KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: alor setar

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label alor setar. Papar semua catatan

Alor Setar - Kesempitan hidup menyebabkan Siti Norfatihah Norshahrin yang meraih 7A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2017, nekad...


Alor Setar - Kesempitan hidup menyebabkan Siti Norfatihah Norshahrin yang meraih 7A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2017, nekad bekerja sebagai tukang cuci di sekolah berhampiran rumah bagi membantu keluarganya.

Gadis dari Kampung Belakang Stadium di sini itu berkata, dirinya tiada pilihan lain berikutan bapa, Norshahrin Halim, 45, tidak mampu bekerja selepas mengalami masalah saraf dan tulang akibat kemalangan pada September 2013.

"Saya memperoleh 7A, 1B+, 1C dan 1D dalam keputusan SPM baru-baru ini. Jika layak, saya merancang melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia. Oleh itu, saya perlu mencari duit sebagai persediaan ke universiti dan menyara keluarga.

"Bapa tidak mampu bekerja lagi, manakala ibu, Sarah Bee Bee M S M Ibrahim, 57, hanya suri rumah dan perlu menjaga moyang saya yang terlantar kerana sakit tua," katanya. Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, kakak sulungnya kini berada di Tingkatan Enam Atas dan juga bekerja di gerai makan ketika cuti sekolah untuk membantu keluarga.

Katanya, mereka adik-beradik sudah biasa hanya menjamah nasi dengan sup bawang dan garam, malah ibu dan bapa pernah bergilir-gilir berpuasa demi memastikan anak dapat makan. "Ibu dan bapa sudah biasa ikat perut apabila bekalan beras semakin kurang. Asalkan dapat makan untuk hidup sudah memadai, yang penting kami dapat ke sekolah setiap hari.

"Orang tua kami sangat mementingkan ilmu. Mereka akan memastikan kami adik-beradik ke sekolah setiap hari walaupun tiada wang saku," katanya yang bercita-cita menjadi akauntan. Sementara itu, Norshahrin pernah menjadi pengawal keselamatan selama 22 tahun di sebuah universiti awam tetapi hilang mata pencarian apabila hanya mampu berdiri tidak lebih setengah jam akibat masalah saraf.

Katanya, beliau pernah bekerja semula selepas kemalangan tetapi dinasihatkan berhenti kerana kerap mengambil cuti sakit. "Pada Oktober 2016, saya bersara dan mengambil keputusan pulang ke sini. Selepas itu, kami hanya mengharapkan bantuan orang ramai, termasuk guru sekolah anak bagi meneruskan kelangsungan hidup.

"Pada Oktober tahun lalu, nenek saya, Rofeah Endut, 95, mendapat bantuan kewangan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, manakala saya RM200 sebulan. Wang itu hanya cukup untuk membeli barang keperluan, termasuk lampin pakai buang nenek saya," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh hubungi Siti Norfatihah Binti Norshahrin:

017-6579117
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Alor Setar - Seorang warga emas yang terlantar akibat penyakit strok dari Kampung Berjaya, di sini memerlukan bantuan bagi meneruskan k...


Alor Setar - Seorang warga emas yang terlantar akibat penyakit strok dari Kampung Berjaya, di sini memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupannya.

Bagi anak lelakinya, Ahmad Yusni Mat Yusoff, 66, berkata, dia tinggal bersama ibunya, Fatimah Taib, 74, yang memiliki masalah kesihatan, manakala dua beradik lain duduk berasingan.

"Saya sara mak dengan pendapatan tak menentu sebagai pekerja kontrak antara RM600 hingga RM900 sebulan.

"Duit gaji tak cukup nak tampung perbelanjaan kami berdua termasuk kos barang keperluan, sewa rumah dan kelengkapan mak," katanya.

Menurutnya, dia terpaksa memperuntukkan kira-kira RM200 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dewasa untuk ibunya yang uzur.

"Itu belum campur keperluan lain, apatah lagi mak minum susu khas yang menelan kos RM80 setin," ujarnya. Tambah Ahmad Yusni, dia juga tidak dapat membawa ibunya yang mempunyai strok dan kencing manis untuk menjalani rawatan di hospital akibat mengalami masalah kewangan.

"Walaupun duit sewa rumah hanya RM150 sebulan saja, saya kadang-kadang terlewat bayar sebab tak cukup duit," jelasnya.

Malah lebih menyedihkan, ibunya yang uzur turut memerlukan katil baharu yang lebih selesa dan selamat, namun dia tidak mampu membelinya.

"Mak pernah hampir jatuh dari katil. Jadi kami terpaksa ikat kerusi sebagai pengadang untuk pastikan kejadian sama tak berulang. "Kami adik beradik gilir-gilir jaga emak yang dah tak mampu urus diri sendiri," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut milik Fatimah Taib:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Alor Setar - Seorang pemohon bantuan, Ibrahim Abdullah yan gberalamat di Kampung Guar Jumaat,  Alor Setar,  Kedah memohon jasa baik ora...


Alor Setar - Seorang pemohon bantuan, Ibrahim Abdullah yan gberalamat di Kampung Guar Jumaat,  Alor Setar,  Kedah memohon jasa baik orang ramai untuk membantu keluarganya.

Tujuan: Keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah terbakar. Kos ubatan dan keperluan anak-anak yang menghidap pelbagai penyakit kencing manis, asma mencecah RM1000 sebulan. 

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh terus hulurkan bantuan melalui akaun bank berikut milik Siti Eshah Noh atau hubunginya:

017-4289783
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Alor Setar - Seorang wanita berniaga dalam talian bagi mencari dana menampung kos perubatan anak tercinta yang mengalami masalah kesiha...


Alor Setar - Seorang wanita berniaga dalam talian bagi mencari dana menampung kos perubatan anak tercinta yang mengalami masalah kesihatan.

Menurut Nor Hidayu Halim, 28, dia menjual pelbagai produk di laman sosial Facebook untuk membiayai kos perubatan anak bongsunya, Ieman Fayruzz Mikhail Abdul Rahim berusia setahun 11 bulan yang mengidap masalah paru-paru, asma dan sawan.

“Tapi, bukan selalu orang beli produk dijual. Kadang-kadang langsung tiada maklum balas diterima dari orang awam.

“Tetapi, hanya ini cara saya cari rezeki untuk sara kami anak beranak. Kalau boleh nak kerja, tetapi keadaan tidak mengizinkan,” katanya.

Kata Hidayu, keadaan kesihatan Ieman tidak menentu menyebabkan dia sukar untuk meninggalkan anak lelakinya.

“Tambahan pula, tak ada pengasuh berani untuk menjaga Ieman, disebabkan dia ada kalanya boleh sakit pada bila-bila masa,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu Ieman Fayruzz Mikhail Abdul Rahim boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Nor Hidayu Halim:


Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Alor Setar - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, itulah perumpamaan yang sesuai bagi seorang warga emas, Abdullah Yunus, 71, ya...


Alor Setar - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, itulah perumpamaan yang sesuai bagi seorang warga emas, Abdullah Yunus, 71, yang dikatakan menderitai penyakit misteri iaitu ‘buah zakarnya membesar sebesar buah kelapa’.

Lelaki itu berkata dia mula mengalami penyakit itu selepas dia demam panas 30 tahun lalu dan pelbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya namun sehingga ke hari ini masih menemui jalan buntu.

Katanya pada peringkat awal dahulu doktor Hospital Besar Alor Setar memintanya membuat pembedahan tetapi dia tidak berbuat demikian atas faktor kesempitan hidup.

Doktor yang merawatnya pernah memberitahu bahawa penyakit itu adalah berpunca daripada masalah darah yang masih belum ada penawarnya, kata bapa kepada tiga anak itu ketika ditemui di rumahnya di Kuala Nerang, hari ini.

Katanya sejak itu dia tidak mampu menoreh getah dan hanya mengharapkan bantuan orang ramai dan JKM sebanyak RM400 sebulan.

“Walaupun saya sudah tidak boleh melakukan pembedahan lagi kerana faktor usia, tetapi saya masih berusaha untuk mengubatinya... saya sangat-sangat mengalu-alukan pihak yang boleh mengubati penyakit saya ini supaya dapatlah saya menjalani kehidupan seperti orang lain,” katanya.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Abdullah Yunus boleh berbuat demikian:


010-8173904
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini