Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: johor

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label johor. Papar semua catatan

Batu Pahat - “Saya sanggup berkorban apa sahaja yang terbaik buat Maryam biarpun menyedari kos pembedahan hati melibatkan nilai menceca...



Batu Pahat - “Saya sanggup berkorban apa sahaja yang terbaik buat Maryam biarpun menyedari kos pembedahan hati melibatkan nilai mencecah ratusan ribu ringgit,” ujar Zuridah Sadon, 40.

Anak perempuan Zuridah, Nur Maryam Sulaiman yang mesra disapa Maryam baharu berusia 10 bulan telah disahkan menghidap penyakit hati kronik atau Biliary atresia (BA).

Katanya, anak keenamnya itu perlu menjalani pembedahan hati dengana anggaran kos mencecah RM160,000 jika dilakukan di dalam negara dan RM250,000 jika di China.

“Sebelum ini, susulan kerap demam ditambah dengan ‘kuningnya’ yang tidak bertambah baik, Maryam telah dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Maryam seterusnya menjalani prosuder khas di HKL, namun gagal menyembuhkan hati anak yang kini dapat dilihat semakin membesar seakan membengkak di bahagian perut,” katanya yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sebagai operater pengeluaran kilang bagi memberi tumpuan sepenuhnya menjaga Maryam.

Tambah beliau lagi, dia dan suami tidak pernah berputus asa mencari penawar bagi menyembuhkan Maryam biarpun suaminya hanya bekerja sebagai pemandu lori di sebuah kilang elektronik di Pekan Rengit Batu Pahat.

“Saya selalu tonton televisyen, tengok ada bayi yang pulih selepas menjalani pembedahan hati. Itu memang impian saya dan suami. Maryam segalanya buat kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Rengit Jaya di sini, semalam.

Beliau berharap agar keluarganya dibantu memandangkan hanya suaminya yang bekerja bagi menampung kos perubatan Maryam dan empat lagi orang anak yang masih bersekolah.

“Anak sulung berumur 18 tahun bekerja di pasaraya sementara menunggu keputusan SPM. Yang lain berusia 17, 9,8 dan 4 tahun masih bersekolah,” katanya lagi.

Kepada sesiapa yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Zuridah binti Sa'don:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Johor Bahru - Mohon sumbangan ikhlas buat saudara Muhammad Khairul Syafiq bin Azmi yang sangat memerlukan bantuan bagi kos rawatan kanse...


Johor Bahru - Mohon sumbangan ikhlas buat saudara Muhammad Khairul Syafiq bin Azmi yang sangat memerlukan bantuan bagi kos rawatan kanser darah diffuse large b-cell lymphoma stage 4 di Hospital Sultanah Aminah Johor.

Rawatan yang perlu dijalankan ialah chemotherapy - bahagian otak sahaja (8 cycle) dan stem cell transplant (pemindahan sum sum tulang) + anti cancer. Kalau tak dapat sumbang, minta tolong kongsikan pun boleh, mana tahu terselit juga rezeki buatnya.

Setiap orang pasti pernah sakit, baik orang kaya ataupun orang miskin. Secerdas apapun menjaga kesihatan, pasti sesekali rasa sakit pernah menghampiri kita. Setiap manusia sudah ditakdirkan Allah SWT untuk merasakan sihat dan sakit.

Kerananya, jangan pernah putus asa bila diuji dengan penyakit. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Sebaik-baik orang yang sakit tentu orang yang mampu bersabar dan terus berusaha berdoa dan mengubatinya.

Doa Untuk Orang Sakit

أَذْهِبِ الْبَأْسَ. رَبَّ النَّاسِ. وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي. لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ. شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
Adz hibil ba’tsa robbannaasi Wasyfi Antasysyaafiiy Laa syifaa a illaa syifaa uka Syifaa an laa yughoodiru saqoman.

Ertinya:
Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan manusia! Berilah kesembuhan kerana Engkaulah Penyembuh (segala penyakit). Tiada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, yaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Hadith dari Uthman Bin Affan (Doa ini lebih kepada mendoakan diri sendiri ketika sakit)
Dari Utsman bin Abil ‘Ash bahawasanya ia pernah mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sedangkan ketika itu ia sedang sakit yang hampir mematikannya. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata letakkanlah/usapkanlah tangan kananmu (pada bahagian yang sakit) sebanyak tujuh kali sambil berdoa (berikut):

Doa Orang sakit

بِسْمِ اللهِ بِسْمِ اللهِ بِسْمِ اللهِ أَعُوذُ بِعِزَّةِ الله وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
"Bismillahi Bismillahi Bismillahi, A'udzu bi 'izzatillah, Wa Qudrotihi Min Syarri Maa Ajidu Wa Uhaadziru."

Ertinya:
“Bismillah bismillah bismillah, aku berlindung kepada Allah dari kejahatan (sakit) yang aku dapati dan aku khawatirkan.”

Lalu Uthman berdoa dengan doa tersebut dan dihilangkan sakitnya oleh Allah. Ia sentiasa menganjurkan keluarga dan orang-orang untuk sentiasa berdoa dengan doa tersebut (HR. Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Siti Nur Syafiqah binti Azmi:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM60000



blog counter views

Pontian - Sepasang suami isteri di Kampung Nelayan Benut di sini buntu memikirkan kos rawatan bayi mereka yang menghidap jantung berluba...


Pontian - Sepasang suami isteri di Kampung Nelayan Benut di sini buntu memikirkan kos rawatan bayi mereka yang menghidap jantung berlubang dan tiga penyakit lain.

Alesha Iezarah, 8 bulan, yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir turut mengalami masalah saluran darah, salur pernafasan sempit dan kedua-dua kaki membengkok.

Bayi perempuan itu adalah anak kepada pasangan Roziana Mohd Amin, 33, dan Mohd Salleh Mustari, 43, yang turut mempunyai tiga anak menghidap penyakit sawan iaitu Aliyah Maisara, 15, Aliyah Syahirah, 13, dan Mohd Khairul Amin, 5.

Roziana berkata, dia hanya suri rumah manakala suaminya yang mengambil upah mencari daun nipah tidak mampu untuk membiayai kos rawatan untuk anaknya itu dan perjalanan ulang alik ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

"Selepas dilahirkan kedua-dua kaki Alesha Iezarah bengkok seakan sedang bersila namun keadaan kakinya bertambah baik selepas melalui terapi dan disimen pada usia 4 bulan.

"Saya dan suami akan bawa Alesha Iezarah ke IJN pada 3 Januari depan. Itu kali pertama kami ke IJN bagi rawatan susulan Alesha Iezarah. Difahamkan kos pembedahan dianggarkan mencecah RM11,000.

"Nak ke sana pun kami tiada wang ditambah dengan tiga anak kami yang akan bersekolah pada tahun depan. Semua duit digunakan untuk beli barang sekolah dan bayar yuran mereka," katanya di rumahnya di Kampung Nelayan Benut di sini semalam.

Menurutnya, pendapatan suami sebanyak RM10 sehari dan bantuan bulanan JKM sebanyak RM300 diterima sejak Oktober lalu masih tidak mencukupi lebih-lebih lagi mereka perlu membayar sewa rumah sebanyak RM150 sebulan.

"Suami ambil upah cari daun nipah di hutan dekat Benut dan upah diterima bergantung kepada jumlah daun nipah diperoleh. Satu kg daun nipah dapat upah RM1," katanya.

Roziana berkata, dia sukar meninggalkan anak-anak untuk bekerja membantu suami memandangkan tiga anaknya yang menghidap sawan memerlukan perhatian.

"Ketiga-tiga mereka pergi ke sekolah cuma tidak boleh terlalu penat kerana boleh diserang sawan. Jadi saya dan suami perlu perhatikan mereka selalu," katanya.

Bagaimanapun, dia dan suami tetap berharap supaya Alesha Iezarah dapat menjalani pembedahan jantung berlubang.

"Besar harapan kami hendak tengok Alesha Iezarah sihat dan membesar seperti kanak- kanak lain.

"Kalau ada yang mahu membantu boleh hubungi suami saya di talian berikut atau salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama saya Roziana binti Mohd Amin," katanya.

011-12126892
Progress:

RM0 raised

Goal: RM11000



blog counter views

Batu Pahat - "Anak saya terlantar sakit dengan lehernya yang ditebuk untuk melancarkan pernafasan," kata Najra Zainal, 55, an...


Batu Pahat - "Anak saya terlantar sakit dengan lehernya yang ditebuk untuk melancarkan pernafasan," kata Najra Zainal, 55, anaknya, Muhd ​​Ariss Muhd ​​David, 16, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 16 Jun.

Ibu berumur 10 tahun itu berkata keluarganya, yang tinggal di Kampung Sri Pantai, Senggarang, di sini, menerima kebimbangan serius apabila anak kesembilannya terlantar selama lima bulan.

Beliau berkata anaknya cedera parah di kepala dan telah menerima rawatan di Hospital Batu Pahat selama hampir sebulan.

"Muhd Ariss sedang menunggang motosikal bertembung dengan motosikal lain dalam kemalangan di sebuah kampung berhampiran. Doktor mengatakan Muhd ​​Ariss mempunyai peluang untuk pulih tetapi ia akan mengambil masa.

"Buat masa ini keluarga kami menjaga dia secara berputar termasuk memberikan susu, membersihkannya dan menyediakan penjagaan asas seperti yang disarankan oleh doktor.

"Perbelanjaan Muhd ​​Ariss adalah sehingga RM2,000 sebulan termasuk kos membeli lampin pakai buang dan susu khas.

Difahamkan oleh doktor bahawa ahli keluarga termasuk suaminya, Muhd ​​Daud Mistan, 57, yang bekerja sebagai nelayan sentiasa mencari pendapatan tambahan, "katanya semalam.

Najra berkata mereka hanya menerima RM300 bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Setiap hari saya berdoa agar Muhd ​​Ariss akan pulih kerana dia adalah anak yang bertanggungjawab dan bersedia untuk berkorban untuk keluarganya.

"Dia hanya bersekolah hingga tingkatan 3 kerana dia mahu membantu meringankan beban keluarga dengan bekerja sebagai pembantu di gerai.

"Walaupun upah hariannya hanya RM30, dia memberikannya kepada keluarga," katanya. Orang ramai yang bermurah hati ingin membantu boleh berbuat demikian.

Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Johor Bahru - 13 November 2019 Rabu (4.30pm) Akhirnya terungkai segala keputusan sakit dari bulan Julai 2019. Saya izlawati pesakit SLE ...


Johor Bahru - 13 November 2019 Rabu (4.30pm) Akhirnya terungkai segala keputusan sakit dari bulan Julai 2019. Saya izlawati pesakit SLE (Stage 4) yang berumur 18 tahun dan perlukan 2 tahun untuk rawatan.

Walaupun banyak risiko untuk pengambilan ubat yang akan diambil selama 2 tahun ni, ila kena jgk teruskan untuk terus sihat... sihat untuk diri sendiri, keluarga n orang sekeliling... risiko tu no2 punya cita kan? Asalkn boleh baik.. Insya allah.

ALLAH tu dah aturkan jalan cantik untuk ila kot, ALLAH tahu ila kuat sebb tu allah beri hadiah niey pada ila .. semoga ila kuat terima semua dugaan ni... Doakan ila supaya boleh sihat seperti sedia kala selepas ambil rawatan selama 2tahun ni.. dan semoga semua ni hanya sementara.. 

YA ALLAH, terima lah doa hamba mu ini YA ALLAH, berilah kekuatan dan kesihatan untuk aku dapat membantu keluarga aku ini YA ALLAH.. permudahkan lah segala urusan ku YA ALLAH, kau lindungi lah keluarga ku daripada segala bencana mu YA ALLAH.. 

YA ALLAH, semoga IBU AYAH ku terus kuat menghadapi ujian dari mu ini YA ALLAH, dan semoga IBU AYAH sihat selamanya ya ALLAH kau kabulkan lha doa ku dan doa dari org sekeliling ku YA ALLA aminn2 ya rabbalalamin.

Minta Jasa baik kamu semua memberi sedikit sumbangan ke atas diri saya dan keluarga yang sedang memerlukan bantuan dengan adek2 yang berulang alik ke hospital sultan aminah kerana mengalami masalah darah (talasemia) dan seorang lagi OKU dan saya sendiri berulang alik setiap bulan ke hospital sultanah aminah JB ... 

Semoga dengan bantuan semua orang, saya dan keluarga dapat membiayai kos rawatan hospital insya Allah. Bantuan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Nor Izlawati binti Mohd Esa:

Izla
Progress:

RM100 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Kulai - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tiada mak ayah yang hendak melihat anak-anak mereka merana dalam kesakitan. Itu pe...


Kulai - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tiada mak ayah yang hendak melihat anak-anak mereka merana dalam kesakitan. Itu permulaan nukilan dari Facebook Mohd Fadhli bin Othman tentang sahabatnya.

Hatta dahulu waktu kecil, seekor nyamuk tidak akan dizinkan untuk hinggap pada kulit anak. Itulah pengorbanan ibu dan ayah.

Itu yang berlaku kepada sahabat aku Jeffri Senin. Beliau di uji dengan anaknya Rayyana yang sedang menghidap kanser tulang. Rayyana sekarang berusia 9 tahun. Sahabat aku ni orang Kulai.

Kau orang bayangkan seorang kanak-kanak diberi rawatan kemoterapi. Dalam jadual, Rayyana akan kemo sebanyak 14 kali, 3 minggu sekali selama setahun. Kemoterapi ni orang kata panas.

Adik Rayyana telah menjalani kemo yang kali pertama rambutnya telah mula gugur dan kepalanya botak. Paling aku sayu dan terkesan bapanya turut membotakkan kepala.

Aku yakin, Jeffri Senin bapa kepada Rayyana ini sedang meraikan dan menghiburkan anaknya supaya anaknya rasa ada geng botak bersama. Sungguh besar pengorbanan kau bang.

Hari ini, Rayyana ambil ujian sekolah agama. Ibu ayahnya beri full support kepada Rayyana. Lulus atau gagal itu nombor dua. Semangat Rayyana itu yang penting.

Aku doakan abang Jeffri Senin dan isteri dapat terus kuat dan tabah. Kepada adik Rayyana, percayalah seluruh rakyat Malaysia yang membaca ini sedang mendoakan adik abang comel ini.

Kepada rakan dan follower saya yang ingin menyumbang apa sahaja, boleh terus hubungi atau pm ayah Rayyana, abang Jeffri Senin.

Ayuh kita ringankan tulang membantu bersama. Paling kurang kita share tulisan ini agar ada insan yang pemurah dapat membaca dan menyumbang.

Hari ini hari mereka. Esok lusa hati kita. Tinggalkan kata kata semangat kepada abang Jeffri dan Rayyana di ruang komen.

Sesiapa yang ingin membantu, di sini saya siapkan nombor akaun abang Jeffri Senin:

Jeffri Senin
Progress:

RM50 raised

Goal: RM1000

Johor Bahru - Seorang ibu tunggal merayu sumbangan orang ramai bagi mencukupkan kos pembedahan anaknya yang menghidap masalah Rheumatic F...


Johor Bahru - Seorang ibu tunggal merayu sumbangan orang ramai bagi mencukupkan kos pembedahan anaknya yang menghidap masalah Rheumatic Fever (kerosakan injap jantung).

Fauziah Abd Hamid, 49, berkata, anaknya Affendi Irfan Roslee, 14, disahkan mengalami masalah kesihatan itu pada 11 September lalu selepas menerima rawatan susulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Dia kini buntu memikirkan cara untuk mencukupkan kos pembedahan Affendi Irfan yang dianggarkan antara RM35,000 hingga RM50,000.

“Saya dimaklumkan pembedahan perlu dilakukan segera, tetapi saya tidak berani untuk maklumkan satu tarikh yang tetap.

“Sekarang saya kena fikirkan cara untuk cukupkan kos pembedahan kemudian berjumpa semula dengan pihak hospital bagi urusan selanjutnya.

“Alhamdulillah, setakat ini ramai hubungi saya dan memaklumkan kesediaan untuk membantu, semua ini mengharukan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Nombor 73, Jalan Keembong, Kampung Melayu Dua, di sini, semalam.

Wanita ini berkata, ketika berusia 11 tahun Affendi Irfan mengalami deman berpanjangan dan dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang sebelum dirujuk ke HSA.

Katanya, anak bongsu daripada lima beradik itu kini kerap mengalami sakit sendi dan tulang, mengalami sesak nafas, degupan jantung menjadi laju dan kelihatan lemah.

“Lebih membimbangkan, kerosakan injap jantung ini boleh menyebabkan organ penting itu bengkak dan membahayakan kesihatan anak,” katanya.

Orang ramai ingin membantu boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank berikut atas nama Fauziah Abdul Hamid seperti berikut:

https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
Progress:

RM500 raised

Goal: RM50000

Mersing - Kisah mengenai penderitaan adik Ainul Mardhiah yang telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya pa...


Mersing - Kisah mengenai penderitaan adik Ainul Mardhiah yang telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya pasti tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia.

Terbaru, seorang kanak-kanak lelaki Muhammad Shah Daniel tular di laman Facebook setelah dipercayai menghidap sejenis ketumbuhan kanser tahap empat di wajahnya.

Menerusi posting yang dimuat naik Qaira Malfiq Rezki Gie, kanak-kanak berusia setahun itu sedang menjalani rawatan di Hospital Mersing, Johor dan amat memerlukan sumbangan orang ramai.

Sebenarnya bukan adik ni diuji, tapi Allah sedang menguji kita .. Bantu lah adik Daniel ni.. Pergilah melawat dia kat Wad Kanak² Hospital Mersing, bagilah moral support kat ibu daniel.. Belailah adik ni, berilah kasih syg pd dia.. Berilah.. Sesungguhnya adik ni bakal penghuni syurga yg mana kita pun belum tahu lagi.. Lihat lah betapa kuatnya semangat adik daniel ni.. Tak pernah nangis kesakitan malah kita yg mengalir air mata melihat penderitaan dia.. Belailah adik daniel. Kita belum tahu adakah esok masih ada? Antara dia dan kita siapa yg pergi dulu? Semuanya Kuasa Allah.. Ya Allah.. Berikanlah kesembuhan pd daniel.. Berikan kekuatan hati pd ibu daniel.. Sebenarnya saya tak tahu nak tulis ape ni.. Dari tadi sampai ni sebak sayu je rasa hati.. Bila nak makan je teringat adik daniel ni.. Ingatlah, kalau kita rasa susah, ada lagi yg lebih susah.. Kalau kita rasa sakit, ada lagi yg lebih sakitnya.. Kita kena jarum sikit pun dah mengalir air mata.. Lihatlah betapa deritanya adik daniel dgn sakit dia.. Bantu lah semampu boleh.. Berilah sokongan pd ibu dia.. Kesian ibu daniel.. Skrg ni adik daniel pulak demam panas... 😭😭😭 Ya Allah.. Allahuakbar!! Sumber: Qaira Malfiq Rezki Gie

Posting berkenaan mengundang keprihatinan warga Facebook dengan menerima lebih 10,000 perkongsian dan rata-rata mendoakan agar penderitaan adik Daniel segera menemui jalan penyelesaian. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui:

011-2783 9050
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Johor Bahru - Enam beradik hilang tempat bergantung selepas ibu mereka, Salina Sulaiman, 35, meninggal dunia akibat kanser rahim Disember...


Johor Bahru - Enam beradik hilang tempat bergantung selepas ibu mereka, Salina Sulaiman, 35, meninggal dunia akibat kanser rahim Disember lalu sementara bapa mereka telah terpisah sebelum ibunya meninggal dunia lagi.

Sejak itu, Noorazlina Abdullah, 17, sebagai anak sulung dan adik lelakinya Muhd Denny Hakimie Emran,16, menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk bekerja demi menyara adik-adiknya yang masih kecil.

Sejak kisah mereka tular di media sosial, Noorazlina akui menerima kunjungan dan bantuan daripada pelbagai pihak malah ada juga cadangan dikemukakan untuk menempatkan mereka di rumah anak yatim.

Namun kata Noorazlina, biarpun kehidupan mereka sukar, arwah ibunya telah mengamanahkan kepadanya dan adiknya, Muhd Denny untuk sentiasa bersama menjaga empat lagi adiknya.

"Mak pesan jangan pisah adik beradik. Itu amanah mak pada kami. Saya sayang semua adik-adik saya, saya tak nak dipisah-pisahkan. "Memang ada yang minta nak ambil anak angkat atau hantar rumah anak yatim, tapi saya tak nak berpisah dengan mereka," katanya.

Menurut Noorazlina, ibunya sering sakit pada Mei tahun lalu sebelum mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail pada bulan September.

"Sebelum ini kami tak tahu pun mak sakit. Bulan Mei itu mak dah mula sakit teruk di rumah, bulan September baru mak masuk hospital.

"Bulan Disember mak tinggalkan kami dan sejak itu kami dibantu makcik menyewa di Kampung Tenang sebelum dikenalkan dengan bos (pemilik kedai runcit Z Mart milik Mohd Zamri Maulud, 52) dan tinggal di sini," katanya.

Mohd Zamri mempelawa keenam-enam beradik ini tinggal di rumah kedai miliknya secara percuma sejak dua bulan lalu malah Azlina dan Hakimie dibenarkan bekerja secara sambilan di Z Mart dengan menerima upah kira-kira RM1,000 sebulan.

Noorazlina berkata, lima adiknya adalah Mohamad Denny Hakimie, 16, Puteri Dennish Ismilralldha, 14; Puteri Nur Isfarrizah Zehra, 5; Puteri Nur Isma Balqis, 4, dan Muhd Fateh Ikhwan, 2.

Menurutnya, dia bersyukur kerana kehidupan serba kekurangan mereka mendapat perhatian ramai yang sering mengunjungi keluarga dan menghulurkan sumbangan. Katanya, individu terbabit juga bertanggungjawab mencarikan bilik sewa demi meringankan bebanannya menanggung sewa yang tinggi.

“Saya bersyukur kerana seorang daripada mereka dikenali sebagai Haji Mohd Zamri Maulud sanggup menanggung sewa bilik ini yang terletak di bangunan rumah kedai di Jalan Cempedak, Ulu Tiram bersebelahan dengan stesen bas.

“Sambutan Ramadan atau persiapan Aidilfitri memang benar jauh daripada suasana yang kami tempuhi ini. “Memang sebagai kakak, saya mahu membelikan baju raya untuk adik tetapi di luar kemampuan, malah ketika bersahur atau berbuka, kami hanya makan makanan dibeli dan dikongsi bersama.

“Kami merindui masakan ibu termasuk rendang ayam dan ketupat pada pagi raya, namun kami sedar tidak berpeluang lagi menikmati makanan sedap seperti itu kerana ibu sudah tiada,” katanya.

Noorazlina berkata, dia juga mempunyai impian bagi menyekolahkan semula adiknya yang berusia 14 dan 16 tahun yang terpaksa berhenti mulai awal tahun ini.

“Saya sebelum ini berhenti sekolah ketika di tingkatan dua kerana mahu menjaga ibu yang sakit, namun Allah lebih menyayanginya dan pergi meninggalkan kami semua. Saya berharap adik-adik saya dapat kembali bersekolah dan memiliki masa depan lebih cerah,” katanya.

Sebarang bantuan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Noorazlina Abdullah:

Progress:

RM40 raised

Goal: RM500

Batu Pahat - Nur Fatin Syazwani Ab Karim, 26, berkata, doktor mengesahkan bapanya, Ab Karim Atan, 57, menghidap kanser usus tahap empat, ...


Batu Pahat - Nur Fatin Syazwani Ab Karim, 26, berkata, doktor mengesahkan bapanya, Ab Karim Atan, 57, menghidap kanser usus tahap empat, Mac lalu selepas bapanya itu kerap mengadu sakit perut.

Belum hilang kesedihan dua beradik susulan kehilangan ibu mereka dua tahun lalu akibat kanser usus, kini mereka berhadapan ujian berat apabila bapa mereka pula disahkan menghidap penyakit sama.

Bekerja sebagai kerani, dia kini mengambil alih tugas ketua keluarga apabila bapanya yang sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah tidak lagi mampu bekerja.

Adiknya, Nur Fatin Syazana, 24, yang kini dalam pengajian tahun akhir di Universiti Putra Malaysia  pula bekerja sambilan untuk menampung keperluan mereka sekeluarga.

“Sejak ayah sakit, dia enam kali mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat,” katanya di kediamannya di Kampung Rahmat, di sini, semalam.

Terdahulu, Nur Fatin Syazwani menerima sumbangan Aidilfitri daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Jati Batu Pahat yang disampaikan Pengerusi Khas Biro Kebajikannya, Mohd Hamidi Mad Tap.

Menurut Nur Fatin Syazwani, bapanya perlu menjalani rawatan lanjut pada hari raya kedua di HSNI, menyebabkan mereka sekeluarga tidak bersemangat membuat persiapan Aidilfitri disebabkan kewangan yang agak terhad selain perlu menampung perbelanjaan perubatan ayahnya.

“Selain menggunakan wang gaji bulanan, saya juga sudah menggunakan wang simpanan untuk membeli susu khas dan lampin pakai buang untuk ayah.

“Satu tin susu harganya hampir RM90 dan ayah memerlukan tiga hingga empat tin seminggu, manakala ayah juga perlu memakai sehingga 10 lampin pakai buang setiap hari,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan boleh berhubung dengan beliau di talian berikut atau menerusi akaun bank berikut atas nama Nur Fatin Syazana:

012-7852635
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Batu Pahat - Suami mohon bantuan, isteri hidap kanser sehingga lumpuh terpaksa hentikan rawatan. Sebelum ini, kisah Mohd Hafizi Mohd Yuso...


Batu Pahat - Suami mohon bantuan, isteri hidap kanser sehingga lumpuh terpaksa hentikan rawatan. Sebelum ini, kisah Mohd Hafizi Mohd Yusof pernah mendapat liputan media setelah dibuang kerja kerana sering mengambil cuti untuk menjaga isterinya, Roshaya Isnin yang menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Terbaru, dia memberitahu bahawa rawatan kemoterapi terpaksa diberhentikan kerana boleh membahayakan kepada nyawa isterinya yang berusia 41 tahun itu.

Menerusi laman Facebook, lelaki berusia 30 tahun itu memohon sumbangan orang ramai untuk rawatan EKS isterinya yang hanya boleh dilakukan di hospital swasta.

Menurut Mohd Hafizi, penyakit tersebut telah merebak masuk ke dalam otak isterinya sehingga mengakibatkan lumpuh malah sering diserang penyakit sawan.

“Kanser merebak ke otak, kaki lumpuh dan kerap sawan. Sekarang semua rawatan hospital temasuk kemoterapi dihentikan kerana jika diteruskan boleh membahayakan nyawa isteri saya.

“Saya sedang mengumpul dana untuk membuat imbasan EKS yang terdapat di hospital swasta dengan menelan belanja antara RM7,000 – RM10,000,” tulisnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Mohd Hafizi Mohd Yusof:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini