, Mohd Khairul Adhar Mat Isa, 25, berkata biarpun berat hati untuk berbuat demikian, namun demi tanggungjawab dan kasih, beliau nekad untuk pulang ke kampung halaman dan berada di samping ibunya, Siti Sa'dah Hussain, 62.

"Ayah telah meninggal dunia tiga tahun lalu dan saya mengambil tanggungjawab ini menjaga ibu...bila saya akan sambung semula pengajian belum tahu lagi kerana perlu beri tumpuan kepada ibu yang sangat lemah ketika ini.

"Ibu juga tidak boleh bergerak dan bercakap hingga bergantung sepenuhnya kepada saya untuk memenuhi keperluan hariannya untuk makan, minum dan diberi ubat," katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Permai, Jalan Langgar, di sini, Isnin.

Mohd Khairul Adhar berkata, ibunya seorang bekas penyelia sebuah sekolah asrama di sini dikesan menghidap barah payudara pada Disember tahun lepas apabila pemeriksaan yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendapati ada ketumbuhan pada payudara sebelah kiri.

"Kerana lewat dikesan, kuman mula merebak ke bahagian otak menyebabkan ibu sering diserang sawan dan hanya terlantar di rumah, doktor juga memberitahu tiada rawatan khusus dapat diberikan kerana keadaan ibu lemah," katanya.

Mohd Khairul Adhar yang berbaki setahun setengah pengajian itu turut memohon sumbangan orang ramai serta pihak berkenaan bagi meringankan beban yang ditanggung.

"Sejak ibu sakit, kami bergantung kepada duit pencen ibu dan arwah ayah sebanyak RM2,000 sebulan untuk beli barang dapur, susu khas dan lampin pakai buang serta beli keperluan lain untuk ibu, duit itu tidak termasuk apabila ditolak dengan bayaran ansuran pembiayaan pinjaman ibu sebelum ini," katanya.

Sementara itu, nasib dihadapi Mohd Khairul Adhar mendapat perhatian Pengasas Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang mengadakan kunjungan serta menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan makanan, susu khas dan lampin pakai buang kepada ibunya itu.

"Saya difahamkan pelajar ini telah menangguhkan pengajiannya kerana niat murninya untuk menjaga ibunya dan saya berharap pihak universiti memahami keadaan beliau, kami di CSM sendiri akan membantu menyumbang katil untuk memudahkan beliau menguruskan ibunya," katanya yang berharap orang ramai prihatin dan dapat menyumbang membantu meringankan beban yang ditanggung.

Orang ramai yang ingin membantu bolehlah menghubungi beliau di 013-4912208 atau sumbangan terus ke akaun Mohd Khirul Adhar, Bank Islam 02011021037822 atau Maybank 152023491869 atau melalui:



BALING - Penyakit jantung kronik dihadapi seorang lelaki membuatkan dia menanggung seksa apabila sudah empat kali organnya itu berhenti b...


BALING - Penyakit jantung kronik dihadapi seorang lelaki membuatkan dia menanggung seksa apabila sudah empat kali organnya itu berhenti berdegup.

Ibunya, Che Jamilah Yahaya, 48, berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu boleh diibaratkan empat kali mati hidup semula. Menurutnya, Mohd Siraj Munir Ikmal Rosle, 22, mula menghidapi penyakit itu ketika berusia 20 tahun dan keadaan itu hanya berlaku setiap kali Hari Raya Aidiladha.

"Setiap kali serangan jantung, dia macam lembu kena sembelih. Kemudian jadi sawan dan tak sedarkan diri. Badan pun sejuk macam mayat. "Serangan pertama dan kedua hanya dalam tempoh 10 hingga 15 minit. Serangan ketiga setengah jam dan keempat tahun ini, anak tak sedarkan diri selama sejam," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Che Jamilah berkata, Siraj yang merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Farmasi di UKM turut mengakui terseksa setiap kali nyawanya hampir melayang. "Dia kata jika macam ni rasa sakit sangat, mati nanti tak tau la macam mana rasanya. "Bila anak akan jatuh setiap kali Aidiladha, saya mula trauma," katanya.

Menurutnya, dia kini buntu untuk menyelamatkan nyawa Siraj apabila perlu membeli alatan Implanted Converter Defribillator (ICD) bernilai RM50,000. Katanya, alat itu akan ditanam dalam badan Siraj melalui pembedahan pada 15 November di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

"Kami dah bincang dengan pihak hospital, pembekal nak duit itu tunai, kalau tak, pembedahan terpaksa ditunda. "Doktor kata hanya dengan pembedahan mampu selamatkan nyawanya, jika tak dia berpontensi mati mengejut," katanya.

Che Jamilah berkata, pendapatannya sebagai pembantu pengurusan murid di sebuah sekolah di sini tidak mampu menampung kos pembedahan anaknya. Ibu dua anak itu kematian suami, Rosle Saad pada 2004 selain dia baru selesai pembedahan di kedua-dua bahagian mata pada 27 Mac lalu.

"Tiga kali pembedahan tak berjaya, alhamdulillah pembedahan kali keempat tahun ini baru boleh nampak. "Ingat bila nampak boleh la tengok anak, rupanya dia pula sakit," katanya yang turut mengalami masalah buah pinggang.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya menerusi kakak Siraj menerusi:
Maybank 152189228312 / Bank Islam 02114020049674 atas nama Roziatul Syatilla
atau hubungi talian 013-4147367 / 013-5802894 atau melalui:


Rumah usang yang dimakan anai-anai tempat tinggal En Abdullah (gambar kecil) sekeluarga PETALING JAYA: Kemiskinan yang dialami sebuah k...

Rumah usang yang dimakan anai-anai tempat tinggal En Abdullah (gambar kecil) sekeluarga

PETALING JAYA: Kemiskinan yang dialami sebuah keluarga di Sik, Kedah menjadikan ilmu sebagai satu-satunya jalan untuk keluar daripada kesempitan hidup.

Kepayahan seorang bapa menyara mereka lima beranak dengan hanya mengambil upah menoreh getah tidak dijadikan alasan untuk tiga anak perempuannya tercicir dalam pelajaran.

Buktinya, anak pertama Abdullah Ibrahim, Munirah, 22, kini sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Halus di Universiti Sains Malaysia, manakala anak keduanya, Shabirah, 19, pula ditawarkan jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Biomolekul di Universiti Teknologi Mara pada awal bulan ini.

Sementara itu, anak bongsu keluarga itu pula masih berada di tingkatan lima dan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada November depan. Kata Shabirah, bapanya meraih pendapatan sekitar RM750 sebulan dengan menoreh getah dan kadang kala tidak menentu disebabkan oleh keadaan cuaca.

"Ayah saya terpaksa menoreh getah setiap hari kalau cuaca OK, walaupun dia baru sembuh dari serangan strok minor. "Kadang-kadang mak pun ada tolong ayah, tapi bukan selalu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Keadaan kediaman mereka sekeluarga di Kampung Caruk Padang, Sik, kelihatan daif dan hidup dalam serba kekurangan apabila rumah yang dibina di atas tanah pusaka itu reput dimakan anai-anak.

Keluarga itu juga terpaksa menggunakan air telaga sepenuhnya untuk kegunaan harian. Menurut Shabirah, pada asalnya rumah tersebut dibina dua tingkat, dengan bahagian atas dibina dengan papan dan dengan batu di tingkat bawah.

"Sejak bahagian atas rumah dimakan anai-anai, kami terpaksa pindahkan semua barang ke ruang bawah. "Jadi, keadaan agak sempit dan ada bahagian dapur yang hanya berlantaikan tanah kerana ayah tidak sempat untuk menampal simen kerana diserang strok," ujarnya.

Bagaimanapun, gadis itu memberitahu, bapanya tidak pernah menunjukkan kesusahan ketika membesarkan mereka adik-beradik biarpun pendapatan yang diperoleh tidak seberapa. Kemiskinan yang dialami membakar semangat adik-beradik tersebut untuk mengubah nasib keluarga mereka.

Kelab Anak-Anak Sik Kedah merupakan NGO yang bertanggungjawab mengagihkan sumbangan wang daripada orang ramai kepada mereka yang memerlukan. Jurucakap NGO itu berkata, anggaran kos sebanyak RM10,000 diperlukan bagi kerja-kerja membaik pulih kediaman Shabirah sekeluarga.

Bagi mereka yang ingin menyampaikan sumbangan untuk membaiki keadaan rumah keluarga tersebut, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelab Anak-Anak Sik Kedah - 5628 8910 9504 atau melalui:

Alor Setar - “Saya buntu memikirkan nasib anak sejak dia disahkan menghidap kanser limfoma kerana perlu menjaganya sepanjang rawatan di h...


Alor Setar - “Saya buntu memikirkan nasib anak sejak dia disahkan menghidap kanser limfoma kerana perlu menjaganya sepanjang rawatan di hospital sehingga majikan memotong gaji.”

Itu nasib yang yang terpaksa ditanggung Shahron Che Amin, 47, ibu kepada Nur Farahannis Hasdi, 20, pelajar Tingkatan Enam sebuah sekolah di Sik yang menderita penyakit itu sejak disahkan doktor awal tahun ini.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, beliau terpaksa bergilir dengan anak sulungnya, Nur Alia Izzati Hasdi, 21, untuk menjaga Nur Farahannis, setiap kali dia dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan susulan.

Katanya, anak keduanya itu pada mulanya mengalami demam panas dan tidak bermaya sejak empat tahun lalu, sebelum doktor yang merawatnya di Hospital Sik mengesyaki dia menghidap denggi.

“Namun selepas sampel darahnya dihantar ke HSB, doktor mengesahkan darahnya mengalami masalah sebelum dia terpaksa dirujuk ke hospital ini untuk rawatan susulan.

“Ujian CT Scan yang dilakukan awal tahun ini mendapati anak saya menghidap kanser limfoma dan perlu mendapat rawatan sehingga tiga kali seminggu di HSB menyebabkan saya terpaksa mengambil cuti,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ketika ini, Shahron bekerja sebagai tukang cuci di Pusat Kegiatan Guru Sik dengan gaji RM800 sebulan, manakala suaminya, Hasdi Ahmad, 47, hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan tidak menentu.

Beliau berkata, anak sulungnya yang sebelum ini bekerja di Langkawi terpaksa berhenti kerja bagi membantu Nur Farahannis, manakala anak bongsunya, Muhammad Azim Bashir, 16, masih belajar di Tingkatan Empat Sekolah Menengah Sains Pokok Sena.

“Sebelum ini saya kerap mengambil cuti kerana perlu menemani anak mendapat rawatan, namun sejak beberapa bulan lalu, saya terpaksa membayar RM33 sehari kepada rakan sekerja yang menggantikan tugas ketika saya bercuti.

Shahron berkata, anaknya itu baru selesai menjalani pembedahan membuang kelenjar limfoma di bahagian belakang limpa Khamis lalu dan hanya menunggu keputusan sama ada anaknya perlu meneruskan rawatan kimoterapi atau sebaliknya.

“Kami ada menerima bantuan bulanan RM150 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi ia tidak cukup menampung perbelanjaan perjalanan dari Sik ke Alor Setar kerana kami terpaksa menaiki bas,” katanya yang boleh dihubungi menerusi 013-4114571 atau salurkan bantuan melalui:

Sik: Seorang gadis pintar merayu sumbangan bagi melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) 4 September ini berikutan kelu...


Sik: Seorang gadis pintar merayu sumbangan bagi melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) 4 September ini berikutan keluarganya tidak mampu menyediakan belanja diperlukannya.

Nurul Natasha Anuar, 20, dari Kampung Sadu di sini, memerlukan RM4,000 iaitu bagi membayar yuran pengajian RM2,050, tiket penerbangan RM1,500 serta keperluan lain yang belum dibeli.

Dikenali sebagai Ayong, dia tidak mempunyai cara lain lagi untuk mendapatkan wang bagi menampung pelajarannya dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Sumber Manusia).

“Ibu saya Halimaton Husin, 44, menjual ulam di pasar tiga hari seminggu dengan pendapatan RM70 hingga RM80 sehari.

“Ini bermakna pendapatan ibu secara purata hanya RM30 sehari dan dengan wang itulah dia menyara tiga lagi adik saya yang masih bersekolah.

“Wang itu hanya cukup untuk persekolahan mereka manakala makan minum harian, kami makan di rumah datuk yang tinggal bersebelahan dengan rumah kami,” katanya anak sulung daripada lima beradik itu.

Nurul Natasha mengharapkan sumbangan orang ramai sebelum menerima wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sementara itu, Halimaton berkata, dia runsing memikirkan nasib anak sulungnya namun pada masa sama gembira apabila Nurul berpeluang melanjutkan pelajaran.

“Saya terpaksa membesarkan anak bersendirian semenjak lima tahun lalu selepas bapa mereka gagal dikesan.

“Walaupun hidup kami dihimpit kemiskinan, anak saya suka belajar. Nurul sendiri memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.25 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu,” katanya.

Bagi mereka yang mahu membantu Nurul Natasha atau Ayong, boleh menghubungi talian 013 4981480 atau 013 5166696 atau melalui:


RAKYAT Malaysia yang kini menerima rawatan di sebuah hospital di Australia memerlukan dana kewangan bagi menampung kos rawatan yang ki...



RAKYAT Malaysia yang kini menerima rawatan di sebuah hospital di Australia memerlukan dana kewangan bagi menampung kos rawatan yang kini mencecah AUD15,000 (RM45,000).

Zakaria Darus, 50, dari Taman Seroja, Sungai Layar, Sungai Petani, dimasukkan ke Royal Brisbane and Women's Hospital akibat serangan angin ahmar ketika mahu menghadiri majlis konvokesyen anak sulungnya, Farhan, 22, pada 18 Julai lalu.

Isterinya, Normahani Alli, 45, berkata Zakaria mula menunjukkan petanda apabila suaminya hampir terjatuh di dalam bilik air tetapi dia berjaya menahan badan lelaki itu.

“Kami berdua tiba di Gold Coast pada 17 Julai lalu, sebelum dijemput anak ke penginapannya di Toowong, Brisbane untuk menghadiri majlis konvokesyen di Universiti Queensland pada keesokkannya.

“Sebenarnya suami memang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dia kelihatan lemah sejak kami tiba di lapangan terbang sehingga hampir terjatuh di dalam bilik air di rumah anak,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka, hari ini.

Normahani berkata, mereka memerlukan kira-kira AUD400 bersamaan sekitar RM1,200 sehari untuk kos rawatan suaminya di hospital berkenaan.

Katanya, dia dimaklumkan suaminya juga perlu dirawat kira-kira dua minggu lagi bagi memastikan keadaannya sudah stabil sebelum dibenarkan dibawa pulang ke Malaysia.

“Kami juga memerlukan kira-kira RM10,000 bagi kos penghantaran pulang suami.

“Setakat ini kami menggunakan duit simpanan yang ada untuk membiayai kos rawatan, memandangkan suami mengambil Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) ketika bekerja kilang pada April lalu.

“Bagaimanapun, simpanan kami semakin susut kerana turut menanggung empat lagi anak berusia 12 hingga 20 tahun yang masih belajar, dan saya pula hanya bekerja sebagai pembantu tadika dengan gaji RM500 sebulan,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati dengan keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank 102055484144 atas nama Normahani Alli atau melalui:


KULIM - Enam beranak yang hidup menumpang di rumah pusaka arwah bapa mereka di Kampung Bagan Sena, Labu Besar mohon bantuan kediaman lebi...


KULIM - Enam beranak yang hidup menumpang di rumah pusaka arwah bapa mereka di Kampung Bagan Sena, Labu Besar mohon bantuan kediaman lebih selesa. Pengawal keselamatan, Muhd Zamri Hussain,46 berkata selepas arwah bapa mertuanya Saad Awang Teh meninggal beberapa tahun lalu dia, isteri dan empat orang anaknya tinggal menumpang di situ.

Menurutnya, rumah pusaka itu telah dibina pejabat zakat pada tahun 2007 kini sudah semakin uzur dan terdapat banyak kerosakan. “Sebelum ini kami duduk dengan pak mertua, lepas dia meninggal kami terus duduk di sini kerana tak ada rumah lain.

“Banyak rosak, atap bocor. Pintu bilik pun habis reput. La ni (sekarang) bilik air pun sudah tak boleh guna. “Anak-anak masih kecil, banyak nak guna duit untuk sekolah, makan lagi,” katanya.

Menurutnya, rumah ini pula dibuat di atas tanah kakak ipar dan bimbang juga memikirkan kehidupan keluarganya pada masa akan datang. “Risau juga ini tanah orang, rumah orang. Nanti kalau apa-apa jadi kami nak duduk di mana.

“Nak buat rumah sendiri memang lah tak mampu. Nak baiki rumah ini nanti kalau tuan dia nak balik masalah juga,” katanya. Muhd Zamri memohon mana-mana pihak untuk membantu menyediakan sebuah rumah yang lebih selesa untuk mereka sekeluarga.

“Saya ada tanah untuk sediakan tapak rumah. Ada rumah sendiri senang sedikit kalau nak buat apa-apa. “Harap ada lah mana-mana pihak dapat membantu kami sekeluarga,” katanya. Orang ramai boleh menyumbang kepada keluarga ini melalui:


Orang ramai yang bermurah hati boleh menghulurkan bantuan kepada: Bank Islam : 02048020517364 (Yahya Che Man)


Orang ramai yang bermurah hati boleh menghulurkan bantuan kepada:
Bank Islam: 02048020517364 (Yahya Che Man)

Orang ramai yang ingin membantu boleh menziarahi mereka terus di alamat berikut: No. 23 Taman Kampung Raja Sungai Petani, Kedah (berde...


Orang ramai yang ingin membantu boleh menziarahi mereka terus di alamat berikut:
No. 23 Taman Kampung Raja Sungai Petani, Kedah (berdekatan Masjid Kampung Raja)
No Tel: 019-5251762 (Shahril - Abang Sulung)

Kepada yang berminat untuk menderma, boleh salurkan sumbangan ke akaun: Bank Muamalat 02060000571716 (Masjid Ar Rahman Kerpan) ata...


Kepada yang berminat untuk menderma, boleh salurkan sumbangan ke akaun:
Bank Muamalat 02060000571716 (Masjid Ar Rahman Kerpan)
atau hubungi talian 019-4646643 (Sabri Safie)

Orang ramai yang ingin membantu boleh hubungi: Siti Norfatihah Binti Norshahrin No Tel: 017-6579117

Orang ramai yang ingin membantu boleh hubungi:
Siti Norfatihah Binti Norshahrin
No Tel: 017-6579117

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan: Nor Hamizah Maybank : 152050143028

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan:
Nor Hamizah
Maybank: 152050143028

Fatimah Taib Bank Simpanan Nasional : 0213141000045693

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Terima kasih kepada Noor Haliza Mohd Hashim dan suami, Mohamad Rozi Ishak atas sifat pemurah anda. Semoga rezeki kalian berdua terus berta...

Terima kasih kepada Noor Haliza Mohd Hashim dan suami, Mohamad Rozi Ishak atas sifat pemurah anda. Semoga rezeki kalian berdua terus bertambah berkat dan memberi inspirasi kepada yang lain.

Hassan Abdullah No Tel: 017-5992847 Bank Simpanan Nasional : 0213429000110032

Hassan Abdullah
No Tel: 017-5992847
Bank Simpanan Nasional: 0213429000110032

YAN : Hidup dalam serba kedaifan dan kesusahan tidak pernah dijadikan penghalang untuk pasangan muda ini terus bertahan mengukuhkan rumah...


YAN: Hidup dalam serba kedaifan dan kesusahan tidak pernah dijadikan penghalang untuk pasangan muda ini terus bertahan mengukuhkan rumah tangga mereka.

Hidup sebatang kara, dibuang keluarga kerana miskin merupakan nasib yang terpaksa dihadapi bagi Mohamad Amir Hamid, 22 tahun dan isterinya, Nor Zalila Zainol, 21 tahun selain anak kecil mereka berusia lima bulan.

Pasangan itu hanya mempunyai adik beradik memandangkan kedua-dua ibu bapa mereka telah meninggal dunia.

Malah ketika sarat mengandung, Mohamad Amir dan Nor Zalila  pernah menjadikan sebatang pokok sebagai tempat untuk berteduh selama hampir setahun.

Ujar Mohamad Amir, dia dan isteri terpaksa membina 'istana' istimewa mereka di atas pokok terbabit sebelum pokok itu ditebang.

Menurutnya, pasangan itu kemudian berpindah ke sebuah rumah sebelum dihalau kerana gagal membayar sewa selama empat bulan.

"Sekarang saya tinggal di pondok usang ini di tengah bendang sawah atas tanah rizab milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kira-kira lima kilomter dari jalan ke Kampung Gelam Dua, Yan di sini.

"Setiap malam saya dan isteri akan tidur secara bergilir-gilir memandangkan pondok usang ini sering 'dikunjungi' nyamuk selain terpaksa tidur dalam keadaan mengerekot kerana sempit," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini pada Sabtu.

Menceritakan lebih lanjut, Nor Zalila  juadah makan tengah hari atau makan malam mereka bukan romantik seperti pasangan lain sebaliknya terpaksa berkongsi mi segera.

Tambahnya, kadang kala, dia sengaja memasak mi segera itu dalam tempoh lama bagi membolehkan mi segera itu kembang selain nampak banyak.

"Sedih juga dengan nasib macam ini tetapi saya tidak pernah membiarkan suami membanting tulang sendirian sebaliknya membantu mengambil upah menanam padi.

"Ketika berpantang saya sudah mula membantu suami dengan meninggalkan bayi sendirian di pondok ini," katanya.

Sementara itu, sekumpulan Belia Muafakat Kedah, Mohammad Nasir Abdul Manaf berkata, dia dan penduduk kampung akan bergotong-royong membantu memindahkan keluarga itu ke sebuah rumah sewa baharu di Kampung Bahagia, Kota Sarang Semut, di sini.

"Saya sudah menyuarakan perkara yang menimpa pasangan ini kepada pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah," katanya.

Padang Terap: Hati mana tidak tersentuh melihat bapa sendiri terlantar sakit akibat angin ahmar hingga lumpuh seluruh badan menyebabkan e...


Padang Terap: Hati mana tidak tersentuh melihat bapa sendiri terlantar sakit akibat angin ahmar hingga lumpuh seluruh badan menyebabkan empat beradik yang masih remaja terpaksa menggalas tanggungjawab sehingga tiga daripada mereka terpaksa ponteng sekolah sejak sebulan lalu.

Bapa mereka Badrul Hisham Tajudin, 43, sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat di Sintok sebelum diserang angin ahmar pada 2008 menyebabkan separuh badannya lumpuh.

Bagaimanapun, ketika itu, dia masih mampu melakukan tugas harian dan tinggal bersama dua anaknya, Muhammad Azrul Fakhrullah, 16, dan Muhammad Syakir Zulfayri, 11, di Kampung Padang Cenerai, selepas berpisah dengan bekas isteri sejak diserang angin ahmar.

Dua anak perempuannya, Nurul Fatin Aina, 15, dan Nurul Farahwahida, 14, pula tinggal bersama ibu mereka yang berkahwin lain dan masing-masing bersekolah dalam tingkatan dua dan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria, Sungai Petani.

Kehidupan keluarga itu bertukar lebih teruk apabila Badrul Hisham sekali lagi diserang angin ahmar pada Ogos lalu menyebabkannya lumpuh seluruh badan dan tiada sesiapa menjaganya kecuali dua anak lelakinya.

Muhammad Azrul terpaksa berhenti sekolah sejak berusia 13 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah tidak menentu sekitar RM20 hingga RM30 sehari manakala Muhammad Syakir pula belajar dalam tahun lima di Sekolah Kebangsaan Padang Sanai.

Nurul Fatin Aina berkata, dia dan adiknya, Nurul Farahwahida kebetulan pulang ke rumah bapanya untuk melihat keadaannya dan sebaik pulang mendapati bapanya hanya terbaring atas tilam dengan dijaga abang serta adik bongsunya dalam keadaan tidak terurus.

“Disebabkan itu, saya dan Farahwahida mengambil keputusan menjaga ayah sementara waktu kerana kasihan melihat keadaannya walaupun kami terpaksa ponteng sekolah.

“Bagaimanapun, guru sekolah memahami keadaan kami, malah saya agak tertekan kerana bakal menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) minggu depan tetapi pada waktu sama perlu menjaga ayah di sini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.

Menurutnya, walaupun banyak tercicir dalam pelajaran, namun dia tetap akan menduduki PT3 bagi mengubah nasib keluarga dan berhasrat mencapai impiannya menjadi guru.

Katanya, sebelum ini doktor menyarankan bapanya diberi minum susu khas bernilai RM39 satu tin kecil tetapi disebabkan terpaksa berjimat wang, mereka terpaksa memberinya dua kali sehari dan bertahan selama seminggu selain memberi air kosong serta makan bubur nasi sebagai ganti.

Menurutnya, wang bantuan bulanan diterima bapanya sebanyak RM350 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mencukupi untuk membeli susu khas, lampin pakai buang dan barang keperluan makanan di rumah.

Nasib menimpa keluarga itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang Datuk Badrul Hisham Hashim.

Badrul Hisham berkata, pihaknya bersedia membantu keluarga itu berikutan masalah dialami mereka.
“Pejabat ADUN Kuala Nerang juga akan menguruskan pertukaran sekolah Nurul Fatin Aina dan Nurul Farahwahida serta-merta untuk membolehkan mereka tinggal bersama bapa mereka.

“Bagaimanapun, Nurul Fatin Aina perlu menduduki PT3 terlebih dulu sebelum bertukar ke sekolah di sini. “Selain itu, abang mereka, Muhammad Azrul Fakhrullah bersetuju menyambung semula persekolahannya walaupun sudah berhenti sejak tingkatan satu,” katanya.

Siti Eshah Noh No. Telefon: 017-4289783 Maybank :  105074063836


Siti Eshah Noh
No. Telefon: 017-4289783
Maybank:  105074063836

Ieman Fayruzz Mikhail Abdul Rahim Bank Simpanan Nasional : 0210029000677695 (Nor Hidayu Halim)


Ieman Fayruzz Mikhail Abdul Rahim
Bank Simpanan Nasional: 0210029000677695 (Nor Hidayu Halim)

Kongsi Portal Ini